Isnin, 28 Januari 2013

KATA DUA MUFTI PERAK

HARUSSANI: JANGAN UNGKIT LAGI....

Yang Sudah Selesai Jangan Diungkit Lagi

ISU tuntutan orang kafir di Malaysia yang menuntut supaya kalimah Allah juga boleh digunakan dalam penggunaan harian serta kitab-kitab rasmi mereka yang kemudiannya mendapat tentangan bulat daripada orang-orang Islam, ketika ini bolehlah dikatakan sudah selesai apabila Majlis Syura Pas berpendirian yang sama dengan majlis ijtimak ulamak kebangsaan.
            Sebelum itu, pendirian Pas agak mengelirukan. Namun sekarang, hanya Anwar Ibrahim dan konco-konconya sahaja yang masih berdegil. Agaknya dia takut di sergah Israel, barangkali.
            Sebagai mengukuhkan pertahanan itu, Jumaat lalu masjid di seluruh negara yang jemaahnya menunaikan sembahyang Jumaat khatib telah menggemakan khutbah berintikan mempertahan kesucian Kalimah Allah hanya untuk orang Islam dan hanya digunapakai dalam kitab-kitab yang mendakwah ajaran Islam sahaja (di sini).
            Tidak ada lain yang dimaksudkan oleh inti pati khutbah itu hanya mengingatkan orang-orang Islam terhadap kesucian agama itu dan menyeru supaya umat Islam terus memelihara serta mempertahankan agama itu daripada sebarang ancaman dan pencerobohan mahu pun cubaan untuk memperdayakan agama suci itu. Tindakan ini, samalah seperti pemimpin negara mengajak rakyatnya mempertahankan negara daripada serangan musuh. Sama!
            Namun, ia telah sengaja disalah faham oleh pihak gereja dan mereka yang berkepentingan (di sini).
            Justeru, menyedari ada pihak yang masih tidak sedar diri, mengada-ngada dan gila bahasa, maka mufti Perak, Datuk Dr. Seri Harussani Zakaria (gambar), menaikkan angin banjarnya bahawa isu sebegitu boleh menjadi pencetus pertumpahan darah (macam 13 Mei atau perang sabil) jika orang-orang kafir terus mengeruhkan suasana (di sini).
            Sayang sekali, cuma beliau sahaja yang yang berani kata begitu. Sepatutnya pemimpin-pemimpin lain (mufti-mufti, imam-imam. NGO-NGO Islam, persatuan-persatuan silat dan lain-lain) sahut dan sokonglah 'angin Harussani' itu.


Jagindas: Yang Islam pun satu hal, bersyiah-syiahlah, berwahabi-wahabilah, berkhawarij-khawarijlah....

DEMO O... DEMO!

GAMBAR HIASAN.

Keluarga Kata Sugumaran Mati Dibunuh

BERIKUTAN tidak puas hati dan tidak percaya dengan laporan bedah siasat ke atas anaknya, C. Sugumaran, keluarga terbabit meminta polis menjalankan posmotem kali kedua kerana mereka percaya Sugumaran bukan mati kerana sakit jantung tetapi di bunuh! (di sini)
            Namun, setakat semalam (27/1/13) permintaan mereka itu belum dilayan oleh polis. Marah dengan layanan yang diberikan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) itu, maka kononnya ahli keluarga terbabit serta penyokong akan membuat demonstrasi di ibu pejabat polis di Bukit Aman.
            Ek. ek. le...Sikit, sikit demo. Sikit, sikit demo. So what? Buat sajalah laporan polis. Kata nampak polis pijak leher si mamat tu. Ok. lah. Sediakan saksi termasuk gambar. Kata ada 20 -30 orang yang pukul si mamat tu. Ok la tu. Sediakan saksi dan gambar. Tangkap memang boleh tangkap. Tapi sapa nak yang ngaku weh...!

PENDIDIKAN PENJAGAAN KESELAMATAN KANAK-KANAK

MCPF Percaya Mampu Kurangkan Risiko Jenayah Babitkan Kanak-Kanak

DAI KIRI: Lee Lan Thye dan mendiang William Yau


 MEMBACA saranan Naib Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, di sini  supaya satu usaha dilakukan kerajaan bagi mendidik ibu bapa dalam hal penjagaan dan keselamatan anak-anak menarik perhatian penulis untuk mengulasnya.
            Lam Thye, mendakwa langkah itu perlu berikutan sejak kebelakangan ini banyak kes membabitkan keselamatan kanak-kanak seperti kehilangan, kemalangan, culik dan bunuh semakin kerap berlaku.
            Dari satu sudut, saranan itu ada asasnya. Namun, jika dilihat secara menyeluruh dan dari pelbagai sudut serta aspek sosial, bagi penulis ianya adalah program yang membazir dan tidak wajar.
            Seolah-olah, pasangan yang berkahwin di zaman ini lebih 'tidak berilmu' berbanding ibu bapa terdahulu dalam soal mengurus erti kasih sayang dan tangungjawab keselamatan terhadap anak-anak serta ahli keluarga mereka. Sedangkan pasangan berkahwin zaman sekarang wujud sebagai ibu bapa dalam suasana dunia yang terbuka, moden dan penuh dengan pelbagai rencah informasi dan pengetahuan.

Ahad, 27 Januari 2013

APA ITU FAHAMAN WASATIYYAH

Kesederhanaan Memangkin Kemajuan Dan Keamanan
DAN, SETELAH mengenali sepintas lalu tentang fahaman WAHABI dan SYIAH yang penulis paparkan sebelum ini (di sini) dan (di sini), berikut pula penulis paparkan sekilas info tentang fahaman/aliran WASATIYYAH. [mohon dibaca]




ISTILAH “Islam moderat” (Wasatiyyah) akhir-akhir ini kerap kita jumpai dalam banyak tulisan, baik dari kalangan Muslim sendiri atau kalangan bukan Islam. Apa yang dimaksud dengan “Islam moderat”? Tulisan pendek ini akan mencuba menjawabnya.
            Dalam istilah bahasa Arab moden, persamaan untuk kata moderat atau moderasi adalah wasat atau wasatiyya. Istilah “mutawassit” kadang-kadang juga dipakai. Islam moderat, dalam bahasa Arab moden, disebut sebagai al-Islam al-wasat. Amalan sederhana (kesederhanaan) dalam Islam diungkapkan dengan frasa wasatiyyat al-Islam.
            Dalam penggunaan yang umum saat ini, istilah “Islam moderat” dilawankan dengan  istilah Islam radikal. Islam moderat, dalam pengertian yang lazim kita kenali sekarang, adalah corak pemahaman Islam yang menolak cara-cara kekerasan yang dilakukan oleh kalangan lain yang menganut model Islam radikal. Tawfik Hamid, seorang mantan anggota kumpulan Islam radikal dari Mesir, al-Jamaah al-Islamiyyah, mendefinisikan Islam moderat sebagai, “a form of Islam that rejects… violent and discriminatory edicts” – Islam yang menolak secara tegas hukum-hukum agama yang menggunakan kekerasan dan diskriminasi. (Baca artikelnya yang berjudul “Don’t Gloss Over The Violent Texts” di Wall Street Journal, 1/9/2010).