Rabu, 15 Ogos 2012

TG TUALANG PEKAN UDANG GALAH

TIADA SATU PUN BERSTATUS HALAL!



AWAS! Kalau berkunjung ke Tanjong Tualang, anda akan dapat bertemu dengan papan tanda yang menunjuk: TANJONG TUALANG, PEKAN UDANG GALAH (seperti dalam gambar).
            Memang sejak akhir-akhir ini pekan kecil ini dikenali dengan nama timangan itu kononnya di kawasan ini banyak terdapat udang galah jenis air tawar (sungai) dan sejajar dengan itu juga di kawasan ini terdapat lebih 10 restoran makanan yang menyajikan asas masakan udang galah.
            Anda akan dapat melihat kesesakan pekan kecil ini pada setiap hujung minggu dan cuti umum sehingga menyebabkan kesesakan trafik berikutan ramai pelancong dari luar dan dalam negara datang bertumpu ke situ semata-mata untuk menikmati masakan udang galah. Dari Utara, SElatan, Timur, Tengah dan Singapura. Taiwan dan China pun ada.
            Namun, daripada tinjauan yang kulukelio.blogspot.com lakukan, adalah diingatkan bahawa TIDAK ADA SATU PUN di antara restoran-restoran tersebut yang berstatus HALAL. Oleh itu, orang-orang Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan tarikan udang galah di pekan kecil ini melainkan membelinya di pasar dan masak di rumah sendiri.
              Mudah betul pihak berkuasa tempatan meluluskan papan tanda berkenaan!
           
Jagindas:   Ramai beb,  orang Islam yang datang makan di restoran yang besar-besar di sini. Kebanyakan pegawai-pegawai kerajaan pulak tu!Eeee Geli!...buta ke deme tu???

OKU KIAN BERTAMBAH


KERAJAAN PERLU KAJI SEMULA INSENTIF SARA HIDUP
KEPRIHATINAN kerajaan terhadap kebajikan orang kelainan upaya (OKU) yang antara lain memberikan mereka insentif bulanan saraan hidup memang banyak memberikan manfaat kepada golongan itu.
            Namun, sampai masanya kerajaan perlu mengkaji semula kemudahan itu supaya ia benar-benar diberikan kepada OKU yang disebabkan faktor semulajadi (sejak dilahirkan misalnya) dan disebabkan faktor alam atau kecuaian yang tidak disengajakan.
            Ini kerana, sejak akhir-akhir ini golongan itu kian bertambah berikutan OKU yang disengajakan atau disebabkan kedegilan sendiri. Misalnya, penyalahgunaan bahan letupan sehingga cacat anggota dan kemalangan-kemalangan yang pada mahkamah adalah disebabkan kesalahan yang dilakukannya sendiri. Tepatnya, OKU buatan sendiri!
            Justeru, bagi kes-kes seperti ini, kerajaan harus tidak menimbangkan mereka untuk menerima sebarang bentuk kemudahan seperti mana yang sewajarnya di terima oleh golongan OKU.
            Meskipun, cadangan ini nampak kasar, namun untuk jangka panjang ia difikirkan boleh mendisiplinkan rakyat negara ini terhadap beberapa perlakuan jenayah tertentu.

Jagindas:   Rakyat semakin manja dan turut mendorong kurang berdisiplin...


SHABERY CHEEK MINTA MAAF

AHMAD SHABERY CHEEK.... Minta maaf

GAGAL DAPAT SATU EMAS PUN DI OLIMPIK 2012

APAHAL pulak ni Datuk Shabery? Tidak nampak perlunya ucapan maaf daripada Datuk untuk rakyat Malaysia perihal Olimpik 2012 yang baru lalu. [ di sini]
            Rakyat tahu kemampuan atlet kita. Rakyat boleh terima apa juga keputusan yang diperolehi. Harapan memanglah tinggi menggunung. Kalau kita masuk bertanding tetapi siang-siang dah pasang tiada harapan, lebih baik tak payah masuk bertanding. Yang macam itu memang menyakitkan hati.
            Dalam kes Olimpik ini, atlet sudah berlatih bersungguh-sungguh, sudah lakukan dengan bersemangat dan tekad serta berselimutkan azam "Malaysia Boleh". Kerajaanpun sudah buat dan beri macam-macam. Nak apa lagi? Okla tu...
            Justeru, kenapa mesti minta maaf? Rasa tak kenalah Datuk! Kalau ya pun nak merendah diri, agak-agaklah mediumnya..


Jagindas:  cumanya, kalau dah kalah janganlah pula beri alasan "kecederaan lalu masih belum pulih"... Dah tahu cacat buat apa hantar juga! Ha, yang itu Datuk kena minta maaf!

AKTA 114A


JANGANLAH GELOJOH MEMBUAT SEBARANG PEMBAHARUAN
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta Kabinet agar membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang diluluskan baru-baru ini, ekoran bantahan dan kritikan pelbagai pihak - pemimpin Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan"

Inilah akibatnya kalau gelojoh membuat keputusan. Berfikir sebelah pihak atau sehala. Kadang-kadang dipengaruhi "self centered".
            Orang tua-tua kata, sebelum membuat keputusan hendaklah menimbang dengan semasak-masaknya terlebih dahulu. Ibarat memanggang ikan, hendaklah dibalik-balik supaya tidak gangus sebelah selain memastikan ransangan bara apinya.
            Kalau hangus sebelah, di situlah orang tahu kita cuai melakukan kerja membakar ikan. Makna kata,  dalam hal membuat keputusan, dapatlah dibaca bahawa yang membuat keputusan itu, kalaupun cerdik dan bijak tetapi cetek pertimbangannya!
            Berhati-hatilah, dah banyak benar pengajaran yang diberi dan diterima, mengapa masih tidak mahu belajar daripada pengalaman lalu?

Jagindas:  Relekslah beb, apa yang nak digopoh gapahkan...