Kalau tak Benar, Saman Saja Sampai Kong!
APABILA ada tuduhan mahupun tohmahan, maka
pihak yang tertuduh selalunya akan membuat penafian. Ini adalah senario dan
amalan biasa sebagai manusia. Namun, jika tohmahan tersebut sudah keterlaluan
sehingga boleh menjejaskan imej dan kredibaliti, maka ia tidak sepatutnya dibiarkan
sehingga menjadi polemik dan tanda tanya.
Datuk
Seri Nizar, misalnya dikata telah menyebarkan tohmahan dalam tweetter-nya konon
Menteri besar Perak, Datuk Seri Zambry (gambar), telah meluluskan seluas 14,000 hektar
tanah kepada sebuah syarikat. Langkah awal yang diambil oleh Zambry terhadap
isu itu adalah menafikannya sambil menyifatkan berita itu sebagai pembohongan.
Tuduhan,
tohmahan, pembohongan, tipu dan fitnah. Yang mana satu? Apa yang pasti, jika ia
benar-benar tidak betul, tiada sebab mengapa Zambry membiarkan Nizar bebas
mencemar nama baiknya sebagai Menteri Besar. Satu imej yang besar! Satu
kedudukan yang besar di peringkat negeri. Kuasa juga tentulah besar.
Zambry
tidak perlu melayan perbuatan Nizar tersebut menerusi akhbar dan terus
berpolemik sebegitu sebaliknya beliau sewajarnya terus mengambil langkah
menyaman Nizar beberapa juta yang selayaknya.
Kalau,
semua yang terfitnah berbuat demikian, penulis fikir seseorang akan berfikir
berpuluh kali sebelum berani membuat fitnah, tuduhan, tohmahan atau pembohongan
melainkan dia mempunyai bukti yang kukuh. Ibarat bersilat, kalau kekuda tidak
kemas, janganlah berani menyergah lawan!
Penulis
percaya dengan langkah sebegini juga kita boleh mengecilkan sais pelaku pembohongan,
tohmahan dan pemfitnahan terutamanya dalam agenda politik masing-masing.
Dalam
kes ini misalnya, 14k hektar bukan sedikit. Diterjemah dalam ekar ia
membabitkan kira-kira 35,000 ekar tanah. Zambry, bukan hanya sekadar perlu
marah tetapi wajar tercabar dengan isu ini sekiranya memang beliau tidak
melakukannya. Dan, kesan daripada keceluparan itu, Nizar wajar mendapat
balasannya supaya yang lain-lain pun turut terajar dengan keputusan mahkamah
nanti.
Rakyat
juga sebenarnya semakin jelak dengan cakap-cakap penafian di media-media.
Kerana, setakat hari ini apa yang diputuskan oleh mahkamah setelah dicabar oleh
yang tertuduh menjadi kepercayaan umum. Itu pun, ada kes-kesnya keputusan
mahkamah juga masih menjadi tanda tanya!
Justeru,
bukan Zambry sahaja, malah sesiapa pun, apalagi yang berkedudukan dan yang
boleh disabitkan dengan penyalah gunaan kuasa, jika tuan-tuan terfitnah, maka adalah
lebih baik selesaikannya menerusi mahkamah daripada membebel di media-media
yang akhirnya mendorong rakyat semakin keliru! Sebab, orang tua-tua kata: tak
tumbuh tak melata. Sebab itu kita kena buktikan di mahkamah bahawa kita dipihak
yang benar.
Jagindas: Berani kerana
benar