Selasa, 30 Oktober 2012

JAGALAH BANGSA MALAYSIA


Jika Tidak Mahu Merana Selamanya...

Najib menyaksikan perjanjian damai Bangsamora di Manila baru-baru ini

BENARLAH apa yang dikatakan oleh Pengarah Eksekutif Agensi Pembangunan Bangsamoro (BDA) Mohammad Shuaib Yacob  iaitu Bangsa perlu dijaga jika tidak mahu ditindas kerana sekali ditindas dan dibelakangkan masyarakatnya tidak akan dihormati serta dipeduli, malah ia mengambil masa yang panjang untuk dimartabatkan semula  baca di sini
            Bagi penulis, kata-kata ini juga amat bersesuaian diperhalusi dan dihayati oleh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang juga beragama Islam dalam kontek kita sebagai Rakyat Malaysia. Ya, "...jika tidak mahu ditindas kerana sekali ditindas dan dibelakangkan masyarakatnya tidak akan dihormati serta dipeduli, malah ia mengambil masa yang panjang untuk dimartabatkan semula"


Jagindas:   Malah,  mungkin juga langsung tidak akan dapat diambil kembali buat selama-lamanya.



BN, JGN BERI BANYAK BOLA TANGGUNG

BOLA TANGGUNG....memang dinantikan pemain takraw

Nanti,
Menyelanak 
Kena Libas PR

SEPERTI yang dijangka rakyat, Tindakan kerajaan melaksanakan sistem kamera AES pada ketika ini telah disifatkan pembangkang sebagai "bola tanggung" yang secara tidak langsung ibarat kerajaan memberi mereka modal bonus untuk dijadikan bahan kempen menjelang pilihan raya umum ke 13 yang dijangka akan berlaku bila-bila masa saja sebelum pertengahan April 2013 depan
            Penulis pernah mecatatkan isu kontroversi pemasangan kamera tersebut beberapa hari lalu  di sini.
            Nyata sekarang, apabila empat negeri yang di bawah Pakatan Rakyat (PR) berkeras untuk menangguhkan penguatkuasaannya berikutan pemasangan peralatan seperti itu mesti mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa kerajaan negeri terlebih dahulu  di sini
                "Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, di Lobi Parlimen, semalam.
            Justeru, adalah dinasihatkan supaya pemimpin BN sentiasa berhati-hati agar tidak memberi terlalu banyak bola tanggung yang boleh dilibas sepenuhnya oleh pihak lawan dalam kempen-kempen mereka.
            Ketika ini, kalau kerajaan menarik semula pelaksaannya, ia sudah tidak memberikan apa-apa makna lagi, sebaliknya seperti memberi satu lagi kredit kepada pembangkang bahawa seolah-oleh kerajaan takut dengan gertak pembangkang.
            Sekali gus, memberi makna pembangkang telah membela rakyat. Dan, bagi mereka yang kurang memahami antara politik dan tanggungjawab sosial kerajaan, sudah tentu sokongan kepada pihak pembangkang berlaku penambahan.


Jagindas: Seronok tengok permainan takraw bila pihak B membuat libasan terhadap bola tanggung yang diberikan pihak lawan, A. Menyelanak weh...

Isnin, 29 Oktober 2012

AGENSI PEMBANTU RUMAH BIADAP


Buat Iklan Jual Orang

AHLI PARLIMEN Pembangkang, menyifatkan agensi pembantu rumah asing di negara ini sebagai biadap kerana di dakwa membuat iklan berkaitannya sepetti menjual orang.
            Kebiadapan ini kata Chua Tian Chang, boleh meretakkan hubungan diplomatik antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
            “Iklan ini sangat tidak sensitif dan tidak menghormati maruah seorang manusia. Ia bukan sahaja tidak menghormati malahan pada masa depan mungkin akan menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Indonesia pada masa depan.” katanya. di sini
           
            Penulis ucap terima kasih serta syabas kepada Chua atas kesensitivitiannya itu yang menyeret erti kebiadapan sehingga membabitkan masalah hubungan baik antara dua negara berjiran malah satu rumpun bangsa nusantara.
            Namun, penulis mengingatkan Chua, itulah yang mereka dapat hasil didikan pembangkang. Cuba lihat gaya pembangkang bila berceramah di pentas-pentas, di Parlimen, di dewan rakyat, di dewan DUN. Bagaimana gaya, tingkah laku dan bahasa yang digunakan? Beradap sangatkah?
            Jadi, apalah hendak dikesalkan kelakuan agensi tersebut sebab mereka juga belajar daripada idola mereka sendiri. Kueh mengikut acunya..
            Selama ini pun, BN tidak pernah berbuat sesuatu  yang boleh mengeruhkan hubungan antara dua negara, malah sentiasa berhati-hati bila berbicara dan melontarkan pendapat serta pandangan dan saling memelihara.
            Sebaliknya, pembangkanglah kerap menghantar mesej yang berbau provokasi kepada Indonesia. Dan, dalam banyak hal, ekoran daripada itu berhempas pulas BN untuk memperbetulkannya kembali.
            Tetapi, begitulah selalunya.. mudah nampak kebiadapan orang sedangkan kebiadapan sendiri terus dinafi!


Jagindas:Kalau biadap bagi saja pelempang, baru dia ada akai! Ada berani?

DULU KATA PAS TAK FAHAM BAHASA


La ni, Mahdzir pun sama!

MENTERI Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak cuma mengulangi pepatah Melayu ‘Jangan Usik Beruk Atas Pokok Cermai’. Atau ada juga orang sebut, "Ibarat Beruk Atas Pokok Cermai".  Ada juga orang sebut 'kera'. Samalah, kedua-duanya dalam satu spesis dan famili.
            Samalah juga kalau kita sebut "Macam Beruk Kena Belacan", dan "Macam Beruk Dapat Bunga". Kedudukan perkataan beruk di situ adalah menggambarkan sifat seseorang, bukannya mendefinasikan seseorang itu sebagai beruk.
            Justeru, apahal pula yang Datuk Seri Mahdzir Khalid beria benar marahkan Azizan Razak kerana didakwa menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang seperti beruk atas pokok cermai  di sini
            Dia (MB) tidak kata Keng Liang itu beruk, cuma ibarat atau umpama yang tergolong dalam peribahasa. Kira bahasa MB itu lembut dan bertatatertib dari sudut pengucapan bahasa. Alamak!, jadi guru bahasa le pulak..
            Mahdzir ingat tidak bagaimana orang-orang PAS salah faham terhadap pengucapan Tun Mahathir sebulan lalu yang turut menggunakan peribahasa bagi mengibaratkan kebaikan UMNO/BN berbanding PAS/PKR? Padahal, Tun cuma guna perkataan syaitan yang dikenali/tak dikenali dalam frasa peribahasa inggeris.
            Nampaknya, Mahdzir pun sudah macam orang PAS tidak dapat membezakan yang mana bahasa dan yang mana peribasa?! Kut ya pun nak membela kawan, jangan sampai kita yang tejerat atau diperbodohkan.


Jagindas: macam mana pulak, "ibarat kera/beruk  dihutan di susukan anak di rumah mati kelaparan?"