Isnin, 13 Ogos 2012

RAMAI LAGIKAH YG AKAN TERIMA..??


SATU PERMULAAN YANG MENYENANGKAN..
1. KUALA LUMPUR 8 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sumbangan wang tunai sebanyak RM100,000 kepada keluarga bekas penyanyi kumpulan Alleycats, mendiang Datuk Loganathan Arumugam yang ditimpa musibah selepas rumah mereka terbakar.

"Sumbangan ini akan disalurkan terus kepada balu mendiang, Datin Susan Loganathan dan anak-anak. Mendiang semasa hayat melalui platform Alleycats sentiasa berjuang untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui bidang seni," katanya semasa berucap pada majlis Kar1sma Ramadan di sini hari ini. [DISINI]

2.  PUTRAJAYA - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima ganjaran RM500,000 atas kejayaannya meraih pingat perak dalam acara perseorangan badminton Sukan Olimpik London 2012.
Ganjaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis di Seri Perdana di sini, yang turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Ganjaran meliputi RM300,000 sumbangan Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Majlis Sukan Negara dan RM200,000 sumbangan kerajaan Malaysia dalam bentuk Amanah Saham Wawasan. [SINI]

3.  Ini pula kata Siti Jarum - Mingguan Malaysia 12/8/2012 (klik pada gambar untuk baca dgn jelas)

Jagindas:  OK LER TU....

Sabtu, 11 Ogos 2012

POLITIK DAN JAWATAN


Bolehkan Orang Politik Menjujuri Diri



SEBENARNYA, orang politik memang dapat merasai sama ada dia masih dikehendaki atau tidak lagi kepimpinannya apalagi saat-saat menjelang sesuatu pilihan raya umum (PRU) seperti PRU13 yang sedang ditunggu-tunggu ini.
            Usahkan setelah dua tiga penggal memegang title Yang Berhotmat (YB) malah yang baru sepenggal pun sudah dapat merasakan selesa atau tidaknya rakyat terhadap dirinya. Namun, memang sudah menjadi kebiasaan dan adat, adalah amat sukar seseorang yang sudah naik untuk turun ke bawah.
            Memang sukar untuk mengharap secara jujur dan ikhlas supaya mereka yang sudah menjadi beban dalam parti ini untuk mengundur diri secara terhormat, bahkan kalau di minta berbuat demikian akan mengundang "bencana" pula!
            Sebab itu, apabila Najib mewar-warkan strategi 'winable candidate'  bagi PRU13 nanti, teramat sedikit suara pemimpin yang secara jelas mengisytihar untuk melepaskan pencalonan semula melainkan terus mengharap untuk dicalonkan semula.
            Sebabnya, masing-masing perasan dia masih bagus dan telah banyak berbakti kepada parti dan rakyat sedangkan rakyat tahu bahkan diapun tahu sumbangannya semasa perkhidmatannya amat kabur untuk dinilai.  Wujudnya macam tak wujud!
            Akhirnya, sebagai langkah kononnya bagi menjaga marwah serta statusnya itu, maka mereka sanggup melompat ke parti lain atau sekurang-kurangnya bergerak bagai api dalam sekam memberi sokongan kepada pihak lawan.
            Ini bukan perkara baru, cuma sejak akhir-akhir ini pergerakan seperti itu nampak dizahirkan secara lebih berani dan terbuka. Bagusnya, tindakan jelas seperti itu memberi petunjuk yang lebih jelas bagi kepada sesebuah parti untuk menyusun semula strategi bagi mempertahankan parti masing-masing.
            Malangnya pula, pihak-pihak yang seperti ini akan menjadi petualang bangsa dan negara kerana demi memuaskan nafsu masing-masing mereka sanggup membocor atau memanipulasi apa juga rahsia-rahsia sulit semasa mereka masih dalam perkhidmatan sebelum ini.
            Padahal, mereka lupa tindakan seperti sebenarnya membuka pekong sendiri dan sekiranya mereka itu memenangi sesuatu kerusi atau mampu memerintah sekalipun, skandal demi skandal, pendedahan demi pendedahan akan terus dilakukan oleh pihak lain atapun pihaklawannya.
            Akibatnya, sistem politik negara menjadi lebih hanyir, keliru dan membosankan. Kewujudan Parti Pakatan Rakyat (PR) telah menjelaskan segala-galanya sehinggakan nampak jelas ramai pemimpin-pemimpin dan bekas-bekas pemimpin di negara ini bukan sahaja bagaikan tidak matang malah seperti tidak ada lagi nilai malu dan harga diri.
            Sanggup 'diperapa-apakan' demi memuaskan tuntutan nafsu! Jelaslah, KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN dalam politik untuk tempoh seketika ini di negara ini, masih belum kelihatan sebagai realiti, biarpun bertimbun kitab di baca dan beribu guru yang mengajarkan erti dosa dan pahala!
             
