Sabtu, 21 Julai 2012

CATATAN PERISTIWA lV

KEM KOMUNIS.............Keadaan
dalam kem bawah tanah di Betong

sambungan dari cerita 3
CERITA 4:  Cikgu Alias - entah masih hidup atau tidak?

CIKGU ALIAS. Kalau tak silap saya naman penuhnya Cikgu Che Alias b Che Mat atau bin Nikmat. Dia orang Kelantan dan saya berkenalan dengannya sewaktu dia menjadi Penolong kanan disalah sebuah sekolah menengah di Daerah Perak Tengah. Orangnya baik, sentiasa senyum dan lemah lembut. Saya suka sikapnya yang santun dan tidak pernah menyakitkan hati. Atau begitukah agaknya orang Kelantan??
            Secara tiba-tiba dia begitu rapat dengan saya dan kami selalu berbual-bual. Tidak menyentuh soal politik tetapi lebih kepada masa depan hidup terutama di alam barzah. Sehinggalah pada suatu hari seorang SB (polis cawangan khas) bertemu saya, dimana ketika itu Cikgu Alias tahu walaupun hanya melihat dari jauh.
            Cikgu Alias juga tahu bahawa saya memang penyokong kuat kerajaan sebab saya tidak pernah sembunyi-sembunyikan identiti naluri saya! Namun, naluri saya mengesyaki dia orang parti PAS.
            Esoknya, Cikgu Alias memanggil saya dan dia terus bercerita terus terang pada hal dia tidak bertanya dan sayapun tidak menceritakan apa-apa kepadanya tentang pertemuan saya dengan SB itu.
            "Saya tahu yang jumpa awak semalam adalah SB dan dia mahukan maklumat tentang saya daripada awak kan? Tak apalah... Saya sebenarnya memang diikuti polis sebab mereka sudah tahu saya adalah salah seorang ahli gerakan pemisah bawah tanah Islam Patani Selatan Thai. Tentu dia orang bimbang kalau-kalau saya mengembangkan pengaruh..." Begitu ceritanya kepada saya.
            Sambil-sambil bercerita, dia mengeluarkan dua buah album gambar dan menerangkan setiap gambar yang terakam di album itu. Gambar-gambar foto itu yang turut memuatkan foto beliau adalah dirakam di kem Ching Peng dan Che Dat.
            Daripada gambar itulah baru saya dapat menyelami keadaan tempat yang dilawati oleh Pak Lop yang saya ceritakan pada siri 3 yang lalu. Memang lengkap tetapi semuanya dalam gua berdindingkan tanah. Keadaannya kemas dan teratur.
            Menurut Che Alias, kumpulanya sedang berbincang dengan kumpulan Ching Peng bagi mengambilalih kubu mereka itu berserta peralatan dan senjatanya sekali kerana ketika itu kumpulan Ching Peng dipercayai sedang bersiap-siap untuk meletakkan senjata hasil persefahaman yang dicapai dengan pihak keselamatan Malaysia.
            Katanya, kalau pemuafakatan ini berlaku dengan jayanya, Kelantan mungkin bersatu dengan Wilayah Selatan Thai lalu membentu sebuah negara berotonomi. Agaknya, inilah yang disebut sekarang gerakan Jemaah Islamiah (JI) yang didakwa oleh risikan cawangan khas, sedang meresapi ke dalam arena politik tanah air.
            Saya yang hanya menjadi pendengar dari awal hingga akhir, merasakan sedikit seram dan kebingungan kerana mengapa rahsia sebesar itu diceritakan kepada saya sedangkan dia tahu, saya akan melaporkannya kepada SB!
           

Jagindas:      secara nakal, saya cuba minta sekeping gmbar untuk kenang-kenangan, namun ditolaknya permintaan saya dengan ketawa kecil dan senyum menguntum!

CATATAN PERISTIWA lll

CHE DAT, CHING PENG DAN RAKAN-RAKAN

sambungan dari cerita 2
CERITA 3:  Che Dat Halimunan?

