JPJ Dijangka Kutip Lebih RM82j
SETAKAT ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
dipercayai berjaya mengutip lebih RM3 juta saman yang dibayar oleh 10,000
pesalah jalanraya berkaitan saman AES. Namun jumlah sbenar yang sepatutnya dipungut oleh jabatan
itu adalah lebih RM82 juta berikutan saman yang dikeluarkan setakat ini adalah melebihi 274,000 semuanya.
Sumber berita di
sini
Sehubungan
itu, penulis menyeru pengguna jalanraya supaya terus mengurangkan jumlah
kutipan ini dengan bersama-sama mematuhi peraturan jalanraya yang telah
ditetapkan oleh kerajaan.
Ramai
yang memprotes pemasangan kamera AES atas pelbagai alasan dan sebab antaranya
mendakwa berlaku kesesakan jalanraya berikutan kenderaan bergerak perlahan meskipun
dalam keadaan cuaca dan suasana di atas jalanraya yang tidak sibuk. Sekali gus pengguna
mendakwa matlamat mengurangkan risiko kemalangan jalanraya bertukar kepada
"menyiksa" pengguna khususnya pemandu kenderaan.
"Baru-baru
ini saya kena bayar dua saman yang dikenakan pada hari yang sama. Satu saman
kamera polis dan satu lagi saman kamera AES, "
"Ia
adalah pengalaman yang menyakitkan dan saya insaf untuk memandu laju lagi.
Namun, siksa kedua adalah pemanduan yang menjemukan apabila terpaksa memandu di
bawah 120km/j untuk perjalanan dari Johor baharu ke Kuala Lumpur," kata seorang pemandu di Johor.
Apapun,
bagi penulis rakyat khususnya pemandu tidak perlu lagi menyatakan bantahan seperti
itu setelah pelbagai usaha dibuat sebelum ini gagal mempengaruhi keputusan
kerajaan. Sebaliknya, rakyat sewajarnya menerima seadanya keputusan tersebut
sehingga ia telah benar-benar terbukti menyusahkan rakyat dan pengguna.
Lazimnya,
sebagai sebuah kerajaan yang berhati perutkan rakyat, kerajaan akan mengkaji
semula atau mengambilkan langkah-langkah perlu apabila sesuatu program,
peraturan atau projek itu telah didapati jelas menyusahkan rakyat. Ini amat
jelas dipraktiskan oleh kerajaan di bawah prinsip kepimpinan Satu Malaysia - Rakyat
Didahulukan Matlamat di Utamakan.
Jagindas: Cadangkan
supaya had laju di jalan negeri 100km/j dan di lebuhraya 130km/j manakala tiada
had laju bawah 90km/j kecuali dalam pekan atau bandar. Pihak berkenaan juga kena ambilkira kecemerlangan prestasi kenderaan-kenderaan hari ini termasuk kereta buatan Malaysia.