Jagindas:  Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Kitapun saling bermaafan. Namn, kejujuran dan keikhlasan tidak semudah diucapkan!


TAMRIN PERASAN BAGUS

TAMRIN... tunggu ilham atau mimpi?

TUNGGU ILHAM MASUK PAS..








SaudaraTamrin,

Bagi UMNO dan BN, anda umpama melukut di tepi gantang... kahkahkah..


Jagindas:    Iham ke mimpi?
KJ... yakin rampas pembangkang

Hati-Hati Suarakan Keyakinan..

Saudara Khairi Jamaluddin,

SYABAS dan Tahniahlah kerana anda mempunyai semangat dan keyakinan yang kuat terhadap kekuatan Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan kepimpinan negara menerusi pilihan raya ke 13 (PRU13) nanti. Syabas sekali lagi. [berita di sini]
            Syabas juga kepada saudara yang terus setia kepada BN walaupun sebelum ini bermacam hal yang diperkatakan orang terhadap saudara. Atau, apakah atas nama ketua pemuda, makanya semangat sebegitu lahir atas keterpaksaan? Saudara sahaja yang tahu!
            Apapun, nasihat saya, agak-agaklah kalau hendak membuat kenyataan terhadap kekuatan BN walaupun berdasarkan kajian-kajian yang telah pihak saudara dibuat.
            Pada hemat saya, kenyataan-kenyataan seperti ini tidak perlu diluahkan buat ketika ini sebaliknya melipat gandakan kerja dan usaha itulah yang wajar dikehadapan. Tahukan saudara, bahawa keadaan sokongan rakyat terhadap kerajaan dan pembangkang untuk ketika ini dan dalam edah ini adalah umpama gelombang laut dalam. Keadaan seperti ini akan berterusan sehinggalah pengumuman parlimen di bubarkan.
            Apapun kajian, sama ada dari pihak pembangkang mahu pihak kerajaan sendiri, hasilnya masih belum boleh dianggap releven atau dengan kata lain disifatkan sebagai suatu bacaan tipu.
            Justeru, semua pemimpin BN, UMNO khususnya hendaklah menumpukan kepada usaha meraih undi, mendekati pengundi dan menyakinkan pengundi. Kekerapan saudara-saudara mendongak kelangit menyebabkan ada pihak yang kembali terungkit.
            Bagi saya, Najib dan Muhyiddin boleh memperkatakan seperti itu, tetapi yang lain kena hati-hati...
            Saya ambil satu kisah: Si Mamat becadang untuk menghadiri kenduri di rumah Pak Abu. Sesampainya di sana, dia membuat puisingan U dan beredar dari majlis tersebut berikutan didapati Si Ali ada di situ. Mamat tidak suka pada Ali, malah melihat bayang Ali pun di tak sudi!

Jagindas:   buat kerja jer lah.... tak payah bising-bising..

HATI-HATI DI JALAN RAYA


Jangan Jadikan Perayaan Satu Kesedihan 

TIBA-TIBA, selepas sahaja solat maghrib, isteri saya menerima panggilan telefon daripada rakan karibnya memberi khabar buruk bahawa anak lelaki sulung rakannya itu meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya di Seberang Prai.
            Cerita ringkasnya, anaknya itu keluar dari rumah selepas berbuka, barangkali untuk ke masjid menunaikan tarawih berjamaah namun sebelum sempat sampai ke destinasi, kemalangan lebih dahulu menjemputnya. Sayang sekali, dia baru berusia 22 tahun...
            AL FATIHAH buat arwah. amin. Dan kepada keluarga terbabit, bersabarlah..


Jagindas:  Hati-hati lah, musim-musim raya sebegini, kecelakaan kerap menghimpit kita. Semua orang akan mati, namun kalau boleh diminta-minta, elakkanlah mati secara begini!