Izinkan saya meneruskan catatan ini:

SUATU masa, saya pernah menemuramah anak saudara Che Dat yang hanya saya kenali sebagai Pak Lop. Arwah Pak Lop berkerja sebagai pembawa teksi di kampung.
            Menurut Pak Lop, dia pernah sampai ke perkampungan (maksud saya kem) Che Dat dan rakan-rakannya di Selatan Siam. Ketika itu, perjuangan komunis Malaya masih berterusan. Beliau di bawa masuk secara 'gelap' ke sana pada suatu malam oleh orang-orang Che Dat atas jemputan beliau. Di sana dia sempat bertemu an bermesra dengan Ching Peng dan Rshid Maidin.
            "Muka saya di tutup. Saya dipimpin masuk dan tahu-tahu sudah sampai ke lokasi itu berkenaan. Saya cuba juga cari-cari jalan keluar masuk tapi tak jumpa. Cukup teliti kerja mereka. Apa yang saya dengar, sepanjang perjalanan pelabagi 'kod laluan' digunakan bagi mengesahkan kehadiran mereka", katanya.
            Dengan Pak Lop ini juga saya masih ingat beberapa rangkap dialog antara dia dengan Che Dat ketika di sana. Antaranya, Pak Lop bertanyakan apakah Che Dat masih menganut dan menghormati Islam, benarkah orang kata Che Dat kebal dan boleh ghaib, tidak kah Che Dat berhasrat pulang ke kampung hidup bersama keluarga seperti biasa.
            Menurut Pak Lop, Che Dat begitu tenang menjawab soalan-soalan itu malah dia sentiasa tersenyum. Che Dat Kata, dia masih Islam dan menunjukkan kepada anak saudaranya itu bilik sembahyang berserta peralatan dan kelengkapan ibadah seperti sejadah, tasbih, lebai, kain dan lain-lain.
            "Kalau saya boleh ghaib dan tak lut senjata (kebal) buat apa saya tinggal di atas bukit dalam hutan tebal ini, lebih baik beroperasi di bandar...", itu jawapan mudah Che Dat kepada bapa saudaranya.
            Che Dat juga turut menayangkan video (masa tu guna tape VHS) dia dan orang-orangnya menyambut hari raya korban termasuk majlis korban menyembelih lembu.
            Namun, apabila tiba waktu sembahyang, Pak Lop mengajak dia dan yang lain bersembahyang bersama-sama tetapi mereka enggan menyertainya dengan alasan mereka tidak boleh sembahyang atas sebab-sebab  'darurat'.
            Selepas beberapa hari Pak Lop di sana, dia kemudiannya dihantar semula pulang ke Malaysia. Sekali lagi, seperti mana dia dijemput datang demikian juga dia dihantar pulang, Pak Lop tidak dibenarkan sama sekali mengetahui jalan masuk dan keluarnya meskipun Che Dat adalah anak saudaranya sendiri.


Jagindas:      Pak Lop juga kata kelengkapan di kem mereka tu amat lengkap. Ada generator, parabola, siaratan radio dan tv, ada hospital dan doktornya sekali. Dia kagum!

CATATAN PERISTIWA

KEM KOMUNIS

Ada Yang Protes!

SEBAIK sahaja 'CATATAN PERISTIWA' cerita 1 dan 2, dipaparkan dalam blogg ini, Jagindas terima panggilan telefon dari beberapa kenalan yang bertanyakan mengapa saya menggarap cerita pejuang komunis yang tidak memberikan apa-apa nilai dalam masyarakat Malaysia.
            Saya memberikan jawapan berdasarkan perfektif saya sendiri namun, sedikit sebanyak komen mereka itu telah melemahkan saya untuk menulis catatan cerita seterusnya.
            Sebenanya, berita inilah [klik di sini] yang mendorong saya untuk menulis catatan memori saya itu. Jadi saya fikir kenalah baca sampai habis catatan-catatan tersebut sebelum mempbuat keputusan. Bagaimana?
            Apa pendapat anda, patutkah saya meneruskan episod seterusnya?

Jagindas:      Banyak episod lagi sedang menunggu...saya dah sediakan, tinggal nak push saja lagi!

DUIT RAYA KAKITANGAN AWAM

NAJIB RAZAK .... tengoklah nanti..

Ada Harapan Nampaknya...

"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu...kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan,"  [Najib Tun Razak]





Jagindas:   Kuat le...