KEM KOMUNIS.............Keadaan dalam kem bawah tanah di Betong |
sambungan dari cerita 3
CERITA 4: Cikgu Alias - entah masih hidup
atau tidak?
CIKGU ALIAS.
Kalau tak silap saya naman penuhnya Cikgu Che Alias b Che Mat atau bin Nikmat.
Dia orang Kelantan dan saya berkenalan dengannya sewaktu dia menjadi Penolong
kanan disalah sebuah sekolah menengah di Daerah Perak Tengah. Orangnya baik,
sentiasa senyum dan lemah lembut. Saya suka sikapnya yang santun dan tidak
pernah menyakitkan hati. Atau begitukah agaknya orang Kelantan??
Secara tiba-tiba dia begitu rapat
dengan saya dan kami selalu berbual-bual. Tidak menyentuh soal politik tetapi
lebih kepada masa depan hidup terutama di alam barzah. Sehinggalah pada suatu
hari seorang SB (polis cawangan khas) bertemu saya, dimana ketika itu Cikgu
Alias tahu walaupun hanya melihat dari jauh.
Cikgu Alias juga tahu bahawa saya
memang penyokong kuat kerajaan sebab saya tidak pernah sembunyi-sembunyikan
identiti naluri saya! Namun, naluri saya mengesyaki dia orang parti PAS.
Esoknya, Cikgu Alias memanggil saya dan
dia terus bercerita terus terang pada hal dia tidak bertanya dan sayapun tidak
menceritakan apa-apa kepadanya tentang pertemuan saya dengan SB itu.
"Saya tahu yang jumpa awak
semalam adalah SB dan dia mahukan maklumat tentang saya daripada awak kan? Tak
apalah... Saya sebenarnya memang diikuti polis sebab mereka sudah tahu saya
adalah salah seorang ahli gerakan pemisah bawah tanah Islam Patani Selatan
Thai. Tentu dia orang bimbang kalau-kalau saya mengembangkan pengaruh..."
Begitu ceritanya kepada saya.
Sambil-sambil bercerita, dia
mengeluarkan dua buah album gambar dan menerangkan setiap gambar yang terakam di
album itu. Gambar-gambar foto itu yang turut memuatkan foto beliau adalah
dirakam di kem Ching Peng dan Che Dat.
Daripada gambar itulah baru saya
dapat menyelami keadaan tempat yang dilawati oleh Pak Lop yang saya ceritakan
pada siri 3 yang lalu. Memang lengkap tetapi semuanya dalam gua berdindingkan
tanah. Keadaannya kemas dan teratur.
Menurut Che Alias, kumpulanya sedang
berbincang dengan kumpulan Ching Peng bagi mengambilalih kubu mereka itu
berserta peralatan dan senjatanya sekali kerana ketika itu kumpulan Ching Peng
dipercayai sedang bersiap-siap untuk meletakkan senjata hasil persefahaman yang
dicapai dengan pihak keselamatan Malaysia.
Katanya, kalau pemuafakatan ini
berlaku dengan jayanya, Kelantan mungkin bersatu dengan Wilayah Selatan Thai
lalu membentu sebuah negara berotonomi. Agaknya, inilah yang disebut sekarang
gerakan Jemaah Islamiah (JI) yang didakwa oleh risikan cawangan khas, sedang
meresapi ke dalam arena politik tanah air.
Saya yang hanya menjadi pendengar
dari awal hingga akhir, merasakan sedikit seram dan kebingungan kerana mengapa
rahsia sebesar itu diceritakan kepada saya sedangkan dia tahu, saya akan
melaporkannya kepada SB!
Jagindas: secara nakal, saya cuba minta sekeping gmbar
untuk kenang-kenangan, namun ditolaknya permintaan saya dengan ketawa kecil dan
senyum menguntum!