IKLAN

LUKISAN UNTUK DIJUAL:

Tajuk: "Lemang Opah"
Genre/Style: Medium Akrilik Atas Kanvas
Saiz: A-2 (siap berbingkai kayu)
Harga: RM500.00 (termasuk kos penghantaran)
Berminat: hubungi Fikri di talian 019-5473027 atau email ke Jagindas di Kulukelio@gmail.com


MASING-MASING HALUAN..

Saya tak tahu menahu....

Shahrizat Tak Tahu Menahu Sehinggalah Diberi Tahu!

"KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mengetahui anak keduanya terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) sehinggalah diberitahu pada 2007" [selanjutnya di sini]

Betul, suami dia terlibat pun dia tak tahu, anak terlibat pun dia tak tahu, sehinggalah dia diberitahu!

Ah, Semakin seronok mengikuti cerita keluarga yang penuh berahsia ni. Ok, apakah selanjutnya..Mari kita lihat apa penamatnya!


Jagindas:  Agaknya kalau masa dah tahu dulu, cepat-cepat beri nasihat, barangkali tidaklah jadi kecoh macam ni, kan? Lantaklah, benda dah berlaku nak buat macam mana...

Jumaat, 10 Ogos 2012

POLITIK PERKAUMAN


BOLEHKAN DIPISAHKAN DINEGARA INI
PATUHILAH KITAB INI, INSYAALLAH AMAN..
DALAM blog Tun Mahathir, terbaru beliau memaparkan politik perkauman sebagaimana yang kerap ditanya oleh orang ramai kepadanya. [di sini]
            Sebagai bekas Perdana Menteri yang paling lama memerintah negara ini, tentulah beliau mengimpikan sebuah kerajaan yang tidak berdasarkan politik perkauman sebaliknya hanya menyebut bangsa Malaysia.
            Namun pada masa sama beliau juga mengaku agak sukar mewujudkan keadaan itu  kerana setelah 55 tahun merdeka, perkara asas seperti berbahasa Malaysia dalam perhubungan sesama kaum pun masih belum boleh berlaku dengan sempurna.
            Seperti biasa, saya suka memberikan komen menerusi blog saya. Bagi saya, suasana politik berdasarkan perkauman di negara ini memang tidak boleh dipisahkan. Selagi tiga teras kaum utama (Melayu, Cina dan India) masih memperjuangkan kaum, agama dan budaya masing-masing maka selagi itulah perkauman tetap jadi dasar politik di negara ini.
            Ini kerana, manusia boleh bertolak ansur terahadap nilai-nilai budaya namun tidak dalam bab-bab agama khususnya agama Islam. Orang Melayu yang secara terusnya beragama Islam, tidak akan menerima tolak ansur berkenaan sebagaimana yang terjadi di negara jiran.
            Di Malaysia, sebut Melayu bererti menyebut Islam. Demikian sebaliknya. Justeru, politik berdasarkan perkauman di negara ini akan berterusan sampai bila-bila. Terpulang kepada generasi seterusnya memelihara keharmonian dan kesejahteraan negara ini demi kepentingan semua pihak.
            Melainkan, orang cina dan India dan lain-lain kaum di negara ini sanggup ikut apa sahaja kata orang Melayu! Selesai. Tetapi itu tidak mungkin....
            Jadi, apakah pilihan yang ada sekarang? Jagalah kaum masing-masing dibawah keutuhan perlembagaan dan rukun negara sedia ada. Barisan Nasional mampu mengemudikannya..

Jagindas:   memang sudah dibegitukan...

PERDANA MENTERI KITA..

ENAM PERDANA MENTERI MALAYSIA  (1957 - SEKARANG)


DARI KIRI ATAS: Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Husin Onn,
Tun Dr, Mahathir, Tun Abdullah dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

Semoga pilhan raya Umum Ke 13 (PRU13) mampu mengembalikan kegemilangan Parti Perikatan kemudinnya Barisan Nasional (sehingga sekarang) dan UMNO Khususnya.

Jagindas:    daripada wajah mereka, banyak cerita yang tak mampu nak diceritakan.. Apapun, terima kasih banyak-banyak. Allah Taala sahajalah yang membalas jasabaik anda semua!

