Sekolah Bina Soalan Sendiri
![]() |
| WEE KAR SIONG ... beri kuasa |
LANGKAH Kementerian PelajaranMalaysia (KPM) memberikuasa kepada sekolah untuk menyediakan
soalan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) di semua sekolah menengah sebenarnya bukanlah perkara baru malah ia telah
dipraktik sebelum ini sehinggalah ke awal tahun 1990an di sini.
Namaun, ketika itu pihak sekolah diberikuasa
penuh tanpa ditimbal-balik oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mahupun
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing. Tidak seperti cadangan terbaru
ini di mana kesemua soalan terbabit akan diminta mendapatkan pengesahan
terlebih dahulu daripada JPN bagi memastikan soalan-soalan terbabit bersifat
standard / piawai serta tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak sewajarnya.
Ini kerana, peresapan fahaman politik yang
agak keterlaluan menyebabkan ada pihak (guru) yang menyelitkan soalan-soalan yang
berbau politik, membenci kerajaan atau unsur-unsur hasutan yang dikhutiri akan
merosakkan etika dan falsafah pendidikan itu sendiri.



