|
PASAR RAMADHAN SUATU KETIKA DULU........
sekarang tidak lagi penuh sesak
|
RAKYAT AMBIL LANGKAH ELAK PEMBAZIRAN
kesedaran terhadap kawal
perbelanjaan meningkat
SUASANA pasar
ramadhan tahun ini nampaknya tidak sebegitu meriah berbanding tahun-tahun
sebelumnya. Selain daripada kurangnya penyertaan peniaga-peniaga di pasar berkenaan,
sambutan daripada orang awam juga turut muram.
Selama seminggu berpuasa, tinjauan kulukelio.blogspot,com ke beberapa
kawasan perniagaan pasar tersebut mendapati suasana agak muram dan tidak
seceria sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
Tahun ini, dipercayai ramai yang
memilih untuk menyediakan makanan dan juadah berbuka secara sendirian bagi
mengelakkan pembaziran dan mengawal perbelanjaan.
Orang awam yang ditemui berkata,
kebanyakan mereka datang ke bazar hanya membeli ala-kadar manakala selebihnya
adalah sekadar untuk mengisi masa lapang sambil menunggu waktu berbuka.
Sementara itu, beberapa peniaga yang
ditemui mengakui sambutan orang ramai terhadap pasar ramadhan kali ini amat
merosot menyebabkan banyak peniaga yang terpaksa membawa balik lebihan barangan
jualan berikutan kurang laku.
Peniaga juga mendakwa tahun ini juga
sambutan daripada kaum-kaum lain terutama orang cina terhadap pasar itu agak
pelik berikutan kurangnya kaum itu datang membeli berbanding tahun-tahun lalu.
Selain itu, mereka berkata jumlah
peniaga juga berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya berikutan dakwaan
pihak kerajaan tempatan mengenakan sewa tapak yang agak mahal.
"Perniagaan Ramadhan ini
sebenarnya tidaklah seuntung mana. Sepatutnya pihak kerajaan tempatan
mengenakan sewa yang murah bawah RM100 untuk tempoh sebulan. Bukan banyak
untung, kebanyakannya berniaga secara suka-suka sahaja. Jadi tak payahlah nak
kenakan sewa tapak sampai beratus ringgit", kata peniaga-penaiaga yang
ditemui di salah sebuah pasar ramadhan di sekitar Batu Gajah dan Kampar.
Seorang suri rumah, Zurinah 49, berkata
tahun ini beliau memilih menyediakan makanan sendiri sebagai langkah berjimat
cermat dan untuk mengelakan pembaziran.
"Daripada pengalaman lalu,
membeli memang seronok, namun bila sampai masa berbuka, banyak makanan yang
tidak habis," katanya.
Jagindas: suka berbuka dengan capati dan kari kambing.