Khamis, 15 November 2012

MASING-MASING DGN HUKUMNYA

Demi KepentinganParti



HARUN TAIB (kiri) dan HARUSSANI

ULAMAK PAS SIFATKAN KENYATAAN NURUL IZZAH PERKARA KECIL, TIDAK PERLU BERTAUBAT  ... baca lagi di sini

Apa, inikah yang dikatakan beza orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu?


Jagindas:   klik di sini


TANGGUHKAN PENGAMBILAN AMAH


Berikutan Mereka Diperlakukan Sebagai Abdi

PERISTIWA terbaru membabitkan kes rogol amah Indonesia, baru-baru ini yang mengkaitkan tiga anggota polis pangkat bawah sedikit sebanyak telah memalukan Malaysia. Kejadian itu juga telah menggerakan perasaan simpati rakyat Indonesia lalu mereka terus melakukan demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia seterusnya seperti biasa upacara membakar bendera Malaysia dilakukan.
            Tajamnya kebiadapan itu bagai sembilu menghiris jantung. Barangkali, ngilu yang dirasai oleh negara sama dengan perasaan mangsa yang di rogol. Bukan seorang bahkan tiga orang, dan bukan orang awam tetapi anggota polis yang juga adalah pagar dan beteng negara.!

Rabu, 14 November 2012

BIKIN MALU ANAK NEGERI

ROGOL:   GAMBAR HIASAN

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi



BELUM lagi tahu benar atau tidaknya kes ini kerana ia masih belum didengar di mahkamah. Namun yang dituduh dikatakan telah ditahan kerja. Manakala di Indonesia pula demonstrasi sudah bermula bagi membantah perangai tiga anggota polis terbabit yang dipercayai telah merogol seorang amah muda Indonesia.

Berita lanjut klik di sini dan di sini



Jagindas: Lebih kurang macam inilah... klik di sini


Isnin, 12 November 2012

MALAM YANG SELESA DENGAN DUNLOPILLO

Tilam siapa pulak ni....

Ingat Tilam, Ingat....

DALAM ruang bisnis akhbar Sinar Hrian hari ini ada rencana mengenai tilam Dunlopillo yang telah dikenali sejak 54 tahun lalu  baca di sini
            Di Malaysia, tilam dan bantal kekabu asli sukar didapati sekarang. Malah, kekabu pun susah nak diperolehi sebab tidak ada petani yang menanamnya secara komersil.
            Seorang peniaga bantal kekabu pasar malam, Osman Pin, 53,  yang ditemui berkata berliau mendapat bekalan bantal kekabu asli daripada Indonesia.
            Katanya, di Indonesia kebabu masih banyak di kampung-kampung bersesuaian dengan negaranya yang luas. Namun katanya di sana pun tidak ada usaha menjadikan kekabu sebagai tanaman komersil. Mungkin disebabkan pulangannya tidak begitu lumayan.
            "Ini bermakna, beberapa tahun lagi mungkin tilam dan bantal kekabu asli akan lupus sepenuhnya berikutan tidak ada usaha kekabu ditanam untuk tujuan komersil," katanya.
            Bagi penulis, tilam kekabu dan bantal kekabu begitu nyaman menjadi perabot tempat tidur. Sejuk, selesa dan tidak menyebabkan sakit belakang. Tidak cantik, tapi budi bahasanya baik sekali. Bagimanapun, kena rajin jemur bagi menambahkan keelokannya.
            Rakan penulis yang turut membaca rencana itu diakhirnya tersenyum. Penulis lantas berntanya kenapa dia tersenyum kambing selepas habis membaca tulisan kisah Dunloppillo itu.
            Ringkas saja jawapannya: "Tajuk rencana ini, Ingat Tilam Ingat Dunlopillo. Jadi, sebut tilam saya teringat Anwar", katanya.


Jagindas: masih segar dalam ingatan