Ahad, 30 September 2012

RELEKS SEKEJAP


Marilah Melancong..

CUKUP-CUKUP lah tu kita bercakap tentang bajet, tentang politik. Kalau duit dah banyak, marilah kita bawak-bawak melancong rehatkan otak dan luaskan pandangan serta fikiran. Melancong! jangan melencong pulak. Ke mana? ke Paris boleh?


Jagindas: Tapi Shami Kapoor tu dah lebih pulak. Bawak anak bini ye!


CUEPACS DAN POLITIK


Fikir Baik-Baik Omar..

SINAR HARIAN menebual Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, terhadap desas desus yang kerajaan akan mencalonkan wakil cuepacs dalam pilihanraya ke 13 (PRU13) nanti atau melantiknya sebagai senator untuk kabinet akan datang bagi memberi ruang suara kakitangan awam secara terus ke kabinet pada masa akan datang di sini.
            Dan, dalam jawapannya Omar tidak menafikan atau menidakkan menerima tawaran itu jika berlaku, sebaliknya mengambil nada tengah iaitu menyerahkannya kepada kerajaan. Maknanya, dalam hat kecil Omar atau Cuepacs, ada jugalah bibit mahukan tawaran itu..
            Daripada pengalaman lalu, ramai yang berbisa ketika di luar kabinet atau bergerak dalam NGO, namun akan menjadi seperti besi kena sepoh apabila diangkat dalam kabinet yang kononnya sebagai wakil pihak berkenaan untuk lebih mudah menyampaikan hasrat golongan tersebut kepada kerajaan.
            Justeru, saya berpendapat jika Omar berhasrat untuk terus menjadi hero dalam cuepacs maka janganlah diterima sebarang jawatan sama ada sebagai calon wakil rakyat mahupun senator.
            Pun begitu, kalau Omar memikirkan ada sebab-sebab lain maka tidak upayalah saya, terima sajalah...


Jgindas: Orang lain, depa akan membiarkan harimaunya bergerak dalam NGO malah terbukti berjaya menggertak kerajaan. Satu, satu depa dapat! Kebanyakan yang kerajaan lulus tu, NGO depalah yang hentak! 

CAKAPLAH APA NAK CAKAP

GAMBAR HIASAN..

Asal Jgn Buat Atau
Cakap Benda Tak Senonoh

Di blog Husin Lempoyang dia buat cerita jentik kepada ketua puteri UMNO mengenai kempen banteras obesiti di sni. Begitu juga di blog MIK yang mengulas soal yang sama di sini.
            Lebih kurang maksud instrinsiknya, Datuk Rosnah Abdul Rashid tu macam,  "cakap tak serupa bikin la" atau cakap banyak, tapi praktis tak ada. Kalau di kupas lagi, pemimpin sepatutnya bercakap di atas ketrampilannya, amalinya atau kepraktisan peribadinya, sekurang-kurangnya menjadi contoh terhadap apa yang dicakapkan. Atau, lebih memikat untuk khalayak mencontohi.
            Tak apalah, itu hak mereka nak cakap apapun. Itu pandangan mereka. Kita kena hormat. Begitu juga, saya pun ada pandangan tersendiri terhadap isu itu.
            Payah beb, kalau nak dapat 100% pemimpin cakap macam bikin (tapi kalau benda yang tak elok, ehem ehem tu banyak lah...). Hakikatnya, dia telah menjalankan tugasnya sebagai orang politik. Memberitahu dan menyeru rakyat berbuat sesuatu yang berfaedah dan memberikan kebaikan. Barangkali dia suda berusaha sedaya upaya namun "rezeki" masih belum menyebelahinya.
            Bagitupun, takkanlah menunggu dirinya menjadi contoh sebenar barulah dia boleh bercakap bab-bab seperti obesiti? Seseorang motivator atau kaunselor yang memberikan pelbagai panduan terhadap sesuatu kerjaya, apakah kita pasti dia sendiri sebenarnya telah berjaya seperti yang diprovokkannya kepada klien-kliennya?
            Demikian, seorang imam yang mengucapkan betapa Allah mengasihi orang yang pemurah tetapi menyembunyikan perbuatannya dan Allah melaknat orang yang angkuh dan riak. Di atas mimbar dia berkacakap begitu berdasarkan teks sedangkan dia (imam) sendiri maha kedekut dan bersikap riak di kalangan masyarakatnya (bukan semua imam eksilen weh).
            Tidak perlu kita persoalkan secara lanjut bab itu kerana saya tidak bertujuan ke arah itu. Cumanya, adakalanya kita terpaksa bercakap perkara-perakara yang baik tetapi sebenarnya kita sendiri tidak amalkan atau tidak mampu mempraktiskannya. Yang kita bercakap itu atas kapasiti dan kedudukan kita misalnya sebagai wakil rakyat, menteri, ketua, guru, imam dan sebagainya.
            Sebab itu, menyedari hakikat itu, guru-guru dulu secara bergurau meminta murid-muridnya: "Jangan ikut apa yang cikgu buat, tetapi buatlah apa yang cikgu suruh".
           

Jagindas: gemok pun gemoklah, asalkan sihat..

Sabtu, 29 September 2012

RANGKUMAN BAJET 2013


Demikian Mereka Berkata..


1.         Nik Aziz kata, bajet 2013 tidak bersifat kerohanian di sini
2.        Najib kata, bajet 2013 bukan untuk beli undi di sini
3.         Ezam pula kata, Umno semakin rapuh di sini
4.        Khalid, MB Selangor kata, bajet 2013 menggambarkan BN kecut hadapi PRU13 di sini
5.         Anda pula bagaimana?


Jagindas: sejuk perut dengo lagu ini.