NAJIB SEMAKIN POPULAR!


Mampukah Meraih Kemenangan Besar?
TUN MAHATHIR

"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003. [di sini]

MEMANGLAH, tidak dapat dinafikan ketika Najib ambil alih negara, kerajaan berada dalam keadaan lemah. Dilemahkan oleh Pak Lah, kuncu-kuncu dan anak menantunya. Bukan sahaja rakyat Malaysia, bahkan dunia pun tahu!
            Menyedari hal itu, maka Najib telah berhempas pulas untuk meyakinkan semula rakyat negara ini bahawa Barisan Nasional (BN) adalah pilihan terbaik untuk memerintah negara ini.
            Banyak tolak ansur telah dibuat malah banyak juga 'pengorbanan' telah dilakukan demi memastikan negara tetap aman, sejahtera dan makmur di bawah pimpinan BN. Sehingga, ada benda-bendanya orang Melayu pu tidak berapa nak suka dengan keputusan yang dibuat, namun keterpaksaan memungkin segala-galanya.
            Meskipun, pelbagai tohmahan dan telanjang menelanjangi dibuat oleh pihak pembangkang dan berkepentingan, namun Najib dan barisan kepimpinanannya tetap tenang dan steady mengahadapinya. Kerja dan terus berkerja demi rakyat dan negara sehingga tercetuslah selogan: Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diuatamakan.
NAJIB... semakin popular
              Bukan sekadar selogan tetapi telah dipraktikan dari satu bab ke satu bab. Rakyat tahu, rakyat nampak dan rakyat merasainya kecuali mereka yang telah dibuta dan ditulikan hati perutnya. Dan, Najib nampaknya semakin popular. Tun pun akui kepopularan Najib kini semakin mencanak (naik).
            Cuma, yang menjadi kebimbangan sekarang adakah kepopularan mampu meraih kemenangan besar? Sebab, sejauh mana usaha kita telah memenangi hati rakyat sangat sukar untuk ditelah. Soal hati adalah sesuatu yang amat subjektif dan ekslusif! Kerja hati adalah kerja Allah Taala, para malaikat pun tidak tahu!

Jagindas: Ayuh rakan-rakan BN, selesaikan apa juga yang belum diselesaikan sebelum parlimen diisytihar bubar..



Khamis, 9 Ogos 2012

SEBANTAL MIMPI TAK SERUPA


SATU (BANGSA, NEGARA DAN JIWA) - eerrmmm
PM milik siapa kalau PR menang?
Parti Keadilan Rakyat (PKR) kata, kalau menang PRU nanti dialah yang akan jadi Perdana Menteri (PM), DAP kata pulak, kalau menang PRU, dia lah yang paling layak jadi PM manakala PAS kata, PAS yang paling layak dan sesuai kerana PAS memperjuangkan Islam.
            Maka, tiga negeri pun, buat tema berasingan bagi menyatakan perasaan masing-masing kepada rakyat. Kedah dengan teman terus berbaktinya, Pulau Pinang dengan imej kebersihan manakala  Kelantan pula menerajui perubahan.
            Apakah bakti itu, kebersihan yang macam manakah dan perubahan yang mana satukah, itu hanya mereka sahaja yang tahu. Itupun, barangkali dalam kepala pemimpin utama mereka sahaja yang benar-benar mafhum makudnya. Rasanya anak-anak buah haram tak faham apapun!
            Yang kerap menjadi persolaan khalayak adalah mengapa jadi begitu? Jawapan mudahnya senang saja, iaitu kerana masing-masing nak jadi Perdana Menteri. PAS kata, dia yang paling layak sebab hanya Islam (Islam cara PAS) yang menjamin kesejahteraan ummah, PKR kata, dia yang paling adil, sama rata sama rasa seperti apa yang Anwar buat (ehem, ehem!) manakala DAP kata, sudah sampai masanya cina perintah Melayu! No more raja, sultan dan Agong. No more! No more hak-hak istimewa, no more! Ha, ambik kau!
            Pusing punya pusing, mereka dah nampak macam tak selesa sebab banyak sangat yang soal dan tanya. Maka, mamak bendahara Anwar pun lantas bangun dan berkata: Itu semua cadangan asal masing-masing sebelum dimuktamatkan, sekarang kami dah muktamat dan sepakat maka Pakatan Rakyat (PR) akan gunakan tema: Sebangsa Senegara Sejiwa [disini]
            Cantik tu, Satu bangsa - Bangsa Malaysia, Satu Negara - Negara Malaysia, Satu Jiwa - ???   Tak kan jiwa Malaysia kut? Jiwa Malaysia tu macam mana ha? hehehe.. Yang kita ada puntak dipraktik sampai sekarang - Bahasa Jiwa Bangsa. Macam mana?


