Isnin, 12 November 2012

MALAM YANG SELESA DENGAN DUNLOPILLO

Tilam siapa pulak ni....

Ingat Tilam, Ingat....

DALAM ruang bisnis akhbar Sinar Hrian hari ini ada rencana mengenai tilam Dunlopillo yang telah dikenali sejak 54 tahun lalu  baca di sini
            Di Malaysia, tilam dan bantal kekabu asli sukar didapati sekarang. Malah, kekabu pun susah nak diperolehi sebab tidak ada petani yang menanamnya secara komersil.
            Seorang peniaga bantal kekabu pasar malam, Osman Pin, 53,  yang ditemui berkata berliau mendapat bekalan bantal kekabu asli daripada Indonesia.
            Katanya, di Indonesia kebabu masih banyak di kampung-kampung bersesuaian dengan negaranya yang luas. Namun katanya di sana pun tidak ada usaha menjadikan kekabu sebagai tanaman komersil. Mungkin disebabkan pulangannya tidak begitu lumayan.
            "Ini bermakna, beberapa tahun lagi mungkin tilam dan bantal kekabu asli akan lupus sepenuhnya berikutan tidak ada usaha kekabu ditanam untuk tujuan komersil," katanya.
            Bagi penulis, tilam kekabu dan bantal kekabu begitu nyaman menjadi perabot tempat tidur. Sejuk, selesa dan tidak menyebabkan sakit belakang. Tidak cantik, tapi budi bahasanya baik sekali. Bagimanapun, kena rajin jemur bagi menambahkan keelokannya.
            Rakan penulis yang turut membaca rencana itu diakhirnya tersenyum. Penulis lantas berntanya kenapa dia tersenyum kambing selepas habis membaca tulisan kisah Dunloppillo itu.
            Ringkas saja jawapannya: "Tajuk rencana ini, Ingat Tilam Ingat Dunlopillo. Jadi, sebut tilam saya teringat Anwar", katanya.


Jagindas: masih segar dalam ingatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.