Sabtu, 21 Julai 2012

KONDOM

Olimpik Dan Temasya Seks


ditaja oleh: 



150,000 kondom Olimpik

Ia mungkin ada kena mengena dengan peraturan membenarkan teman peserta masuk ke tempat penginapan atlit dengan 3,500 pelawat dijangka masuk setiap hari di 2,818 pangsapuri. [sini]


Jagingas:  Selamat berbuka puasa, selamat bertaraweh dan selamat bersahor. Ada ngeteh tak malam ni?

CATATAN PERISTIWA ll


sambungan dari cerita 1
CERITA 2:  Che Dat Halimunan?

SUATU malam selepas bercerita dengan adik Ching Peng (Cikgu Boon Chuan), saya teringat pula kisah yang diceritakan oleh arwah ayah dan ibu kira-kira 40 tahun lalu. Menurut mereka, pada tahun 50an anggota keselamatan sentiasa merisik untuk menangkap Che Dat yang dipercayai sekali sekala akan balik ke kampungnya di Lambor Kiri.
            Namun, apabila bertemu dengan Che Dat, tiada siapapun yang bertindak untuk menangkapnya melainkan dibiarkan sahaja. Apabila dia menaiki motosikalnya dan berlalu selepas berbual-bual dengan penduduk, barulah orang ramai sibuk untuk menangkapnya.
            Dan, sampailah ke akhir hayatnya, dia tidak pernah ditangkap.
            Seorang tua, dikenali sebagai Pak Abu yang saya kenal melalui seorang kawan, arwah Cikgu Mazlan Wahab, turut menceritakan perihal Che Dat. Menurut arwah Pak Abu, dia dan Che Dat adalah sekampung dan rakan "seguru". Namun, katanya Che Dat memilih berjuang dalam pasukan komunis sebagai haluan hidupnya.
            Sesuatu yang menarik dalam perbualan saya dengan Pak Abu, adalah beliau amat yakin bahawa Che Dat tidak pernah membunuh sesiapapun termasuk anggota keselamatan. Dia yakin benar!
            "Tidak. Saya yakin dia tak bunuh sesiapa termasuk polis dan askar. Itu adalah pantang-larang ilmu yang kami tuntut. Itulah pesan guru kami. Namun, dia mungkin memberikan arahan sahaja"
            "Ada sesuatu dalam ilmu yang dibawanya itu dimana dia boleh membawa beberapa orang tidak kira melayu, cina atau india yang mana pihak musuh tidak akan dapat berbuat apa-apa melainkan setelah mereka menghilangkan diri dari pandangan," kata Pak Abu ketika bercerita panjang lebar mengenai rakan segurunya itu.
            Menurut Pak Abu, semenjak Che Dat "masuk hutan" beliau tidak pernah bertemu dengan rakannya itu. Katanya, walaupun sesekali Che Dat ada pulang ke kampung namun dia akan cuba mengelak untuk bertemu dengan Pak Abu. Mengapa? Hanya mereka sahaja yang tahu sebabnya!
            Ada, bukan tak ada. Pak Abu ada cerita kepada saya sebab-sebabnya secara ringkas tapi biarlah ia jadi simpanan fail peribadi saya.
            Mungkinkah kekuatan Ching Peng adalah hasil perkongsian "keilmuan" yang dimiliki Che Dat?  Daripada penceritaan Pak Abu itu, saya percaya kemungkinan itu ada!


Jagindas:    Arwah Pak Abu kata, masa muda-muda dulu kalau dia jumpa Che Dat mungkin akan dibunuhnya, namun setelah meniti hari tua, beliau mengampunkan keslahan rakannya itu. Tetapi Che Dat masih enggan menemuinya sehingga akhir hayat Pak Abu...


CATATAN PERISTIWA l


CERITA 1:  Cheng Peng Halimunan?
Ching Peng

Masa itu saya sedang minum di sebuah kantin. Peristiwa ini berlaku kira-kira 33 tahun lalu di  Bruas, Perak.
            Dihadapan saya seorang guru berbangsa cina. Peramah orangnya dan itu adalah kali pertama saya bertemunya. Ketika berbual-bual sambil menatap wajahnya, saya teringat seseorang yang ada tercatat dalam sejarah Parti Komunis Malaya (PKM). Lalu saya dengan maaf bertanya, adakah dia mempunyai pertalian dengan Ching Peng.
            Dia tersenyum dan memberitahu saya bahawa Cheng Peng adalah abang kandungnya. Itulah pengakuan, adik kepada Cheng Peng, Cikgu Ong Boon Chuan, seorang guru dan kini sudah bersara dan menetap di Batu Gajah.
            Lama kami bersembang. Macam-macam yang saya tanya mengenai abangnya dan beliau tidak mengelak untuk menjawabnya. Dalam banyak-banyak siri cerita itu, saya tertarik dengan cerita bagaimana dia pernah diminta abangnya menyediakan bekalan makanan untuk di bawa ke hutan di kawasan Hulu Perak. Menurutnya, peristiwa itu berlaku sekitar tahun 50an dan berakhir pada tahun1970an. Bukan sekali malah berulang kali.
            Katanya, setelah menyediakan semua barang keperluan yang dikehendaki, dia memaklumkan kepada pihak polis akan tarikh dan masa di mana abangnya akan datang mengambil barang-barang tersebut. Biasanya lokasi pengambilan berlaku di Sitiawan Perak dan antara masa dini hari atau pukul 3 - 4 pagi.
            "Sebelum  Ching Peng datang, polis dan anggota keselamatan sudah mengepung kawasan berkenaan. Apabila lori sampai, mereka melihat Ching Peng dan rakan-rakannya memuatkan barangan yang dipesan ke lori"
            "Setelah selesai, lori pun beredar dan setelah lori hilang dari pandangan, barulah masing-masing terpinga-pinga malah ketika itulah baru anggota keselamatan tadi merasa kehairanan sesama sendiri mengapa tindakan menangkap Ching Peng dan Che Dat tidak diambil sedari tadi", katanya.
            Menurut Boon Chuan, begitulah keadaannya setiap kali abangnya datang ke Sitiawan bagi mengambil bekalan stok makanan untuk di bawa ke hutan.
           

Jagindas:    sebelum itu, daripada cerita orang tua-tua ada juga saya dengar Che Dat, Cheng Peng dan orang-orang kanannya memang sukar ditangkap walaupun sudah berada di depan mata!


nota:  CATATAN PERISTIWA INI MENYEDIAKAN BEBERAPA SIRI CERITA HASIL PENEMUAN SAYA SENDIRI. PASTIKAN ANDA MENGIKUTINYA DARI SIRI CERITA 1 HINGGA AKHIR 

Jumaat, 20 Julai 2012

TAYAMMUM


Mari Ulangkaji Bertayammum

BAGI NEGERI-NEGERI yang kemungkinan akan mendapat masalah bekalan air bersih atau langsung tidak ada air dibekalkan, maka pilihan anda adalah bertayammum. Namun, oleh kerana kita jarang-jarang sekali atau mungkin tidak pernah menggunakan kaedah tayammum ini [klik sini], maka eloklah diulangkaji. Jangan sembarangan, ada syarat-sayaratnya!


Jagindas:   siap-siapkan debu tanah yang suci, bila nak guna nanti senang..Kata orang sediakan payung sebelum hujan