Jumaat, 9 November 2012

TIDAK PERLU DIDEBAT DAN DIPERTIKAI


Orang Islam Tidak Boleh Tukar Agama

KENYATAAN seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim, di laman portal Free Malaysia Today , yang kesal terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar , kerana didakwanya tidak mempertahankan kenyataan yang dibuatnya berhubung kebebasan beragama di negara ini termasuk orang melayu, menarik perhatian saya untuk mengulas sedikit isu tersebut  di sini
            Ini kerana, pada mulanya penulis berpendapat Siti Zabedah hanyalah sengaja membuat soalan provokasi bagi melihat pendirian Nurul terhadap agama Islam dan hubungan agama itu dengan orang melayu dan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan di negara ini.
            Namun, pada dua perenggan terkahir laporan akhbar tersebut dipetik Siti Zabedah sebagai berkata:
            "Sementara itu, Siti Zabedah berkata, masanya telah tiba untuk kebebasan beragama kepada orang melayu didebatkan kerana perlembagaan persekutuan tidak membenarkan hak tersebut.
          Katanya, individu-individu yang mengkritik Nurul Izah adalah golongan konservatif dan mereka hanya mahu menegakkan versi agama yang mereka katakan benar." - (Utusan Malaysia/9 Nov, 2012/p.6)
           
Apa yang penulis faham, dalam bab agama Islam bagi orang melayu memang tidak boleh didebat mahupun dipertikaikan. Ini kerana, penganut agama Islam tidak dibenar sama sekali (hukum Allah) menukar agama mereka atau memurtadkan diri. Ini jelas disebutkan dalam urusan agama Islam itu sendiri dan bukannya disebabkan terikat dengan hak-hak perlembagaan Persekutuan.
            Memang, kita tidak memaksa orang lain (selain melayu) menganuti Islam. Namun, sebaik sahaja seseorang itu menukar agama mereka yang asal kepada agama Islam, maka terikatlah mereka itu dengan hukum hakam Islam termasuklah bahawa mereka tidak sesekali dibenarkan kembali ke agama asal atau menukarnya ke lain-lain agama.
            Ini jelas dan jika dibantah, maka hukumnya adalah murtad. Dan, bagi mereka yang telah murtad, Islam mempunyai hukumannya sendiri terhadap individu tersebut.
            Justeru, tidak ada sebab pengkritik isu Nurul Izzah disebut sebagai golongan konservatif dalam urusan ini. Bagi penulis, siapapun yang beragama Islam, tidak sepatutnya menyokong kepada kenyataan Nurul dan berasa kesal apabila Nurul kemudiannya menafikannya.
           


Jagindas: Kebebasan bersuara semakin mengerikan..

MENGAPA DENGAN ANAK SAYA


Anak PM Lain Kamu Tak sibuk Pun!

HAH!  Padan muka! baca cerita lanjut klik di sini

Wahai sang reporter, sepatutnya anda tanya Tun begini: "Tun, bolehkah saya tumpang sekaki dalam projek tersebut. Kerja reporter ni tak berapa cukup makan lah... Saya dah lama teringin nak jadi jutawan. Bolehlah Tunnnnn...., saya soranggggggg saja.."

Heh heh heh...


Jagindas:Professionallah yop! Kalu bapak kamu PM pun, kamu pun dapat macam tu jugak. Entah-entah lipat lapan lagi, apa?

PENGECUALIAN BAYAR PTPTN

Kalau bab demonstrasi, melayu-lah yang kedepan...

Cina Paling Ramai

ORANG melayu pandai minta dan ngentak-ngentak nak itu nak ini sahaja. Manakala orang lain pula, pantang dapat peluang dia akan pulun habis-habisan. Di hujung-hujungnya, merekalah yang mendapat untung dan manfaatnya  baca di sini
            Buatlah dasar apapun, orang melayu dok macam tu juga. Kalau ada pun cuma satu dua sahaja yang bergerak maju. Bukan tak ada. Ada. Tapi dari segi nisbah masih tidak berbaloi.
            Pernah seorang rakan penulis, seorang cina, berkata apapun dasar yang kerajaan buat untuk orang melayu, orang cina tetap untung. Penulis faham, dia perli pernulis tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang secara pukalnya bertujuan membantu atau menaikkan ekonomi orang melayu.
            Apatah lagi kalau dasar yang dibuat untuk semua macam kes pengecualian bayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kalau  dasar yang dibuat khas untuk bangsa melayu saja pun orang melayu tidak berapa nak pulun, apatah lagilah jika dasar itu untuk semua kaum!
            Sikit-sikit kerajaan tak betul. Sikit-sikit kerajaan zalim. Itulah zikir yang cukup mahir di kalangan orang melayu (bukan semua laa..). Sebab apa? Sebab...."ESCAPISM" 
            Bila nak berubah?

Jagindas: Serba tak kena...

Khamis, 8 November 2012

MASIH ADA YANG KELIRU ISTILAH MELAYU


Sekali gus Terkeliru Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Negara



KETIKA membaca beberapa komen di sebuah akhbar online berkaitan isu "kebebasan beragama" yang dicetuskan oleh Nurul Izzah, sempatlah penulis memetik dua komen ini yang dipercayai ditulis oleh penulis yang sama: Komen-komen tersebut boleg dibaca di sini

          Tidak ada paksaan daam agama (Islam) ~Surah Al Baqarah ayat 256.
          Kalau ada ayat yg boleh paksa orang atau ssiapa pun atau bangsa
          apa pun utk masuk atau anuti agama Islam sila berikan
          ayat dari surah apa. Mungkin ada dalam surah UMNO agaknya.
          Kebebasan dlm beragama, bukankah itu termaktub di dalam
          perlembagaan Malaysia. Semakin hari Umno semakin tunjukkan
          wajah sebenar mereka. Wajah paling hodoh, bodoh, jahat,
          jahil & rakus. Pendekkan semua cakap dan ayat ayat utk
          jadikan orang sesat.

          Umno kata " Hidup Melayu ".Mamak macam mana? Cina Mualaff
          mcm mana? Melayu deli, Jawa, Melayu Asli, Melayu Acheh,
          Melayu Minang, Melayu Palembang, Banjar, Bugis & lain lain
          bangsa yg beragama Islam. Ramai Jawa dari Indonesia yg jadi rakyat
          Malaysia rasa terhina bila di katakan Melayu. 
          Mereka Jawa bukanMelayu.Hidup Melayu Umno utk Melayu di dlm 
          Umno shj agaknya "MELAYU HARAM JADAH"

Guru penulis mengajarkan bahawa Islam tidak sesekali membenarkan penganutnya menukar agama. Sekali memeluk Islam (termasuk yang dilahirkan dalam keluarga Islam), maka seseorang itu akan terus serta wajib dalam Islam. Jika dia menukar agamanya selain Islam, maka dia adalah murtad. Dan, bagi seseorang yang telah murtad Islam mempunyai hukum-hukumnya sendiri.
            Merujuk kepada melayu yang disebut dalam negara ini adalah Melayu dalam konteks Malaysia. Untuk itu penulis mencadangkan supaya sesiapa sahaja yang masih kurang faham terhadap "istilah melayu" yang dipakai dalam perlembagaan supaya merujuk di sini


Jagindas: baca juga sajak Usman Awang ini, klik di sini