Sabtu, 29 Disember 2012

ISU YANG BUKAN LAGI CERITA


Biarlah Jadi Rahsia PM


KEPADA wartawan dan editorial sekelian, sudah-sudahlah bermain dengan isu tarikh pilihanraya ke 13 (PRU13) ni. Kalau sudah tidak ada apa yang hendak ditanya, lebih baik diam sajalah dan dengar saja soalan daripada rakan-rakan lain atau tulislah apa sahaja yang terkeluar daripada mulut sumber.
            Tarikh pilihanraya bukan lagi satu cerita mengghairahkan lagi melainkan apabila pembubaran parlimen telah diisyhtiharkan oleh Perdana Menteri (PM). jadi, tidak usah buang space-lah. Banyak benda lain boleh dipaparkan.
            Kalau nak tanya bab tarikh juga, barangkali soalan-soalan seperti berikut boleh membantu kut:

1.         Bilakah agaknya persidangan dewan rakyat yang terakhir untuk musim ini?
2.        Berapakah anggaran bajet untuk belanja pilihanraya kali ini berbanding pilihanraya sebelum ini?
3.         Apakah langkah-langkah kerajaan bagi menggalakkan lebih ramai pengundi keluar mengundi?
4.        Merujuk kepada laporan The Malaysian Insider, apa komen PM/TPM terhadap dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan mengenai peningkatan kadar jenayah dikaitkan dengan hubungan rapat pegawai atasan PDRM dengan bos-bos kongsi gelap di negara ini?

            Haaa, nanti bila dia bagi jawapan, heretlah sampai 20 para pun tak apa. Lagi dan lagi dan lagi dan lagi.......Kalau dia kata 'no comment' pun, boleh dibikin-bikin cerita bang..
            Jangan marah, haaaa..


Jagindas: Tentang soalan ke-4 di atas tu, teringat penulis satu pepatah cina yang menyebut: Kalau kepala ikan sudah rosak (busuk) maka isinya juga tentulah rosak sampai ke ekor.....Tolong selak kain depa sikit.

Jumaat, 28 Disember 2012

BENARKAH KADAR JENAYAH SEMAKIN MENINGKAT (?)

Musa Kata Ada Tali Barut Dari Atas Puncak

SEBELUM  ini penulis ada menulis beberapa cerita berkait dengan aktiviti judi haram (yang sedang rancak sekarang adalah judi mesin berkomputer) yang kini telah menular ke kawasan desa. Majoriti yang menjadi mangsanya adalah orang melayu (Islam). Ramai yang merana tapi masih tidak serik-serik. Punyalah kuat iblisnya!
            Hairan juga, sebab pihak polis boleh dikatakan kerap juga membuat serbuan demi serbuan, namun peremis yang menjalankan kegiatan berkenaan masih wujud beroperasi macam biasa malah kian bertambah.
            HUH!  Akhirnya, penulis mendapat jawapannya klik di sini. Benarlah kata Tan Sri Musa Hassan, ......rakyat juga yang mendapat balanya! MasyaAllah, apa nak jadi ni Hishamuddin, Najib? Lee Lam Thye, you berani komen ke..?
            Cerita-cerita masalah jenayah (dalam konteks judi haram) seperti itu pernah penulis paparkan di sini dan di sini , di sini, di sini, di sini, di sini, dan  di sini. Tapi Musa Hasan dah cakap dan jawab dalam konteks yang lebih universal.

Jagindas: Paaatuuuutlaaaaa.....................Harapkan pagar, pagar makan padi!

KALENDAR HINA HUDUD SUDAH TERBIT

DENGAN IHSAN Akhbar Sinar Harian

Pemuda Pas Dakwa Penyokong Kerajaan Yang Taja!

KALAU pasal buat serkap jarang cukup laju. Sepantas kilat. Bunyinya pulak macam guruh berhalilintar. Apa buktinya "parti" yang menyokong kerajaan 'menaja' kalender ini? Sudah siasat? Jelas?
            Kalau sudah jelas dan terbukti, apa ditunggu lagi laporlah kepada polis atau pihak berkuasa yang berkenaan. Ambil tindakan mahkamah dan saman kaw-kaw! Juta-juta. Biar depa tergeolek anjing nak bayo!
Ceritanya klik di sini.
            Wahai saudaraku Hasbullah Ridzuan, bila kamu mendapat musibah macam itu, pertama ambillah masa bertenang (supaya syaitan tak mudah jadi orang ketiga), berastaghfarlah banyak-banyak, tunaikanlah sembahyang sunat (minta petunjuk Allah bukan God), lepas itu buat siasatan awal serta terperinci.

PEMAPARAN BERITA DI AKHBAR-AKHBAR / MEDIA-MEDIA

Macam pernah tengok di TV3, kan?

(CONTOH KES 1): Polis Buru Penjenayah, Wartawan Pula Buru Polis



1.         Rakyat diingat jangan percaya berita angin...
2.        Polis buru penyebar berita palsu....
3.         Polis kenalpasti beberapa orang lagi terlibat dengan penyebaran berita          palsu...
4.        Penyebar berita palsu ditangkap dan direman 7 hari ...
5.         Polis masih buru 20 lagi penyebar berita palsu...
6.        Kertas siasatan kes penyebar berita palsu bermula....
7.         Kertas siasatan penyebar berita paslu hampir siap...
8.        Kertas siasatan sudah siap dan dihantar ke peguam negara hari ini...
9.        Peguam Negara pulangkan semula laporan kertas siasatan.... (kadang-kadang)
10.       Tertuduh akan didakwa minggu depan...
11.       Bicara bermula: 40 tidak mengaku bersalah sebar berita palsu....
12.       (dan seterusnya... sehingga selesai)


(CONTOH KES 2): OPS PATI Besar-Besaran

1.         Penduduk bimbang lambakan pendatang...
2.        Pihak berkuasa pantau aktiviti pendatang....
3.         Pihak berkuasa serbu sarang pendatang...
4.        Kebanjiran pendatang masih terkawal ...
5.         Pendatang diingat hormati undang-undang...
6.        Penjenayah bersenjata yang ditembak mati adalah....
7.         Majikan tidak bayar gaji pendatang...
8.        Banyak kes jenayah babitkan pendatang...
9.        Pelindung pendatang akan didakwa....
10.       Sistem baru pendaftaran mampu kawal kebanjiran pendatang...
11.       Ratusan pendatang bekerja sebagai GRO...
12.       (dan seterusnya... belum selesai-selesai lagi. Pendatang datang dan pergi,  menjadi rencah bacaan dan pengetahuan setiap hari)


Jagindas: Tak jadi ambil 'bibik'....