Jumaat, 21 Disember 2012

PELABUR DAKWA AGIHAN ASB MASIH RENDAH


Kerajaan Diminta Pantau Urusniaga Lebih Berkesan

PENGUMUMAN Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), terhadap agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bomus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31Disember, 2012 didakwa tidak memberangsangkan pelabur. laporan di sini.
            Sebelum ini kerajaan dispetik sebagai berkata ASB akan mengagihkan pendapatan yang lebih tinggi daripada tahun lalu berikutan perkembangan ekonomi yang didakwa stabil lagi manpan.
            Beberapa pelabur yang ditemui berkata, mereka menjangkakan sekurang-kurangnya ASB mampu  mengagihkan tidak kurang dari 10.5 sen seunit manakala bonus meningkat kepada 1.50 sen seunit berbanding tahun lalu.
            "Pengumuman tersebut hari ini sungguh meleset dan menghampakan pelabur berbanding nilai wang dalam konteks perbelanjaan dalam negara. Sepatutnya dividen ASB sekarang dan masa depan tidak lagi berada di takuk bawah angka 8 sen sebaliknya mencecah lebih 10 sen dan ke atas berdasarkan nilai wang kita di pasaran tempatan.
            "Para pelabur ASB sepatutnya sudah menimati keuntungan pelaburan mereka sebagai sumber pendapatan tambahan kepada pendapatan bulan atau tahunan. Usahan ini juga adalah bagi meyakinkan rakyat bumiputera terhadap skim pelaburan yang diuruskan oleh agensi itu pada masa depan,"  kata seorang pelabur yang ditemui.
            Justeru, pelabur berhadap kerajaan akan memantau urusniaga ASB supaya ia benar-benar mampu memberikan manfaat kepada pelabur khususnya bumiputera di negara ini.


Jagindas: Tetap bersyukur. Syyyyyy... jangan lupa tunaikan zakat!

MATI ANGIN, KHABAR ANGIN, NAIK ANGIN...

CUKUPLAH SEKALI......

Beri Peluang Pihak Berkuasa Jalankan Tugasnya  

HEBAHAN BERITA Sensasi menerusi laman sosial mengatakan berlaku rusuhan kaum di Sungai Petani bahkan sehingga ada yang menyebut tiga maut ditetak dalam pergaduhan itu sedikit sebanyak meluapkan perasaan ramai pihak.
            Meski pihak polis sudah menafikannya dan memperbetulkan berita sebenarnya, namun pihak yang tidak bertanggung jawab masih degil dengan jiwa rasamereka sendiri.
            Mereka yang terlalu ghairah menyebarkan berita seumpama itu memang tidak bertanggung jawab malah seolah-olah golongan itu memang berkehendak sangat pertumpahan darah seperti yang dilaporkan mereka itu benar-benar terjadi. Bagaikan impain sekian lama yang belum terjadi!
            Kalau ia pun ada berlaku pergaduhan kecil (mahu pun besar), yang penting kejadian tersebut telah berjaya dikawal oleh pihak berkuasa. Kedua, penyebar maklumat tidak sewajarnya berpihak di sebelah pihak kerana belum tentu sah berita yang diterima (mahupun yang dilihatnya) dari sdut punca atau penyebab kejadian.
            Mustahil berlaku sesuatu perkelahian itu tanpa sebab-sebab yang menyebabkan kejadian. Pemula atau penyebab harus bertangung jawab. Manakala, apabila masalah telah menjadi kompleks maka semua yang terlibat mesti bertanggung jawab. Dan, ini adalah soal tanggungjawan pihak berkuasa. Orang awam boleh mengambil tahu (menjaga tepi kain) namun janganlah sampai mengusutkan lagi keadaan.
            Justeru, tindakan polis yang akan memburu mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita huru hara itu, amat wajar dan yang terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya.
            Penulis juga turut melihat komen-komen pembaca terhadap laporan e-akhbar. Masih ada komen yang seperti mempertikaikan kejujuran dan kemampuan pihak berkuasa. Mereka nampaknya lebih menjurus percaya kepada berita angin tersebut. Dengan kata lain, penafian polis itu adalah disifatkan mereka sekadar 'wayang'. Bagi penulis, pemberi komen yang sedemikian juga wajar di buru dan dikenakan tindakan. Tindakan polis klik di sini


Jagindas: Ambik kau! Bikin susah anak negeri!

