Jumaat, 30 November 2012

SUDAH MACAM SIPEKAK MENDENGAR CERAMAH


Tertanya-Tanya: Bila? Bila? Bila Ha?

ESOK, lusa, barangkali selesailah agenda perhimpunan Umno 2012, InsyAllah. Rasanya tuan presiden tidak akan mengumumkan tarikh plihanraya atau tarikh pembubaran parlimen menerusi majlis berkenaan. Memang tidak kenalah pada masanya untuk mengisytiharkan tarikh keramat itu di majlis berkenaan meskipun ia sememangnya sedang menghantui rakyat lebih-lebih lagi mereka yang memang sudah amat tergeli-geli hendak mengundi.
            Namun begitu, bayang-bayangnya sudah boleh dibaca. Walaupun pun sebelum ini Datuk Seri Najib pernah berkata bulan Disember pun boleh di mana menurut beliau masalah musim tengkujuh dan banjir bukan penghalang. Tetapi saya percaya takkanlah Perdana Menteri sengaja nak mencari susah. Bak kata orang Perak - Tak ada koje cari koje(tak ada kerja cari kerja); tak ada beban batu di galas! Nak cari nahas! Bukankah?
            Makanya, nampaklah jelas antara Januari hingga Mac 2013 satu daripada bulan-bulan berkenaan akan menjadi bulan bertuah mencatat sejarah tanah air kerana berlakunya pilihanraya umum ke 13. Dikatakan bersejarah sebab kononnya pilihanraya kali ini adalah yang dianggap oleh banyak pihak sebagai pilihanraya paling mencabar dan penuh bermakna.
            Jadi, Bulan berapakah yang setepatnya?  Sebelum ini, penulis sebagai mana ahlil nujum yang lain juga pernah membuat ramalan tarikh pilihanraya kali ke 13 ini berdasarkan pengelaman penulis ketika sekian lama berkecimpung dalam politik tanah air - Umno.
            Setakat ini, nampaknya nujum penulis itu seakan-akan menampakan kebenarannya. sesudah ditelek air dalam mangkok putih bayang-bayangnya macam itulah. Lihat ramalan penulis sebelum ini   di sini
            Biasalah, menjelang kenduri besar itu sehinggalah selesai duit turun banyak. Bukan untk tujuan rasuah politik tetapi belanja pengurusan. Justeru, penulis mahu ingatkan pengurus-pengurus pilihanraya serta juak-juak di bawahnya, pastikan duit tersebut sampai ke tangan mereka yang sewajarnya yang telah berpenat lelah melaksanakan kerja-kerja untuk pilihanraya.
            Bukan apa, isu inilah yang sering malah pasti akan berlaku setiap kali kenduri besar berlaku.


Jagindas: Ada yang tukar kereta mercedes sebaik sahaja proses pilihanraya. Huh duit dari mana tu, sedangkan duduk di kampung kerja pun biasa-biasa saja!

p/s:  Nak dengar lagu lagi? klik di sini.

MARUAH RM4.8 JUTA - TERLEPAS PANDANG


LPF Manusia Biasa

SENANG cerita, keluarkan sahaja pekeliling kepada semua penulis skrip, produser dan pengarah filem bahawa karya filem di negara ini tidak membenarkan sebarang cerita berkaitan sejarah sebenar. Karyawan hanya dibenarkan menghasilkan karya-karya yang berunsur 'hiburan kosong' sahaja.
            Apa-apa cerita sama ada cinta, lawak, kartun, fiksyen, hantu syaitan dan sebagainya dimestikan tidak mengandungi slot-slot yang mengkaitkan perselisihan fahaman antara kaum walaupun pada kisah sebenarnya memang berlaku atau memang begitu. Cerita-cerita seperti cinta bodoh, lawak bodoh, kartun bodon, hantu bodoh, cerita-cerita mamat pondan lagi bagus dan senang hendak diluluskan!
            Tetapi kalau cerita itu menyentu perbalahan antara melayu dengan melayu di bolehkan dan boleh ditokok tambah supaya nampak lebih uummmphh! Macam cerita Hang Tuah dan Hang Jebat, Singapura Dilanggar Todak, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan sebagainya.
            Manakala, kalau ada puak yang nak buat video sendiri seperti songsangkan lagu Negaraku, tonggang terbalikan bendera, cerita-cerita atau lagu mengecam dan memaki hamun kerajaan, pemimpin dan yang seumpamanya, kita sewajarnya berikan dia galakan atas dasar kekreativitiannya.
            Bahkan, berikan dia moral dan material support seperti memberikannya mana-mana dana yang berkaitan bagi mengembangkan bakatnya. Kalau dia tak mampu bayar balik pun, tak mengapa. Kira pejam mata sudah. Maklum, bakat baru nak berkembang! Kembangkan ke Youtube, biar satu dunia tahu bakat anak watan kita, Malaysia Boleh!
            Habis cerita. Kerja-kerja penyuntingan pun senang, kerja-kerja penapisan pun mudah. Semua orang tidur lena tak payah nak risau-risau. Otak penonton pun tak berat kepala nak memikir. Syyyyy... Datuk Suhaimi Baba, jangan bayar sesen pun!
            ALAMAK! marahkan apa ni?  Merepek saja bunyinya? Mabuk air ketum ke beb?
            Yang inilah, lagi apa...klik di sini


