Jumaat, 27 Jun 2014

MALAYSIA MERIAH DAN MEWAH

Rakyat Dapat Sedikit Sahaja
akibat dasar bina dan biar

DALAM seminggu dua ini laporan hangat media dalam negara adalah mengenai ‘kelesapan’ berjuta ringgi wang negara menerusi dua jabatan besar iaitu Lembaga Hasil Dalan Negeri (LHDN) dan Kementerian Perdagangam Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang barangkali kalau dikumpulkan sejak beberapa tahun lalu agaknya sudah menjangkau jumlah berbillion ringgit wang negara lesap begitu sahaja.
            Layanan ‘istimewa’ oleh LHDN terhadap pembayar-pembayar cukai tertentu dikatakan kerajaan hilang jutaan ringgit manakala kelemahan KPDNNK memantau dan mengaudit pemborong dan lesen bunkering, juga menyebabkan wang rakyat lesap ke tangan lain.
            Inilah maksud penulis ketika menulis “Kapal Semakin Karam”. Apa yang jelas banyak projek kerajaan yang dibina yang pada dasarnya begitu baik untuk rakyat terutama golongan marhaen tetapi akhirnya memakan diri disebabkan ada antaranya dibuat secara “bina dan tinggal”.  
Sama ada kerajaan sudah begitu terlalu amat yakin dengan sifat amanah, telus dan bersih peneraju-penerajunya atau memang sikap kerajaan suka buat projek yang gah-gah untuk diberi tampak kepada rakyat tetapi pada masa sama memberi laluan secara terhormat kepada pencabul-pencabul dasar dan projek tersebut, itu kita kurang pasti.
            Tetapi yang penting sudah ada yang mempersoalkannya! Saya tidak berhasrat untuk membincangkan kepincangan pengurusan berkenaan. Apa yang saya rasa patut rakyat tuntut adalah wang jutaan (mungkin juga sudah berbilion) ringit yang dilesapkan oleh LHDN dan KPDNKK.
            Kedua-dua jabatan ini wajar bertangungjawab. Oleh kerana LHDN telah dengan sengaja memberi layananan istimewa kepada kerabat-kerabat tertentu, maka pihak LHDN hendaklah dengan apa cara jua sekalipun mengembalikan jumlah itu kepada rakyat. Kita tidak menuduh maksud layanan istimewa itu sebagai adanya berlaku rasuah, tetapi yang kita pentingkan rakyat perlu lihat wang berjuta ringgit itu kembali kepada kerajaan
supaya dengan itu boleh dipelbagaikan untuk pembangunan rakyat. Terasa amat teraniaya sunguh kepada pembayar cukai setia yang membayar cukai mereka menerusi potongan gaji kerana mereka langsung tidak boleh menipu atau dilayan secara istimewa.
            Begitulah juga dengan kelemahan yang berlaku dalam KPDNKK. Andalah yang bertanggungjawab menyebabkan harga barang tidak terkawal, sukar dikawal dan semakin mahal. Andalah meyebabkan saudagar-saygadar penyangak bersikap rakus dan tidak berperikemanusiaan. Andalah juga yang memnyebabkan negara yang mewah ini tidak dapat dirasai kemewahannnya oleh golongan sasar padahal dasar kerajaan sudah tepat dan jujur.
             Bukan sekadar LHDN dan KPDNKK malah kes-kes ‘tiris’ seperti ini sebenarnya meliputi banyak jabatan. Misalnya, aktiviti pengedaran dadah, judi haram, pendatang dan berbagai-bagai aktiviti haram lagi juga memiliki taikonya tersendiri. Tidaklah hasrat saya untuk memperincikan kes ini. Sendiri tahu sudahlah! Cakap banyak pun tak guna kalau pihak yang bertanggungjawab tebal telinga dan membangangkan diri demi kepentingan peribadi. Tak gitu?


Jagindas:  Dan rakyat pun berkata:.. selagi ikan bilis sahaja yang menjadi target dan jerung terus bermaharajalela maka, selagi itulah usaha membanteras menjadi sia-sia..Dan khalayak pun mentertawakan kita, hahahahaha..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.