LAJIM UKIN..... letak semua jawatan dalam UMNO |
DATUK SERI LAJIM UKIN UNDUR!
SEORANG lagi
pemimpin UMNO peringkat tertinggi menjadi duri dalam daging. Hari ini beliau
sudah meletakkan semua jawatan tertinggi dalam parti kecuali sebagai ahli UMNO
dan jawatannya dalam kerajaan sebagai Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan Sabah.
Apa sudah jadi ni Datuk Seri Lajim?
Apa masalahnya? Kenapa tidak letak semua termasuk ahli UMNO. Kalau you keluar sebagai ahli UMNO kan senang
kerajaan padam terus jawatan kamu itu? Wayang apa yang sedang you mainkan ini di saat-saat UMNO
memerlukan kekuatan bagi menyambut pilihan raya ke 13 nanti!
Negeri Sabah memang banyak halnya
sejak dulu lagi. Sejak zaman Tun Mahathir lagi Sabah kerap mengelirukan dan menaikan
darah pemimpin pusat. Macam-macam hal dia buat dan selalunya apabila masa nak pilihan raya.
Jagindas: Sesiapa pun, tidak perlu main wayang la.., kalau nak keluar, keluar
sahaja lah tak payah nak keluar sekerat-kerat! Sekarang bukan masanya nak
tunjuk rajuk. Porrrrrahhhh!