Jumaat, 31 Ogos 2012

RELEKS SEKEJAP


LUCAH JADI LUCU?
PEPATAH Arab ada mengatakan: Jangan percaya terhadap apa yang kamu dengar, percaya separuh terhadap apa yang kamu lihat. Antara lain pepatah ini bermaksud supaya kita sentiasa berhati-hati, teliti dan mempunyai bukti yang kukuh sebelum membuat sebarang keputusan atau rumusan.
            Dengan kata lain, kalau membaca, kena baca sampai habis. Kalau mendengar kena dengar sampai habis dan begitulah seterusnya.

Macam lagu ini, kena dengar sampai habis baru tahu isi kandungnya. Janganlah baru dengar serangkap dua dah tersengeh-sengeh.....Jom layan...



RAMBUT: nyanyian A Ramlee dan Sanisah Huri klik di sini


Jagindas:   Jangan pulak pandai-pandai tukar senikatanya.  Itu yang sebabkan RTM gam lagu ni, hehehe....

MASJID DAN SURAU DINODAI


PAS MASIH GUNA MASJID UNTUK KUTUK KERAJAAN
KISAH ahli PAS menggunakan masjid dan surau sebagai medium untuk melepaskan geram mengutuk kerajaan bukan lagi perkara baru. Meskipun sudah banyak kali ditegah oleh pihak berkuasa supaya aktiviti seperti itu tidak dilakukan di institusi berkenaan demi menjaga martabat masjid dan surau sebagai tempat beribadah, namun kedegilan golongan terbabit memang sukar untuk dipulihkan.
            Di sebuah surau berhampiran kampung saya, kononnya sepanjang Ramadhan yang lalu, lengkap sebulan jemaah surau berkenaan disumbat dengan pelbagai tohmahan, fitnah dan cerita-cerita politik sebaik sahaja selepas sembahyang maghrib sambil menunggu Isyak tiba. Malah, katanya sembang-sembang kutuk mengutuk itu turut disambung selepas sembahyang taraweh.
            Setiap malam, ada sahaja penceramah yang diundang bagi mengisi ruang-ruang yang ada untuk meracuni fikiran jemaah. Antaranya termasuklah bekas Menteri Besar Perak (MB), Datuk Seri Nizar, yang umum sedia maklum seorang lelaki yang gila talak MB.
            Menyedihkan lagi, ada beberapa orang muda yang menjadi hardcore PAS di kampung itu, kononnya turut menyucukan jarumnya ke minda kanak-kanan dan remaja sekolah dengan kaedah yang menjijikan.
            Seorang bapa yang saya temui berkata ibu bapa mengetahui hal itu apabila kanak-kanak dan remaja terbabit menceritakan aktiviti tersebut kepada mereka bila anak-anak mereka balik dari madrasah.
            Akibatnya, ibu bapa telah menghentikan anak-anak mereka ke surau berkenaan selepas sahaja tamat Ramadhan. Menurutnya, tindakan ahli PAS itu memberi kesan apabila sembahyang raya tahun ini surau berkenaan hanya mampu didirikan oleh beberapa saf sahaja. Tidak seperti tahun-tahun lalu keadaan surau itu penuh dengan jemaah orang dewasa, kanak-kanak, remaja dan wanita.
            Di masjid juga sepanjang Ramadhan lalu kononnya berlaku perkara yang serupa tetapi ia lebih kepada cakap-cakap politik dengan tokok tambah berbaur fitnah kerana majoriti jemaah adalah orang dewasa. Malah, khabarnya di masjid sembang-sembang politik PAS mengisi setiap ruang yang kosong setiap hari.
            Berdasarkan senario peristiwa itu, saya terfikir barangkali atas sebab itulah agaknya, bagi sesetengah tempat, ramai ahli kariah tidak berminat untuk berjemaah di masjid dan surau. Sekali gus, tindakan itu memberi ruang dan peluang yang lebih kepada ahli-ahli PAS mempergunakan institusi suci itu untuk kepentingan politik cetek mereka.
            "Kesucian masjid sebagai institusi yag berkecuali yang sepatutnya hanya untuk tujuan beribadah, mengaji dan menuntut ilmu sudah dinodai dan dicemari oleh PAS".    
                "Menjadi makmum pun kadang-kadang menimbulkan syak malah hati berkata-kata. Jadi lebih afdhal, tenang dan ikhlas  beribadat di rumah daripada di situ meskipun jelas telah dinyatakan bahawa sembahyang jemaah di surau dan masjid itu amat di tuntut Islam", kata seorang ahli kariah.

Jagindas:   lain jalan ke neraka...

KEPTUSAN MAHKAMAH DIPERTIKAI


HAKIM DIHARAP LEBIH TELITI

SAYA tidak berhasrat untuk mempertikai sebarang keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim mahkamah di negara ini. Ini kerana kedaulatan undang-undang adalah menjadi pegangan rakyat negara ini di bawah payung Rukun Negara.
            Begitupun, menyedari hakim juga adalah manusia biasa bahkan undang-undang yang ada juga adalah ciptaan manusia, maka sudah barang tentu akan berlaku kekhilafan ketika memutuskan sesuatu hukuman meskipun telah menimbangkannya dari pelbagai sudut.
            Namun, atas sifat keadilan mahkamah itu, maka selain daripada sebab-sebab jenayah yang dilakukan, maka penghukum hendaklah memutuskan atas sifat kesalahan yang dilakukan oleh sesorang dengan mengenepikan sebab-sebab lain meskipun ianya ada kaitan dengan kepentingan awam yang lain.
            Demikianlah halnya dalam kes ini, [baca di sini dan di sini]. Khalayak mengharapkan apa-apa hukuman yang dikenakan oleh mahkamah bukan sekadar menjadikan pengajaran kepada pelaku dan orang lain, malah ia juga sebagai "ganjaran" kepada pelaku terhadap kesalahan yang dilakukannya.
            Dalam hubungan ini apapun hujahnya, pandangan daripada Suhakam dan Datuk Zaid perlu difikiran semua pihak demi marwah sistem kehakiman negara ini.


Jagindas:  teringat mahkamah keluarga 69 lakunan Allahyarham P Ramlee dan AR Tompel..



AKIBAT PERASAN SUDAH BAGUS-BAGUS


ABBY INASFKAN BEKAS MUFTI

HUH, baru sehari dua insaf, Abby pun dah berani berhujah dengan bekas mufti Perlis. Huyo! gua tabit lu Abby..[baca di sini]

ALAHAI Abby.., agak-agaklah kalau nak berhujah pun. Bak kata orang tua-tua, kalau kail panjang sejengkal usah lah lautan hendak di duga! 

Memang, dalam urusan agama, ada dinyatakan: Sampaikanlah walaupun sebaris ayat. Namun yang sepatah atau sebaris ayat itu, hendaklah kita betul-betul faham dari A to Z. Fahaman luar dan alam, yang tersirat serta tersurat dan macam-macam lagi yang berkaitannya. Bukan main hentam saja. Sebab itu bila dibaca "..adapun sunat berbuka puasa itu di atas sebiji tamar..", maka ada yang membayangkan jika berbuka puasa di atas sebakul tamar sudah tentulah lebih banyak pahala sunatnya! Tak ke lawak jadinya tu?

Abby sayang.., janganlah gelojoh, buruk akibatnya.


Jagindas:   Nak insaf ke, nak jadi pendakwah ke, ok, bagus! Tapi janganlah gelojoh cik adik oi... itu pasallah.....(ada yang tak kena ke abyy?, hehehe)