Khamis, 1 November 2012

PAK HAJI AZNIL HJ NAWAWI

AZNIL MAHUKAN YANG KONVENSIONAL DAN RELEVAN

Mampu Hidupkan Suasana Majlis

LIHAT  gambar, cantik dan romantis kan? Ini adalah gambar Aznil (Pak Nil) dan Adibah yang terbaru. Khabarnya mereka akan mengacarakan  Anugerah Industeri Muzik ke 19 akan datang ini  di sini
            Ingat tak komen Pak Nil tentang program agama Islam di media-media khususnya televisyen? Kalau dah lupa, baca   di sini
            Barangkali inilah yang dikataknnya cara lebih konvensional lagi  relevan.
            Bila lagi nak muncul di TV dengan slot agama, Nil?


Jagindas: masa remaja dulu - ingatan hidup; masa muda-muda pulak - pandangan hidup; dah tua-tua ni - pegang, hidup!

YES!!!

PARLIMEN: Di sini kata putus dibuat

Apa-Apa pun Selepas Pilihanraya Laaa...

BEGITULAH akhirnya.......kalah lagi!! baca di sini. Bukan kalah laa, itulah yang dinamakan kerajaan yang bijaksana lagi peka.
            Memang betullah yang AES ini dilaksanakan secara gelojoh, bak kata Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad. Rasa-rasanya ada beberapa lagi program yang kerajaan laksanakan macam itu (tergesa-gesa) sebelum ini. Macamlah tidak belajar dari kesilapan lalu. Apa sebenarnya yang hendak di gelojohkan, ha??
            Penulis sememangnya sudah menjangkakan keputusan seperti ini akan berlaku sebagaimana yang penulis bayangkan dalam tulisan yang lalu di sini dan di sini
            Apapun, selepas pilihanraya (PRU13) tangkapan pesalah pemandu kenderaan dijalanraya menerusi kamera AES pasti akan dilaksanakan.  Dan, penulis cadangkan dalam tempoh bertenang ini elok rasanya difungsikan kamera itu sebagai latihan bagi agensi pelaksana dan pengguna.
           


Jagindas:  Moralnya isu ini adalah demikian kuatnya kuasa dan suara rakyat.. Hidup Barisan Nasional!

Rabu, 31 Oktober 2012

NASIBMU TANDA PUTERA


Kena Mandi Limau Dan Air Bunga 7 Warna

TIDAK tahulah apa yang ada dalam pemikiran cendikiawan lain. Tetapi bagi penulis marhaen ini, sejak bermula filem Tanda Putera (FTP) mendapat bantahan daripada khalayak khususnya dari puak pembangkang, saya sudah menjangkakan yang filem ini mungkin akan di palam terus atau di sunting sunting sunting sunting hingga hilang falsafah pembikinannya.
            Terbaru, menurut sumber dalaman Jabatan Perdana Mentri, penayangan filem tersebut yang dijangka pada 15 November ini terpaksa ditangguhkan lagi berikutan kononnya pemerintah tidak mahu ada sebarang unsur 'gangguan' saat-saat menjelang PRU13. di sini
            Penulis nak komen banyak-banyak pun tak guna. Malas pun ada. Beberapa minggu lepas ada juga penulis menyentuh perihal FTP    di sini


Jagindas:  suka tengok filem perang propaganda US

RAMAI GELISAH DEK AES


Kerajaan Dicadang Pasang Lebih Banyak

TIBA-TIBA sahaja isu pemasangan kamera AES menjadi perbualan hangat. Dari kalangan khalayak marhaen ke kelas pertengahan terus ke kelas atasan hingga membabitkan golongan politik kiri dan kanan. Banyak yang tidak suka dari yang tidak suka.Banyak yang kata tangguh dulu. Seperti biasa, masing-masing dengan alasan tersendiri.     Ada juga yang bimbang isu berkenaan memberi kesan kepada pilihanraya.       
            Penulis juga turut terheret dengan isu ini  di sini    Yang pasti, AES sudah dipasang. Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor sepakat tangguhkan penguatkuasaan. Yalah, negeri mereka punya. Mahu tidak mahu pusat kena akur juga.. di sini
            Oleh kerana sudah jadi semacam polemik dan biasanya jika tidak ada penyelesaian yang konkrit, isu seperti ini akan menjadi riuh rendah. Jadi, bagi memantapkan lagi keberkesanan AES penulis mencadangkan supaya kamera AES dipasang di setiap jarak 10km satu di semua jalan raya negeri, persekutuan dan lebuh raya.
            Lagi satu, luaskan skopnya. Kamera itu juga boleh merakam penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar dan kanak-kanak bawah umur yang menunggang/memandu kenderaan bermotor. Kita saman semua!
            Macam mana? Lagi pun kerajaan tidak keluarkan kos. Semuanya ditanggung oleh syarikat berkenaan, bukan?


Jagindas:dah lama pakai kamera Nikon D90, rasa-rasa nak tukar yang lain pulak..