HARTA PUSAKA YANG TIDAK SELESAI RUGIKAN NEGARA


Dan, Yang Hidup Wajar 'Ringankan' Beban Simati Dalam Kubur

DI DEWAN NEGARA  semalam, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menafikan nilai harta pusaka yang tidak diwasiat berjumlah lebih RM45bilion yang kebanyakannya adalah milik orang Islam. Beliau membuat penafian itu bagi menjawab soalan Senator Rohani Abdullah sambil menyifatkan mereka yang membuat anggran yang dibuat itu sebagai tidak bertanggung jawab.  di sini
            Penulis kurang arif tentang matematik menilai harta. Setahunya, setiap harta seperti hartanah penilaian dibuat pertama berdasarkan nilai semasa dan kedua berdasarkan kepada kedudukan (lokasi) harta benda tersebut.
            Namun begitu, jika anggaran RM45b itu tidak benar dan disifatkan satu kenyataan yang tidak bertanggung jawab, apakah nilai sebenarnya? Vui Keong dalam jawapannya itu tidak pula menyatakan nilaian yang sebenar.
            Jika satu pihak boleh membuat anggaran berangka, mengapa kerajaan hanya mampu menafikannya sahaja tanpa memberikan sebab-sebab konkrit terhadap nilai sebenar yang rakyat perlu tahu. Di sini 'home work' Vui Keong dilihat lemah dan tidak meyakinkan. Pihak bertanggung jawab perlu mengetahuinya secara konkrit kerana masalah harta pusaka gagal diselaikan  sedikit sebanyak boleh mengekang kelancaran pembangunan setempat.
            Masalah berkenaannya sebenarnya memang banyak dan tidak mustahil ianya membabitkan majoriti orang Islam (melayu) kerana pada keadaan kasarnya suatu masa dahulu orang melayu (Islam) banyak memiliki tanah di kampung-kampung dan pinggir-pinggir bandar.
            Justeru, pihak berwajib setidak-tidaknya seperti pejabat tanah dan jabatan agama Islam wajar mengambil langkah tertentu terhadap isu ini  supaya setiap inci harta tersebut dapat dimanfaatkan sejajar dengan pembangunan negara yang kian mampan.
            Selain itu, dari sudut Islam penyelesaian konkrit terhadap masalah itu dapat meringankan masalah si-mati  (didalam kubur) bersabit dengan kedudukan harta yang ditinggalkannya yang barangkali telah dimanipulasi oleh waris-waris yang bukan berhak ke atas harta tersebut.
            Selain itu, pihak terbabit juga wajar memberikan kesedaran kepada generasi hari ini dalam menguruskan harta-harta mereka bagi memudahkan harta tersebut teralih kepada waris dengan mudah dan sah selepas kematian pemilik asalnya.
            Meskipun hari ini beberapa agensi seperti Amanah Raya Berhad sudah meuar-uarkan kempen pengurusan seperti itu termasuk membuat wasiat secara sah namun kesedaran terhadap peri pentingnya tindakan itu masih lemah terutama di kalangan orang melayu (Islam).


Jagindas: itu harta ahmad albab yang punya.....  klik di sini

GURAU SENDA DI PAGI JUMAAT... (211212)

RAMJEET masih mampu memiliki zuriat 
pada usia 96 tahun 

Biar Lemah Tenaganya, Namun Nafsu Tetap Meruap-Ruap

Bangun pagi tadi penulis teringat sebuah kisah di sebuah kedai kopi di Batu Pahat minggu lepas di mana penulis duduk bersama beberapa rakan yang baru dikenali. Ada tiga orang dan kesemuanya berusia antara 50 hingga 80 tahun. Tapi mereka masih sihat. Gelak ketawanya masih bergema. Yang seorang tua berusia 80 tahun menghisap paip. Katanya sejak muda. Bermakna sudah lebih 60 tahun menghisap paip tembakau cap nanas. Dia masih berkebun - menghusahakan 30 ekar ladang kelapa sawit milik sendiri.
            Katanya, isterinya yang hampir seusia beliau juga masih sihat. Mereka ada enam orang anak dan kesemuanya menjawat jawatan tinggi manakala tiga daripadanya pernah belajar di luar negara.