Jagindas: 24 jam dalam ketakutan!

p/s:   Daripada pening kepala bab itu baik kita berhibur. Nah, layan di sini

Khamis, 29 November 2012

MAMPUKAH BN PEROLEH 140 KERUSI?


Untuk Elak Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu

PERAK AMAN JAYA!
ATAS prinsip 3P yang dijadikan azimat oleh kerajaan negeri Perak sebaik sahaja BN berjaya merampas semula pemerintahah negeri itu daripada tangan rakus Pakatan Rakyat (PR), negeri itu yakin setiap rakyatnya akan "Tiada Yang Tertinggal dan Tiada Yang Terpinggir". 
            Tiga 'P' itu adalah: kita turun ke Padang, kita selami Perasaan dan kita laksana Penyelesaian. Lantas, negeri itu bertekat menjadikan Perak sebagai sebuah negeri yang Aman dan Berjaya atau ringkasnya - Perak Aman Jaya. Satu soalan, apakah ketiga-tiga P itu benar-benar sudah terlaksana atau dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat BN? Jawapannya, hanya rakyat di situ sahaja yang tahu...
            Sebaik sahaja selesai pilihan raya ke-12 lalu (2008), PR berjaya menerajui negeri berkenaan dengan kelebihan tipis. Namun, dengan kehendak Allah Taala, bersebabkan kekuatan teknikal, Barisan Nasional (BN) berjaya secara undang-undang serta falsafah demokrasi untuk merampas semula secara terhormat pemerintahan negeri itu setelah membiarkan PR memerintah selama kira-kira sebelas bulan.

Rabu, 28 November 2012

LUMRAH HIDUP, KEHIDUPAN YANG LUMRAH


Masa Senang Lupa Diri, Dah Nazak Ingat Semua


ihsan dari:
www.freemalaysiakini2.com/?p=55005

BARU-BARU ini seperti yang kita semua maklum, teruk Nurul Izah Anwar kena hentam berikutan ucapannya yang sifatkan sebagai menggalakkan semua rakyat di negara ini bebas memilih agamanya sendiri (dalam konteks kebebasan beragama) sekaligus beliau dituduh sebagai manusia yang cuba mengembangkan fahaman pluralisme. Bahkan sampai sekarangpun masih hangat diperkatakan lebih-lebih lagi di PWTC dalam dua tiga empat hari ini!
            Kemudiannya, Nurul Izah menafikan tuduhan tersebut malah mempertahankan marwahnya bahawa orang Islam tetap tidak boleh menukar agama mereka sewenang-wenangnya. Dengan kata lain beliau tidak menyokong perbuatan murtad.
            Oleh kerana beliau diterjah bertubu-tubi terutama daripada pihak Umno, maka wakil rakyat Lembah Pantai itu terpaksa membawa isu tersebut ke mahkamah dengan menyaman Utusan Malaysia kerana dikatakan sebagai akhbar yang memperbesarkan kes tersebut. Namun menurut media, Utusan Malaysia bukanlah akhbar pertama yang menyebarkan ucapan beliau itu tetapi akhbar terbabit (yang mula-mula) tidak dinamakan Nurul Izah sebagai defendan dalam kes samannya itu.