Jagindas: MCA dan MIC pun mimpi macam tu juga, tapi taklah rakus sangat. Dan UMNO, janganlah leka pulak...

TANDA PUTERA DITANGGUH

SUHAIMI BABA .. Cipta filem Kontroversi

Semua Pihak Akur TANDA PUTERA  Ditangguh Tayang!

SEMUANYA kerana takut! Penyelesaiannya, reka macam-macam alasan yang agak-agak releven. Keputusannya, tangguh, tagguh, tangguh!

Datin Suhaimi, teruskan bikin filem-filem macam ni. Pastikan faktanya lengkap meskipun bernilai kontroversi!


Jagindas: Apa nak jadi tak taulah, taaaaakut, tak habis-habis!

BILA ZAHID BERI AMARAN!!, HAHAHAHA....

ZAHID... ada berani ke?

Jangan! Jangan! Jangan!


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata:
           
             "Saya ingatkan ADUN dari DAP, Manoharan jangan cuba hina mana-mana atlet sukan kerana mereka mewakili negara. Chong Wei cuma gagal dengan hanya perbezaan dua mata dan beliau telah berusaha dengan bersungguh-sungguh".
            "Kita menghargai apa yang Chong Wei lakukan untuk negara. Tindakan Manoharan menghina Chong Wei adalah keterlaluan bagi seorang warga Malaysia dan seolah-olah beliau tidak ada semangat patriotik" [di sini]

            Kerap benar kita dengar pemimpin negara bercakap macam ini.Cuba perhati betul-betul, ayat yang diucapkannya itu macam terputus di tengah jalan. Ada sesuatu yang tidak lepas. Mengapa suka cakap macam itu? Kenapa tak lepaskan sahaja.?
            Maksud saya, bila kita beri amaran, kita juga kena beri kesan dan impaknya jika yang diberi amaran melanggar amaran! Itu baru dikatakan amaran, kalau tidak ia dipanggil jenakamaran (jenaka + amaran). 
            Sebab itu, lepas kita bercakap (beri amaran konon) puak-puak kat sana tu berdekah-dekah gelak sampai nak kembung perut!

Jagindas:  ramai benar pemimpin UMNO macam ni! agaknya mereka masih dalam ketakutan lagi...

DARI FAIL LAMA...


Askar Wataniah (AW) 1964

Allahyarham Kopral Shahabudin, duduk enam dari kiri
PETANG semalam, sambil menunggu waktu berbuka, saya pergi menziarahi sebuah rumah lama peninggalan arwah bapa rakan saya. Tiba-tiba saya terjumpa sekeping gambar terperosok di atas lantai, hampir-hampir musnah dimakan usia.

"PASOKAN PERTAHANAN TEMPATAN (AW) PERAK
PLATON AMPANG BAHARU, KINTA
BERTARIKH: 01 OGOS, 1964

Mereka terdiri daripada 21 anggota dan kesemuanya berbangsa cina. Platon tersebut dipimpin oleh Kopral  W. Das (2065 - mendiang) dan Kopral Shahabudin (RMR - 90877 Allahyarham)

Jagindassayu...

HUKUM SYARAK BOLEH DIFLEKSIBELKAN JIKA....

Apapun Boleh Asalkan....


MOHAMAD DAUD... Ketua Dewan Ulamak Pas Kelantan
"Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud berkata, hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu." [ di sini]

Jagindas:  ada lima bahasa mengenai musang: (1) musang berbulu ayam; (2) musang berjanggut; (3) musang jebat (4) bila malam jadi musang... hehehe...ada satu lagi, Gua Musang!




APABILA KURANG AJAR BERMAHARAJALELA

Maafkan Saya...Menutup Segala-galanya (?)


