Sabtu, 21 Julai 2012

CATATAN PERISTIWA lV

KEM KOMUNIS.............Keadaan
dalam kem bawah tanah di Betong

sambungan dari cerita 3
CERITA 4:  Cikgu Alias - entah masih hidup atau tidak?

CIKGU ALIAS. Kalau tak silap saya naman penuhnya Cikgu Che Alias b Che Mat atau bin Nikmat. Dia orang Kelantan dan saya berkenalan dengannya sewaktu dia menjadi Penolong kanan disalah sebuah sekolah menengah di Daerah Perak Tengah. Orangnya baik, sentiasa senyum dan lemah lembut. Saya suka sikapnya yang santun dan tidak pernah menyakitkan hati. Atau begitukah agaknya orang Kelantan??
            Secara tiba-tiba dia begitu rapat dengan saya dan kami selalu berbual-bual. Tidak menyentuh soal politik tetapi lebih kepada masa depan hidup terutama di alam barzah. Sehinggalah pada suatu hari seorang SB (polis cawangan khas) bertemu saya, dimana ketika itu Cikgu Alias tahu walaupun hanya melihat dari jauh.
            Cikgu Alias juga tahu bahawa saya memang penyokong kuat kerajaan sebab saya tidak pernah sembunyi-sembunyikan identiti naluri saya! Namun, naluri saya mengesyaki dia orang parti PAS.
            Esoknya, Cikgu Alias memanggil saya dan dia terus bercerita terus terang pada hal dia tidak bertanya dan sayapun tidak menceritakan apa-apa kepadanya tentang pertemuan saya dengan SB itu.
            "Saya tahu yang jumpa awak semalam adalah SB dan dia mahukan maklumat tentang saya daripada awak kan? Tak apalah... Saya sebenarnya memang diikuti polis sebab mereka sudah tahu saya adalah salah seorang ahli gerakan pemisah bawah tanah Islam Patani Selatan Thai. Tentu dia orang bimbang kalau-kalau saya mengembangkan pengaruh..." Begitu ceritanya kepada saya.
            Sambil-sambil bercerita, dia mengeluarkan dua buah album gambar dan menerangkan setiap gambar yang terakam di album itu. Gambar-gambar foto itu yang turut memuatkan foto beliau adalah dirakam di kem Ching Peng dan Che Dat.
            Daripada gambar itulah baru saya dapat menyelami keadaan tempat yang dilawati oleh Pak Lop yang saya ceritakan pada siri 3 yang lalu. Memang lengkap tetapi semuanya dalam gua berdindingkan tanah. Keadaannya kemas dan teratur.
            Menurut Che Alias, kumpulanya sedang berbincang dengan kumpulan Ching Peng bagi mengambilalih kubu mereka itu berserta peralatan dan senjatanya sekali kerana ketika itu kumpulan Ching Peng dipercayai sedang bersiap-siap untuk meletakkan senjata hasil persefahaman yang dicapai dengan pihak keselamatan Malaysia.
            Katanya, kalau pemuafakatan ini berlaku dengan jayanya, Kelantan mungkin bersatu dengan Wilayah Selatan Thai lalu membentu sebuah negara berotonomi. Agaknya, inilah yang disebut sekarang gerakan Jemaah Islamiah (JI) yang didakwa oleh risikan cawangan khas, sedang meresapi ke dalam arena politik tanah air.
            Saya yang hanya menjadi pendengar dari awal hingga akhir, merasakan sedikit seram dan kebingungan kerana mengapa rahsia sebesar itu diceritakan kepada saya sedangkan dia tahu, saya akan melaporkannya kepada SB!
           

Jagindas:      secara nakal, saya cuba minta sekeping gmbar untuk kenang-kenangan, namun ditolaknya permintaan saya dengan ketawa kecil dan senyum menguntum!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.