Khamis, 27 September 2012

MAHLIGAI SAYA..

ZAHIR DAN BATIN TDAK SAMA!

zahirnya, beginilah mahligai syahdu saya....



Batinnya, .........
Jagindas:  sudi-sudikanlah mampir...



Rabu, 26 September 2012

JANGAN CEMBURU HAA...

Jet Peribadi Saya..

jet peribadi saya ... senang nak ke sana ke sini


sekadar inilah sahaja ruang dalam jet saya..


Jagindas: Esok mula bercuti seminggu santai-santai dalam jet..


Selasa, 25 September 2012

TANAH O TANAH


Undi O Undi

GAMBAR HIASAN
SEMALAM, seorang rakan megajak saya menemankannya ke Pejabat Tanah kerana beliau berhasrat memohon sebidang tapak tapak untuk membina sebuh rumahnya sendiri.
            Sebenarnya secara peribadi, saya memang tidak begitu berselera untuk menjenguk pejabat tanah melainkan ketika membayar cukai tapak rumah yang saya duduki sekarang (bukan tanah kurnia, tapi saya beli, huk huk huk...).
            Sambil-sambil menunggu rakan saya berurusan, sempat juga saya berbual dengan dua orang mamat dipercayai staff di pejabat tanah berkenaan tetapi saya tidak kenal dia:

1.       TANAH DI BAWAH KUASA ORANG POLITIK

            "Encik nak minak tanah ke? Soal tanah ni kebanyakannya di bawah kuasa orang politik... D.O. (pegawai daearah) pun macam tak ada kuasa dibuatnya.. Kalau tak nak sakit hati, baik le beli saja..." katanya.
            "Itu sebab orang melayu marah. Kesannya nanti semasa mengundi.." saya cuba menjolok si mamat ni.
            "Betul kata encik tu..." langsung dia diam dan berlalu.

2.      AHLI UMNO SEPERTI PENDATANG

            Seorang lagi pegawai (saya lihat dia bawa beberapa fail pejabat berkenaan) menghampiri saya dengan ramahnya pulak. Dia tiba-tiba sahaja bercerita tentang politik. Tentang Datuk Hamidah Osman, Yusof Kassim, Menteri Besar dan beberapa kenamaan lagi.
            "Orang poltik ni asyik berckap sana sini saja.. Usaha mendaftarkan pengundi muda nampaknya buat tak kisah saja," katanya memulakan perbualan.
            Saya cuba memanaskan mindanya: "Orang umno memang macam itu, nanti bila dah terantuk barulah kelam kabut,"
            "Mereka tak faham jika tidak mendaftar sebagai pengundi, kedudukan mereka seperti pendatang di negara sendiri ketika musim pilihan raya, sebab tak boleh mengundi," katanya dengan semangat penuh patriotik.
            Saya hanya mengangguk. Saya pun tidak berminat melayan si-mamat ni lebih-lebih sebab, apa yang dia cakap sebenarnya saya sudah luahkan kira-kira dua minggu lalu di sini.


Jagindas:  Yang sudah ada tanah, dapat tanah lagi. Konon simpan untuk anak cucu...



Isnin, 24 September 2012

LAPANGAN TERBANG PULAU PINANG


LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA
P RAMLEE



Selalunya dalam sesebuah pertandingan, maka diakhir kata selalunya kita akan mengucapkan: "Yang menang tidak semestinya menang semua manakala yang kalah pula bukan bererti kalah semua....."
            Demikian juga Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP bertuankan Lim Guan Eng. Yang tak betul tetap tak betul. Kita hentam habis-habisan. Namun, yang betul, munasabah, logik dan relevan apa salahnya kita terima. Malah tak lokek jika diucapkan terima kasih, tahniah dan syabas! di sini
            Justeru, cadangan kerajaan Pulau Pinang supaya kerajaan persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menggunakan nama seniman agung negara, P Ramlee, saya fikir amat wajar, bertepatan dan begitu simbolik serta bernilai seni antarabangsa. Ini kerana, seniman itu yang dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang itu bukan sahaja terkenal di Malaysia dan rantau asia bahkan karya-karyanya juga diangkat ke peringkat antara bangsa.


Jagindas: Macam mana?   Sekurang-kurangnya bila LGE tidak lagi memerintah Penang selepas PRU13 nanti, adalah juga tanda kenangannya untuk negara....hehehe