GAMBAR HIASAN:  Manoharan, Namwee dan Nizar

KES YB. Manoharan mengutuk kekalahan Chong Wei dalam acara sukan badminton perseorangan di Olimpik baru-baru ini menerusi twitternya hampir-hampir menjadi polimik apabila sebilangan besar rakyat termasuk pemimpin pembangkang sendiri kurang senang dengan keceluparan Manoharan itu.
            Saya sendiri tidak bersetuju dengan kata-kata Mano yang menyentuh kepribadian Chong Wei sekali gus turut mengheret memperleceh marwah negara berikutan Chong Wei telah dinobatkan sebagai wira oleh rakyat Malaysia di atas sumbangannya dalam bidang sukan di peringkat dunia.
            Apa-apa sekalipun yang baik-baik yang dipamerkan oleh rakyat kita di mata dunia sewajarnya mendapat sokongan daripada rakyat negara ini. Sekecil mana sekalipun, namun jika diperingkat dunia ia sudah cukup diangkat sebagai jasa kepada negara.
            Pun begitu, jika dihalusi, Mano hanya mengutuk seorang rakyat biasa tetapi dalam lenggok politik kirinya sehingga sangup menamakan Chong Wei sebagai CHONG AWAY dan  Dan dari negara China.
            Sebenarnya, kita ada kisah lebih hebat daripada itu sebelum ini apabila seorang rakyat biasa mengutuk dan mempermainkan negara sehingga seperti melondehkan marwah negara apabila dia mempersendakan lagu negaraku, bendera negara dan raja-raja kita.
            Demikian juga kisah YB Nizar meroyan yang memfitnah Sultan Johor baru-baru ini dalam kes pembidaan plat kereta yang didakwanya Sultan Johor memazirkan wang rakyat.
            Dalam beberapa kes kurang ajar sebelum ini, bukankah hanya dengan sekadar memohon maaf, yang kemudiannya telah melenyapkan kepanasan sebelumnya menjadi sejuk begitu sahaja? Bahkan, mereka (yang kurang ajar itu) terus bermaharajalela dengan karya-karya dan ucapan-ucapan gilanya! Lihat sahaja Nizar serta (pemimpin-pemimpin pembangkang lain juga) dia terus celupar dan celupar!
            Bagaimana pulak kes guru sekolah swasta yang mempermainkan kandungan buku agama Islam yang berlaku di Johor baru-baru ini?
            Kita sudahpun mengisytiharkan rakyat bebas berkata apa juga asalkan tidak menyentuh soal-soal keunggulan perlembagaan, kesultanan dan YDP Agong serta agama dan budaya apabila akta tahanan 1948 (ISA) dimansuh dan digantikan dengan akta yang baru yang dikatakan lebih fleksibal dan lebih memberi kebabasan kepada rakyat di negara ini bersuara.
            Saya tidak menyokong perbuatan keji Manoharan itu, namun kita juga harus realistik sebelum mempolimikan sesuatu isu yang bersifat kurang ajar seupaya ia nampak adil dan telus. Semua pihak sewajarnya tidak berdiri digelanggang politik apabila menghadapi isu-isu seperti ini.

Jagindas:  Bila ucapan maaf  semudah itu dilafaz dan diterima, buatlah apapun kemudian ucapkan lah SAYA MOHON MAAF, SAYA SESUNGGUHNYA TIDAK BERNIAT......bla bla bla...Maka cairlah...

AIS KRIM BASKIN ROBIN (BR)


