Sabtu, 2 Februari 2013

TIBA-TIBA SAKIT MENTAL

 BERGAYA HADAPI PERTUDUHAN: Amir Sharifud-din 
 Aliman, (tengah) didakwa di dua Mahkamah
 Seksyen atas 13 pertuduhan menerima rasuah 
berjumlah RM390,000 daripada dua kontraktor  
balak antara April 2010 dan Januari 2012 di Ipoh,
 hari ini. - GAMBAR IHSAN UTUSAN MALAYSIA

Hadapi Tuduhan Rasuah RM390,000

YANG INI, macam mana pulak kesnya..Mak oi, sampai begitu sekali? [di sini]. Si ketua negeri, menyalahgunakan kuasa merobek hutan belukar sehingga tergugat alam sekitar sebab nak bagi kaum kerabat makan. Yang bertanggungjawan hal-hal hutan pulak, dok kira masyuk dia saja. Pendek kata, ada sokong pun, sokong membawa rebah!
            Apa sudah jadi dengan laporan-laporan daripada Jabatan Pertanian, Alam sekitar, Pembangunan bandar dan luar bandar dan beberapa agensi lagi sebelum sesuatu projek pembalakan di luluskan.
            Puak-puak ini juga perlu didapatkan keterangan mereka dan seterusnya...
            Apapun, kepada yang berkenaan, percepatkan kes ini dan teruskan membongkar kes-kes seumpamanya di tempat-tempat lain.

Jagindas: Namun.., Tuhan tahu ya kah bukan...

Jumaat, 1 Februari 2013

APA KEDUDUKAN SEBENAR NASHARUDDIN MAT ISA?


Masih Sahkah Dalam Majlis Syura?

KALAU MENURUT kata Nik Aziz, pemecatan Nasharudin Mat Isa (Nasa) tidak perlu mengikut prosedur 'hitam putih'. Keputusan lisan pemimpin atasan sudah mencukupi malah digunapakai sebagai 'dokumen' yang sah [baca di sini].
            Dakwa Mursyidul Am Pas itu lagi, Nasharudin (atau barangkali mana-mana ahli PAs pun) tidak perlu menunggu atau menerima apa-apa surat berkaitan tindakan tatatertib ala Pas itu.
            "Soal surat sampai ke tidak, ia nombor dua. Yang penting ijab dan kabul sudah berlaku. Lafaz cerai pun sudah. Walaupun surat cerai tidak sampai, daripada segi hukum dan adatnya cerai tetap berlaku dan sah,"
            Lihatlah perbandingan yang diberikan Nik Aziz. Perbandingan yang tidak relevan dengan kes. Semudah itukah pemimpin-pemimpin Pas meletakkan hukuman? Patutlah sederas kilat Nik Aziz menjatuhkan hukuman kepada Najib sebagai ahli neraka ( di sini) hanya kerana tidak mengikut kemahuan Pas tentang isu royalti minyak! Astaghfirullah....Kubur dah kata mari ni!
            Lain pula kenyatan Hadi Awang. Bagi Hadi, Nasa kini adalah ahli biasa yang langsung tak ada 'standard' di sisi masyarakat umum apatah lagi di kalangan pemimpin negara. Punyalah sombongnya bahasa Hadi Awang ini. Ini ternyata apabila Hadi mengatakan: ''Dia ahli biasa Pas. Sangat malang bagi UMNO tiada orang, terpaksa ambil bantuan ahli biasa Pas,'' [di sini]
            Jadi, mengapa Pas marah kalau ada pihak mengatakan sistem pemerintahan Pas adalah diktator. Malah bagi penulis, bukan setakat itu, sistem Pas itu juga sistem zaman pra-sejarah dan tidak mengikut sunnah Nabi (saw).
            Sedangkan Nabi pun berpesan agar umatnya menyediakan wasiat bertulis sebelum tidur. Perkataan 'bertulis' itu sudah ada sejak zaman Nabi lagi, menagapa pula zaman Nik Aziz bertegas mengatakan 'hitam-putih' tidak penting.! Jadi, kecaman sesetengah pihak mengatakan bahawa tindakan Pas terhadap Nasa itu amat kejam adalah tepat dan jelas.
            Dan, jika Hadi Awang mengatakan amat malang Umno (Datuk Seri Najib) menggunakan 'khidmat' orang terbuang (ahli biasa) Pas, bagi penulis pula adalah amat malang lagi bagi mereka yang masih membontot mazhab Pas yang ternyata perjuangan Islamnya hanyalah 'mainan di bibir', kucar kacir, bersultan di mata beraja di hati!
            Yang pasti, tanpa hitam putih, Nasa masih Ahli Majlis Syura.! Mengapa Pas takut nak keluarkan surat hitam putih? Ada hal ni....


Jagindas: Apa nak jadinya orang melayu ni, bukannya semakin codek....

TUN M: NAJIB HARUS BERUNDUR (?)


Jika Gagal Menang Majoriti Besar PRU13

BAGI penulis ia terlalu awal bagi Tun Dr. Mahathir (Tun M) untuk memberi nasihat kepada Datuk Seri Najib Razak agar beliau mengundur diri sekiranya Najib gagal mendapat majoriti besar dalam pilihanraya ke 13 nanti. Terlalu awal. Malah, tindakan itu juga bagi penulis tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang bekas perdana menteri yang berpengelaman luas. [ di sini]
            Tun M sendiri sedia maklum akan keadaan politik tanah air sejak Tun Abdullah mengambil alih pemerintahan selepas persaraanya sehinggalah sekarang. Secara kiasnya, Najib mengambil alih pemerintahan negara daripada tangan Tun Abdullah ketika suasana politik dan sosial negara dalam keadaan nazak.

KHALID CUMA MAIN-MAIN, ITU SAJA..

KHALID: Aku main-main jer... itu ajer...

Akhirnya Makan Diri....

KENYATAAN Menteri Besar (MB) Selangor kelmarin bahawa negeri itu akan membubarkan Dewan Undang Negeri (DUN) Selangor lebih awal hanyalah main-main sahaja, demikian disahkan oleh MB-nya sendiri, Tan Sri Khalid Ibrahim, semalam.
            Kononnya beliau berbuat demikian sebagai provokasi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berikutan rasa tidak sabarnya menantikan pengumumnan tarikh pilihanraya umum ke 13. Kahlid ingat otak Najib macam otak bengal dia! hahahahaha... kesiannn..
            Macam budak-budak. Itulah reaksi orang ramai terhadap Khalid. Agaknya, selama ini apa saja yang dicakap beliau dalam urusan pentadbirannya juga adalah main-main. Barangkali, janji-janji beliau kepada rakyat Selangor jika dan apabila memerintah negeri itu juga adalah main-main.
            Apa sudah jadi? Dengan sikap main-main itu, Kahlid kini berhadapan dengan banyak saman dan tuntutan daripada rakyatnya sendiri. Khalid kata, dia bersedia hadapai saman-saman tersebut. Barangkali, Kahlid akan jawab: "Saya cuma main-main saja, tuan hakim. Mana saya mampu nak buat semua itu". Siaplah kau Khalid..
            Wah, senangnya Khalid memerintah. Dia sekadar main-main tetapi rakyat menanggung pelbagai derita. Isu air, isu sampah, isu penempatan, isu aktiviti niaga haram dan pelbagai isu lagi yang ditanggungi oleh rakyatnya. Namun Kahlid cuma main-main.!
            Berbeza dengan Guan Eng. Dia tidak main-main...Hah, jangan main-main dengan dia!


Jagindas: Kesian rakyat Slangor dapat Menteri Besar yang main-main!