Pahat Sudah Berbunyi...
ENTAHLAH... sememangnya begitukah ketika tiba musim
pilihanraya atau kerana PRU13 ini yang menjadi rebutan tua dan muda bagaikan
sudah tiada lagi akan berlaku pilihanraya selepas ini. Logiknya, yang tua
merasakan tiada harapan lagi untuk kehadapan manakala yang muda pula tidak
sabar-sabar menerajui kerajaan.
Singgah
di merata-rata kedai kopi dan berhubung menerusi media, akhirnya penulis dapati
banyak kerusi di Perak panas membara. Bermacam sebab menyebabkan kerusi itu jadi
panas. Ada yang kata pengundi sudah meluat dengan 'orang lama' apalagi yang
sudah berpenggal-penggal menduduki kerusi YB.
Ada
yang kata, sepanjang jadi YB harapkan cakap sahaja berdegar-degar, kerja apa
habuk pun tarak. Mabuk publisiti. Kalau
dibaca blog-blog pro yang berkenaan bagaikan nak rak! Ada juga yang kata,
bapaknya dulu pun orang tak suka macam mana nak ikut anaknya. Jika anaknya jadi YB, seperti bapaknya jugalah
berada di kerusi itu. Sendiri mahu ingat la...
"Apakah sudah tak ada orang lain selain
daripada menjadikan kerusi YB ini seperti pesaka datuk nenek deme? Kalau
bapanya dulu ok, tap apa laa..." itu antara suara sumbang yang
berdesing di telinga menyelinap ke jantung!
Antaranya
yang hebat diperkatakan ialah tiga kerusi kawasan parlimen di Parit,
sekurang-kurangnya satu kerusi di kawasan parlimen Gopeng dan dua kerusi di
kawasan parlimen Kampar didakwa paling sukar untuk di tawan BN.
Di
samping itu menurut pandangan khalayak juga, beberapa kawasan yang dulunya
milik pembangkang, tidaklah semudah itu BN boleh merampasnya kembali meskipun
pelbagai usaha dan kebajikan telah dipamerkan oleh kerajaan.
Penulis
tidak boleh menjadi saksi terhadap tangapan itu kerana ianya barangkali adalah
cakap-cakap politik dari sebelah pihak. Kalau di tanya sebelah pihak lagi,
semuanya positif, optimis dan sukses! Mana satu yang betul? 5 Mei barangkali
akan memberikan jawapannya yang tepat.
Yang
jelasnya, apa yang penulis lihat jentera perayu undi dan kempen daripada Umno
masih lesu selepas dua hari proses penamaan calon berlaku. Ada yang macam
malu-malu nak jumpa pengundi. Atau, mungkinkah sudah terasa yang mereka tidak
akan di layan seperti takutkan bayang-bayang?
Jentera-jentera
di peringkat cawangan juga nampaknya hanya menumpukan kerja-kerja kepada
pemasangan poster dan bendera. Itu pun disuruhnya 'bebudak' yang tak cukup umur
yang buat kerja, sebab upahnya murah. Hasilnya, banyak poster dan bendera yang
dipasang tidak ikut syarat. Lantaklah, itu kerja parti. Mereka yang sepatutnya
pantau!
Kalau
diingat-ingatkan beberapa penggal yang lalu, inilah musimnya pancing memancing,
kempen mengempen berlaku tetapi tidak kali ini. Ini menyebabkan sehingga ke hari
ini 'mood' pilihanraya masih belum
terasa oleh orang ramai khususnya pengundi. Cuma ada 13 hari lagi.
Mengapa
jadi begitu, sedangkan semua pihak tahu bahawa PRU13 ini adalah pilihanraya
yang getir buat BN khususnya Umno? Mengapa? Kalau begini sikap yang diambil
oleh pihak bahagian dan cawangan, penulis fikir media cetak, media sosial dan
blog-blog pro-kerajaan pun tidak mampu menolongnya. Mati beb! Mati dibuatnya!
Jagindas: Ada
yang main sorok-sorok baju, selendang,
payung dan ball-pen sebab nak bagi adik beradik dan sanak saudara....Ini
pun jadi isu juga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.