Pecah Rumah Kian Menjadi-Jadi
SEMALAM beberapa rakan datang ke rumah
saya dan sambil kami minum-minum, seperti biasa perbualan kami menyebut
pelbagai perkara. Namun malam tadi kami lebih bercerita tentang beberapa kes
pecah rumah yang semakin menjadi-jadi di sebuah pekan kecil dan kampung sekitarnya
di Tanjong Tualang.
Tiba-tiba,
pagi tadi sebaik sahaja saya balik dari pasar, jiran saya bertanyakan saya
adakah rumah saya kena umpil malam tadi. Saya terkejut dengan pertanyaan itu
lalu ia memberitahu bahawa rumahnya dan jiran kami yang satu lagi telah di
umpil oleh penyangak malam tadi sekitar 4 pagi - 6.30 pagi.
Hasil
pemeriksaan saya dapati rumah saya masih belum diusiknya. Mintak-mintak
dipeliharakan Allah. Bagaimanapun, kata jiran saya itu penyangak terbabit yang
mengunakan kaedah mengait barangan yang di curi menggunakan galah gagal
mendapatkan hasil curinya.
Seebelum
itu, pada petang semalam juga, ketika berbual-bual dengan seorang taukeh kedai
runcit mengenai perkara yang sama, taukeh itu dengan nada sinis berkata:
"Pencuri memang suka buat kerja di sini
sebab sini semuanya ada. Kita ada banyak peremis judi haram, nombor ekor haram,
sarang burung walid atas bangunan, macam-macam pun ada. Tempat ini banyak
mewah!," katanya.
Ada
sebuah kampung, saya di faham Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan dan Kerja (JKKK)-nya
setiap malam membuat giliran "menjaga
kampung" namun kes yang serupa berlaku juga malah meraka gagal
menangkap dan mengenalpasti penyangak tersebut.
Senario
ini merimas dan melemaskan penduduk. Ada yang kata pencuri terbabit dipercayai
menggunakan "ilmu hitam" kerana dia juga begitu mudah masuk ke rumah orang cina dan india yang
kebanyakannya memiliki anjing.
"Orang dalam rumah langsung tak sedar,
anjing pun tak bising. Saya ingat dia (penyangak) ada pakai ilmu la.."
kata peniaga kedai runcit, Ah Meng, yang turut merasa cemas dengan kejadian
tersebut.
Jagindas: kacau sudah
mari..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.