Rabu, 9 Januari 2013

AKHIRNYA TERSASAR...


Isu Kata ALLAH Dalam Kitab Bible Melayu

MEMANG sudah dijangka. Perkara seumpana ini pasti akan berlaku. Inilah yang orang tua-tua kata: banyak bercakap akan banyaklah berlaku salah....
            Heret punya heret, akhirnya tersasar. Inilah yang biasanya berlaku. Isu utama asalnya adalah majoriti umat Islam di negara ini membantah penganut agama lain menggunakan perkataan ALLAH dalam kitab-kitab mereka yang diterjemah dalam bahasa melayu sebagai menterjemahkan "god" atau "Tuhan" dalam kitab asal mereka dalam versi bahasa Inggeris.
            Bagi penulis isunya amat jelas. Orang bukan Islam tidak dilarang menyebut perkataan ALLAH dalam percakapan seharian mereka, malah kalau mereka nak menyanyikan sesebuah lagu yang ada perkataan Allah dalam senikatanya tidak dilarang.
            Apa yang ditegah sama sekali dalam konteks negara ini adalah menggantikan perkataan "god" dan "Tuhan" dalam kitab asal mereka kepada "ALLAH" dalam terjemahan melayunya.
            Justeru, tidak ada kena mengena dengan perkataan ALLAH yang terdapat dalam skrip lagu termasuklah lagu-lagu kebangsaan atau lagu-lagu negeri.
            Inilah yang penulis kata sudah tersasar. Dek terlalu banyak bercakap dan pemberatan hati untuk menyokong persetujuan dan sokongan sesuatu pihak maka si-pengucap hilang fokus.
            Memang, Tuhan sekelian alam adalah ALLAH. Kebanyakan agama di dunia seperti Kristian dan Sikh memang menyebut Allah sebagai tuhan mereka. Walaupun sebutannya agak "gelong" - ada sebut Alla dan ada yang sebut Ala namun, kita faham maksud dihatinya adalah Allah.
            Begitu pun, dalam konteks negara ini dan di negara ini dalam kitab-kitab agama atau apa-apa skrip atau manuskrip yang kandungannya khusus berkaitan agama, hanya agama Islam sahaja yang boleh menggunakan perkataan ALLAH manakala yang lain gunakankan perkataan TUHAN sebagai terjemahan daripada GOD.
            Yang melengkapkan syahadah itu adalah dua kalimah syahadat. Sebab itu Quran dan hadith itu dijadikan rujukan berikutan ia saling lengkap melengkapi. Yang ini tidak ada dalam agama-agama lain pun, kucuali ISLAM.
            Nak sebut perkataan ALLAH, sebutlah berapa kalipun.
           
            Jelaskan? Justeru, fahamilah isunya sebelum membantah mahupun menyokong!
                       

Jagindas: cuba baca apa kata ustaz Asri... di sini

IMBAS KEMBALI

Di mana Dan Siapa Puncanya?



6 Jahanam?
BIAR  apapun cerita dan kisahnya, persoalan terasnya adalah: "Macam mana OKT mendapat bekalan serbuk cili dan pin?"

Adakah perlu OCPD dan pegawai yang berkaitan kes di tukar, diturunkan pangkat atau di "bekukan"?


Jagindas: ?????????

FADHILAT SURAT AL-KAUTHAR

Semoga Mendapat Rahmat Allah (swt)



Maksudnya:

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah shalat karena Rabb-mu dan berkurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu, ia adalah yang terputus (dari rahmat Allah)". [QS: Al Kautsar : 1-3]

Surah terpendek ini diturunkan di Makkah. Ia mengandungi 3 ayat dan bermaksud "Sungai Di Syurga".  Riwayat menyatakan kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah lagi cantik.
            Rasa airnya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu manakala harumnya pula lebih wangi daripada kasturi.
            Surah ini diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihinya iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Lalu kehadiran ayat ini dikatakan telah menghibur hati Nabi (saw) yang sedang gundah itu.
            Ulamak dan para ahli tafsir menyatakan ayat ini memberikan pelbagai khasiat terkandung di dalamnya yang sangat baik diamalkan, antaranya:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, InsyaAllah, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Jagindas: Amin

Selasa, 8 Januari 2013

SELEPAS MENYANDARKANNYA 27 TAHUN LALU...

Laungan itu Bergema Kembali...

UTUSAN MELAYU 7 JUN, 1986
Utusan Melayu, 7 Jun, 1986  (muka depan)

DATUK Seri Dr.Mahathir Mohamad, berharap kakitangan kerajaan akan meningkatkan daya pengeluaran mereka berikutan tambahan kenaikan gaji yang diberikan meskipun kedudukan kewangan negara "amat merunsingkan".      

Utusan Melayu, 7 Jun, 1986  (muka 12)

MENURUT berita berkenaan, orang ramai mahu kakitangan kerajaan (penjawat awam) bersyukur terhadap layanan yang diberikan oleh kerajaan termasuk menaikkan gaji ketika dunia dalam kegawatan ekonomi.
            Masyarakat juga mahu kakitangan kerajaan memberi tumpuan terhadap tugasan masing-masing dengan penuh jujur dan ikhlas dan elakkan daripada suka ponteng kerja.
            Selain itu, harapan masyarakat kepada penjawat awam supaya kebaikan kerajaan itu dijadikan pendorong bagi meningkatkan prestasi kerja dan mutu kerja. Mereka juga mengingatkan kumpulan terbabit supaya tidak mengmbil jalan mengugut sebagai tindakan mempertahankan sesuatu permintaan.
            
               Manakala semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, menggariskan tujuh keutamaan untuk penjawat awam supaya organisasi itu sentiasa cemerlang di tahun 2013 dan seterusnya. [berita klik di sini]


Jagindas: Dah bersara pilihan....