Sanggup Setia Berbaris Panjang Demi Untuk Satu Skop BR
Malam ini saya tidak bertarwih secara berjamaah. Kalau sempat sebelum tidur saya akan buat bersendirian, InsyaAllah. Saya ada hal menemankan rakan-rakan ke Ipoh. Kami bergegas ke Ipoh sebaik sahaja selesai solat maghrib.
            Selesai sahaja urusan itu, kami menyelimpat sekejap ke Jusco, sebuah pasaraya yang penuh sesak parkingnya. Masa tu kira-kira pukul 9.30 malam. Saya memang tak gemar ke pusat beli belah ini sebab susah benar nak dapat tempat parking yang selesa.
            Di tingkat satu saya lihat ada dua lajur baris orang ramai. Berpusu-pusu. Panjang barisnya. Mereka kelihatan penuh setia menunggu. Saya bertanya kepada seorang jurujual apakah yang ditunggu oleh mereka. Rupa-rupanya mereka berbaris untuk mendapatkan satu skop ais kerim Baskin Robin. Ais kerim jenis mahal dan sedap katanya. Tapi cuma satu skop sahaja.
            "Cuba pakcik tengok, hanya kerana satu skop ais kerim jenis itu, mereka sanggup berbaris sejak pukul 7 petang tadi sampai sekarang. Sepintas lalu nampak macam dah tak beduit sangat untuk menikmati ais kerim tersebut. Malulah bang.." Itu komen jurujual itu kepada saya.
            Saya terfikir, adakalanya walaupun sesuatu event itu merupakan satu penghargaan dan mengajak khalayak untuk sama-sama menyertainya, namun kadang-kadang juga ia semacam menunjukkan kelemahan maruah seperti kata komen jurujual tadi.
            Memang, jutaan terima kasih serta sekalung budi wajar di beri kepada penyumbang ais kerim tersebut tetapi rasanya elok buat cara lain supaya tidak menampakkan ia sebagai rakyat Malaysia ini seperti orang kebuluran berbaris untuk mendapatkan bantuan makanan. Di pusat beli belah pulak tu!
            Bukan tidak menghargai, tetapi mungkin ada cara lain yang lebih bermarwah!


Jagindas: Ais Krim? hehehe...Hanya untuk satu skop ais kerim Baskin Robin. Terima kasih sebesar-besarnya.


Rabu, 8 Ogos 2012

NAK CERAI PUN BISING!


Dah Tak Tau Malu Ke?

SEMALAM, saya cerita pasal gelagat artis bertaubat. Akhbar utusan hari ini paparkan lagi kisah pemain bola si Aidil dengan Rita yang tak kunjung-kunjung bercerai dan tak kunjung-kunjung kembali taatnya!.[ di sini]
            Masa kahwin dulu bukan main lagi macam nak rak! Sesudah tak serasi pulak heboh macam nak rak juga! Kalau dah lafaz cerai, kira dah bercerailah tu... (kalau lafaz gurau pun kira dah jatuh talaq, tau tak) ... yang lain tu hukum dunia.
            Inilah yang lemahnya pejabat agama ni dan ini jugalah yang menjadi rungutan orang ramai yang menggunakan khidmat jabatan berkenaan. Banyak sangat ding-dong.
            Nasihat saya kepada yang lain, agak-agak le kalau nak bercerita pun. Kalau nak kawin, kawin lah, kalau nak cerai, bercerailah. Tak payah macam ayam betina bertelor pulak. Benda-benda tak elok lagi ler kena buat senyap-senyap!
            Agama kita tidak suka antara kita (suami isteri) menceritakan perihal peribadi antara satu sama lain sehingga kepengetahuan khalayak. Berdosa beb!
            Tak malu ke? Lain lah kalau dah tak tahu malu!
Nak salahkan wartawan lagi? Itu kerja dia: menyoal, menyucuk, memprovok. Yang kamu gatai layan buat apa?
             
Jagindas: nak tanya tok sheikh, kalau suami dah lafaz cerai, boleh tak duduk serumah lagi dengan pompuan yang dilafaznya cerai tadi? boleh? Lafaz cerai boleh tarik-tarik balik ke? Ada main silap-silap ke?

GILA!

Utusan Malaysia: 8/8/12

Mana Satu Nizar Punya?

Ada banyak jenis GILA, antaranya sepeti berikut:

Gila Talaq, Gila Babi, Gila Meroyan, Gila Sepera, Gila Bahasa, Gila-Gila, Gila Tahap 1, Gila Tahap 2, Gila Tahap 3, Gila Tahap 4 (yang ni macam kes kanser pulak dah)














JagindasBuat-buat gila agaknya, selepas 44 hari baru dia jadi betul-betul gila (sama ada tahap 1, 2, 3, 4)


CABUT BULUPUNYA HAL..

Nak Guna Pun Tak Boleh, Sakit Oi!
SUMBER: Utusan Malaysia /8/8/12
Isyh, isy, isy... naya betul budak ni. Kalau dah kawin, laki dia pun turut naya sekali. Macam-macam.... Guna cara biasa sudah le..




Jagindas:  Itu la apa yang Tuhan bagi tu jangan di modify bukan-bukan, bagi perelok tak apa..