Sabtu, 19 Januari 2013

ADA PIHAK BUAT SOAL SELIDIK

MB Perak Jadi Taruhan..




SATU puak pengendali khidmat pesanan ringkas (SMS) menguna nombor 0193056954 menamakan mereka sebagai Pusat Penyelidikan Bebas (NGO), bertanyakan soalan Tokoh yang manakah menjadi pilihan anda sebagai MB Perak (1) Dato' Nizar Jamaluddin (2) Dato' Zamry Abdul Kader (3) Dato' Ngeh Koo Ham.
            Penulis percaya ramai yang telah menerima sms tersebut. Barangkali ramai juga yang memberikan respon dan barangkali juga ramai yang masukkannya ke bakul sampah.
            Begitulah kalau dah tak ada kerja... Tidak kiralah sama ada ianya datang daripada puak kerajaan (BN) mahupun sebaliknya, bagi penulis soalan "test market" macam ini kerja tak berfaedah. Pendek kata kerja orang tidak bijak sana.
            Nasib baik pilihanraya tidak berapa lama lagi. Kalaulah lagi setahun dua agaknya, ramai yang sewel! Pun, timbul masalah juga!


Jagindas: Sama ada BN atau PKR menang nanti, apakah kesudahannya nasib saya? - tanya diri macam tu lahh...

Khamis, 17 Januari 2013

PANDANGAN KHOO KAY KIM DISANGKAL

NUTP: Guru Sejarah Kita Memang Handal

Prof. Koo Kay Kim dan Hashim Adnan

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan,  wajar menerima teguran daripada Prof. Emeratus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim secara terbuka dan tenang terhadap dakwaan sejarawan negara itu bahawa ramai guru hari ini kurang memahami atau kabur sejarah secara mendalam dan mata pelajaran itu hanya diajar untuk lulus peperiksaan sahaja. [berita di sini dan di sini]
            Kenyataan ringkas Prof. Kay Kim itu perlu diliat dari pelbagai sudut "erti kabur" yang didakwanya itu. Ini kerana, menyampaikan citera sejarah bukan sekadar menerangkan apa yang terkandung dalam teks rujukan tetapi mereka yang bercakap tentang sejarah hendaklah mampu menghuraikan sesuatu topik itu secara ilmiah supaya jalan cerita bagi sesuatu sejarah itu tidak tergantung.
            Kay  Kim juga menekankan tentang asas pembentukan negara ini (Malaysia) yang disebutnya sebagai kompleks dan unik memerlukan pengetahuan yang luas dan tepat. Nasihat penulis, Hashim atau sesiapa sahaja yang berkaitan janganlah terlalu ghairah membuat ulasan atau komen sebelum memahami kandungan sesuatu isu itu dari pelbagai sudut luar dan dalam (yang terang dan yang gelap, yang tersurat dan tersirat).
            Sebelum bincangkan bab-bab mata pelajaran sejarah, ada baiknya di renungkan sejak bilakah subjek sejarah dalam sistem pendidikan negara kita menjadi kucar kacir? Cuba ingat, dan bermula dari situlah pelbagai jawapan akan anda temui sekali gus menjawab pelbagai kisah dan karenah genarasi hari ini.


Jagindas: Janganlah cepat melatah, yop. Orang tua tu cakap berisi, jangan baca selapis saja yop. Dan..., jangan mabuk publisiti ye..!

Rabu, 16 Januari 2013

NIZAR BERBOHONG LAGI...


Jepun: Kes RM207 bilion Tidak Wujud

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun, Takaharu Suegami, menafikannya yang kerajaannya pernah melunaskan bayaran pampasan sebanyak RM207 bilion kepada kerajaan Malasysia sebagai bayaran gantirugi kepada mangsa pembinan projek "Landasan Maut" ketika perang dunia ke dua.
            Beliau berkata demikian sebagai membalas dakwaan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar (gambar), yang mendakwa kerajaan Malaysia telah tidak mengagihkan wang pampasan sejumlah itu daripada kerajaan Jepun kepada mangsa buruh paksa terbabit semasa perang dunia ke dua dahulu.
            Nizar mendawa pihaknya mendapat pengesahan daripada kerajaan Jepun mengenai penyerahan wang pampasan itu kepada kerajaan Malaysia namun kerajaan Jepun menafikan pernah membuat sebarang pengesahan berkaitannya.
[dakwaan Nizar klik di sini]
            Sementera itu, Kementerian kewangan dalam kenyataannya semalam menjelaskan dakwaan yang berpunca daripada memo bertarikh 29 Mac 2011 oleh kementerian itu adalah palsu. Berakitan itu, sumber itu menyebut satu laporan polis telah dibuat pada 29 September tahun lalu. [lanjut di sini]

Jagindas: Apa lagi? Bohong berat nih! Tak kan nafi, nafi, nafi saja. Sesekali bagi ler dia kena! Kesian dengan mangsa dan waris mangsa yang percaya dakwaan Nizar ni....

Selasa, 15 Januari 2013

DARI DEMONSTRASI KE DEMONSTRASI..

GAMBAR HIASAN: demonstrasi...

Hanya Menjurus Menyediakan Manusia Peminta

DALAM ruangan forum akhbar Utusan Malaysia hari ini (15/01/13) saya turut membaca pandangan seorang penlulis, Mr. WEL Subang Jaya, yang menulis atas tajuk "IRONI SEBUAH PERHIMPUNAN 'TAK PERLU' yang mengulas tentang betapa buruknya perbuatan mengada dan menyertai perhimpunan jalanan mahupun perhimpnan aman. [teks penuh di sini]
            Antara lain, Mr Wel berkata: Lihat di Indonesia, setelah kejatuhan Presiden Suharto, apakah yang boleh dibanggakan oleh rakyatnya? Akhirnya, rakyatnya bertambah ramai ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi.Adakah reformasi mereka berjaya dan mereka mendapat nikmat dari demokrasi jalanan itu?
            Saban hari ada sahaja berita tertangkapnya pendatang asing tanpa izin Indonesia yang mencari sesuap nasi di bumi bertuah ini.
            Kemudian beliau menamatkan tulisannya sebagai: Hari ini, kita semakin hampir dengan azam menuju wawasan menjadi negara maju, adakah anak-anak ini tadi telah disiapkan oleh puak-puak tersebut menjadi seorang ahli profesional yang ulung dan mendapat gaji yang setimpal?
            Atau akhirnya, menadah tangan meminta bantuan kerajaan kerana tertinggal di alam persekolahan kerana sibuk berhimpun.
            Tidak kiralah siapa dan apa status penulis forum itu, namun apa yang penting adalah negara memerlukan rakyat yang berpandangan serta berpendirian seperti ini. Inilah satu contoh rakyat yang berpandangan jauh serta positif.
            Mudah-mudahan tiada lagi perhimpunan yang membuang masa lagi melalaikan pada masa akan datang. Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu harus sedar dan sentiasalah mencermin diri...

Jagindas: Alangkah indahnya jika setiap orang berusaha menjadi contoh yang terbaik..