Khamis, 17 Januari 2013

PANDANGAN KHOO KAY KIM DISANGKAL

NUTP: Guru Sejarah Kita Memang Handal

Prof. Koo Kay Kim dan Hashim Adnan

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan,  wajar menerima teguran daripada Prof. Emeratus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim secara terbuka dan tenang terhadap dakwaan sejarawan negara itu bahawa ramai guru hari ini kurang memahami atau kabur sejarah secara mendalam dan mata pelajaran itu hanya diajar untuk lulus peperiksaan sahaja. [berita di sini dan di sini]
            Kenyataan ringkas Prof. Kay Kim itu perlu diliat dari pelbagai sudut "erti kabur" yang didakwanya itu. Ini kerana, menyampaikan citera sejarah bukan sekadar menerangkan apa yang terkandung dalam teks rujukan tetapi mereka yang bercakap tentang sejarah hendaklah mampu menghuraikan sesuatu topik itu secara ilmiah supaya jalan cerita bagi sesuatu sejarah itu tidak tergantung.
            Kay  Kim juga menekankan tentang asas pembentukan negara ini (Malaysia) yang disebutnya sebagai kompleks dan unik memerlukan pengetahuan yang luas dan tepat. Nasihat penulis, Hashim atau sesiapa sahaja yang berkaitan janganlah terlalu ghairah membuat ulasan atau komen sebelum memahami kandungan sesuatu isu itu dari pelbagai sudut luar dan dalam (yang terang dan yang gelap, yang tersurat dan tersirat).
            Sebelum bincangkan bab-bab mata pelajaran sejarah, ada baiknya di renungkan sejak bilakah subjek sejarah dalam sistem pendidikan negara kita menjadi kucar kacir? Cuba ingat, dan bermula dari situlah pelbagai jawapan akan anda temui sekali gus menjawab pelbagai kisah dan karenah genarasi hari ini.


Jagindas: Janganlah cepat melatah, yop. Orang tua tu cakap berisi, jangan baca selapis saja yop. Dan..., jangan mabuk publisiti ye..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.