Isnin, 30 Jun 2014

BUKAN SILAP TETAPI SENGAJA

Aktiviti Haram Terus Akan Bermaharajalela

DALAM akhbar Mingguan Malaysia semalam, sekali lagi akhbar itu melaporkan masalah pengoperasian mesin slot dan judi haram yang menimbulkan tanya kepada akhbar itu mengapa ianya masih tidak mampu dibanteras oleh pihak berkuasa, baca di sini.
            Namun, sebelum itu, menerusi blog ini, penulis juga telah berulang kali memperkatakannya termasuk beberapa aktiviti haram yang lain yang masih bermaharaja lela seolah-olah ada pihak yang menutup sebelah mata meski berlaku di depan mata mereka sendiri. Misalnya, aktiviti penjualan nombor ramalan haram.
Judi itu sendiri memang sudah HARAM pun! Kalau di kotak carian pada muka blog ini di tulis “mesin judi haram” tentunya pembaca dapat membaca kembali beberapa artikel mengenainya yang pernah saya paparkan sebelum ini. Selain membicarakan keharamannya, saya juga turut menyatakan kesan dan impaknya terhadap masyarakat khususnya kepada orang melayu (Islam).
            Akhbar berkenaan meninggalkan satu persoalan: “dimana silapnya”. Malah itulah juga rungutan orang ramai sejak sekian lama. Apatah lagi, apabila mengenangkan kembali kekerasan kata-kata yang pernah dilontarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan orang kanannya siapa lagi kalau tidak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Bakar dalam menangani isu ini serta isu-isu berkaitannya seperti budaya samseng dan sebagainya.
            Akhirnya, saya terfikir sebenarnya tidak berlaku silap di mana-mana tetapi sengaja. Ibarat dalam sebuah keluarga, kalau bapak sudah mengetahui kejahatan anak-anaknya tetapi tidak sanggup untuk menegur bahkan jauh sekali untuk melarang, makanya tentulah perangai si anak akan semakin menjadi-jadi. Malah, tidak mustahil si anak akan bertindak naik kepala. Dan, amatlah malang sekali jika si-bapa pula secara tidak langsung merestui perbuatan si-anak dengan bersama-sama menikmati hasil daripada kejahatan si anak.!!
            Begitulah juga yang berlaku dalam soal ini, barangkali. Barangkali! Mustahil OCPD tidak tahu. Mustahil Ketua Polis Negeri tidak maklum. Dan, mustahil jugalah Ketua Polis Negara tidak tahu!! Zahid, macam mana? Tidak tahu atau tidak diberi tahu??
            Kenapa dikatakan mustahil mereka tidak tahu? Kerana, anggota risikan kita adalah bertaraf dunia. Masalah mesin judi haram, pusat hiburan dan rekreasi haram, pusat khidmat sex haram, pendatang haram dan macam-macam haram lagi, bagi penulis ia berpunca daripada satu punca sahaja.
            Justeru, nasihat saya usahlah dipenatkan diri untuk menulis bab-bab seperti ini. Kalau nak tahu juga sebab mursababnya, carilah penguatkuasa-penguatkuasa yang sudah bersara dan dengarkan apa kata mereka ketika berkuasa dulu..
Malang sangat rasanya kerana dalam kes-kes seperti ini, setiap kali kita memaparkannya ada pihak yang mentertawakan kita, sedangkan mereka....


Jagindas: Teringat kata orang tua-tua, kalau mulut sudah disumbat pisang (pisang embun pulak tu)memanglah tercungap-cungap....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.