Ahad, 15 Jun 2014

NEGARA DILANDA KRISIS TIRIS

Kerana Ubi Subur Dengan Batasnya
TIDAK di mahu saja-saja hendak diberi kelonggaran melainkan ada sebab mursababnya. Orang tua-tua kata, “ada ubi ada batas..”.  Demikian jugalah barangkali perangai, sikap dan jati diri yang ada di pihak-pihak berkuasa dan mereka yang diberikan kuasa menjaga negara ini. (baca Di sini). 
            Kalau tidak masakan negara yang sekecil ini bagaikan satu benua luasnya untuk diselenggara,dipantau dan dijaga kehormatannya.
            Justeru, apalah hendak dibising-bisingkan kalau setiap hari kian bertambah pendatang yang bukan sahaja tidak dijemput bahkan langsung memeritkan penduduk di negera ini. Apalah hendak dibimbangkan jika jenayah kian bertambah, kerana kita sendiri yang ‘meredhokannya’ setelah menutup kedua-kedua mata yang sempurna diberi Tuhan untuk melihat dan mencegah sumber-sumber pencetusnya.
            Dari segi pakaian hinggalah kepada peralatan yang dibekalkan, semuanya kemas dan terikini. Namun, semua cair! Cair dan cair..!
            Bukan putus harapan, tetapi apa kata kalau semua media memboikot berita-berita seperti ini bagi memudah mereka melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut dengan aman, tenang dan sempurna.
            Untuk hiburan nikmati video ini di sini.

Jagindas: Terima kasih dan selamat berbahagia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.