Ahad, 28 Oktober 2012

EHEM, EHEM! ADA YG KECEWA

SEPOHON KETUM

Bila Ketum Setaraf Dadah

Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih),  Datuk Mohd Yunus Pathi, hari ini  menggesa Peguam Negara mengkaji semula kesalahan menggunakan daun ketum yang kini mengikut Akta Racun kepada Akta Dadah Berbahaya  di sini
            Penulis pernah melontarkan pandangan peribadi bab air herba ketum ini pada bulan Julai lalu  di sini    Jusetru, sebelum kerajaan menerima pakai cadangan Yunus tersebut, eloklah di buat kajian sehalus-halusnya.
            Bayangkan nanti, selepas dikuatkuasakan nanti, sehelai daun ketum pun tidak lagi terdapat di negara ini, dan ketika itu pula kajian saintifik dan prubatan mendapati herba itu banyak gunanya di dunia perubatan.
            Ketika itu, negara akan mengimpot daun ketum dari negara lain sperti Indonesia dan Brazil atau mengimport terus penawar daripada herba itu yang dibuat oleh negara lain. Sedangkan sepatutnya negara mampu menghasilkan produk berkenaan.
            Begitu pun, penulis bukanlah pembela kepada penagih air herba tersebut cuma sekadar memberi sedikit info dari sudut perubatan. Mana tahu, suatu masa nanti mungkin ia boleh menjadi sumber pendapatan negara dari sudut ubatan terkawal.


Jagindas: ubat batuk juga adalah dadah, tapi oleh sebab telah digazetkan sebagai ubat yang sah, maka ia diperaku sebagai ubat tetapi dikawal.

Sabtu, 27 Oktober 2012

PENAMPILAN ARTIS

Ada Atau Tidak Nas dan Dalil
Mengharuskan Kerjaya Lakonan

Dangdut, Nasyid dan lakonan

SALAH sebuah akhbar perdana hari ini memetik satu kenyataan daripada sumber Muzakarah JawtankuasaMajlis Fatwa Kebangsaan (Majlis Fatwa) yang dijangka bersidang bulan depan akan antara lain membincangkan hukum mengenai penampilan artis ketika melakonkan sesuatu watak.
            Selain pelakon, ia jugadikatakan meliputi juruhebah radio (DJ) yang  sengaja meniru aksi, suara, penampilan, pelakuan atau cara berpakaian jantina berbeza seperti pondan, tomboy, pengkid dan yang seumpamanya.
[sumber: Berita Harian/Nasional/Jumaat - 26 Oktober, 2012/p.8]

            Penulis memang sudah lama menantikan isu ini dibincangkan oleh majlis berkenaan berikutan nampaknya semakin ramai generasi muda yang berperangai demikian. Semacam satu trend pulak dah. Meluat benar apabila mendengarkan DJ-DJ yang melakon watak tersebut. Khaaak tuih!
            Pun begitu, sebelum sampai kepada tarikh perjumpaan semeja antara Majlis Fatwa dengan JAKIM bulan depan, penulis ingin meluahkan satu pandangan peribadi iaitu, adakah dalam Islam terdapat paling tidak satu nas yang jelas membolehkan kerjaya dalam bidang lakonan dan nyanyian?

Jumaat, 26 Oktober 2012

BN UMUM AWAL SENARAI CALON


Satu Perubahan
Pilihan Raya Era Najib


HAH! ini dia. Baru betul. Harap-harap ini bukan retorik ha... baca di sini

Banyak baiknya tak kurang juga buruknya. Senang nanti nak kenal muka-muka yang keciwa. Lebih jelas nampak musang berbulu ayam. Dan, senanglah jawatankuasa disiplin nak jatuhkan hukum.

Apa  macam, puas hati?


Jagindas:  Tapi yang tak syoknya, tengok nanti mesti ada kutu-kutu yang disuruh buat protes... Ingat, bukan semua protes tu tak elok haa...

TERIM KASIH DATUK DR. ASRI


Semoga Yang Berkenaan Sedar

ULAMAK UMNO HANYUT.....ASRI (kiri) dan Fathul Bari (kanan)

"Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
            “Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” baru-baru ini    di sini

 1.        Cuba baca balik ayat yang saya gariskan petikan daripada ucapan Dr Asri itu. Sedapnya bunyi....
2.        Kenapa tidak sebut PAS dan  PKR sekali? Adakah Asri bermaksud agama orang PAS dan PKR lebih kuat daripada UMNO? Apa kayu ukurnya? Apakah Asri amat pasti dalam PAS dan PKR tiada permainan wang ringgit dalam politik mereka? Pasti? Pasti? Pasti?
            Penulis tidak kisah terhadap komen,pendapat dan pandangan yang diluahkan oleh para ulamak seperti Asri. Malah ada beberapa tulisannya turut menjadi rujukan saya. Demikian juga Fathul Bari.
            Penulis akui, UMNO hatta BN sekalipun bukanlah terbaik apatah lagi maksum. Namun begitu, tidaklah bererti PAS, PKR dan PR adalah yang terbaik! Semuanya manusia dan umat biasa. Tidak ada sesiapa yang terpelihara dari dosa selepas Nabi Muhammad saw.
            Namun dalam petikan di atas, bagi penulis luahan Asri nampak agak berat sebelah.
            Justeru, sampaikan sahaja apa yang perlu dan patut di sampaikan tetapi hati-hati apabila menjatuhkan hukuman. Bagi penulis, ayat yang digariskan di atas adalah satu hukuman. Tak baik kata begitu...
            Pun begitu, siapa saja berhak meluahkan pandangannya. Penulis juga...


Jagindas: Biarlah sedikit ilmu tapi dimanfaatkan dengan betul. Apa gunanya ilmu bertimbun kalau huru hara! Manakala Ilmu sahaja tidak mencukupi kalau tidak dipapah oleh kebijaksanaan akal fikiran. Oleh itu akal harus lebih tinggi darjatnya daripada ilmu, sebab itu ia (otak) terletakn di atas.