Jumaat, 1 Februari 2013

APA KEDUDUKAN SEBENAR NASHARUDDIN MAT ISA?


Masih Sahkah Dalam Majlis Syura?

KALAU MENURUT kata Nik Aziz, pemecatan Nasharudin Mat Isa (Nasa) tidak perlu mengikut prosedur 'hitam putih'. Keputusan lisan pemimpin atasan sudah mencukupi malah digunapakai sebagai 'dokumen' yang sah [baca di sini].
            Dakwa Mursyidul Am Pas itu lagi, Nasharudin (atau barangkali mana-mana ahli PAs pun) tidak perlu menunggu atau menerima apa-apa surat berkaitan tindakan tatatertib ala Pas itu.
            "Soal surat sampai ke tidak, ia nombor dua. Yang penting ijab dan kabul sudah berlaku. Lafaz cerai pun sudah. Walaupun surat cerai tidak sampai, daripada segi hukum dan adatnya cerai tetap berlaku dan sah,"
            Lihatlah perbandingan yang diberikan Nik Aziz. Perbandingan yang tidak relevan dengan kes. Semudah itukah pemimpin-pemimpin Pas meletakkan hukuman? Patutlah sederas kilat Nik Aziz menjatuhkan hukuman kepada Najib sebagai ahli neraka ( di sini) hanya kerana tidak mengikut kemahuan Pas tentang isu royalti minyak! Astaghfirullah....Kubur dah kata mari ni!
            Lain pula kenyatan Hadi Awang. Bagi Hadi, Nasa kini adalah ahli biasa yang langsung tak ada 'standard' di sisi masyarakat umum apatah lagi di kalangan pemimpin negara. Punyalah sombongnya bahasa Hadi Awang ini. Ini ternyata apabila Hadi mengatakan: ''Dia ahli biasa Pas. Sangat malang bagi UMNO tiada orang, terpaksa ambil bantuan ahli biasa Pas,'' [di sini]
            Jadi, mengapa Pas marah kalau ada pihak mengatakan sistem pemerintahan Pas adalah diktator. Malah bagi penulis, bukan setakat itu, sistem Pas itu juga sistem zaman pra-sejarah dan tidak mengikut sunnah Nabi (saw).
            Sedangkan Nabi pun berpesan agar umatnya menyediakan wasiat bertulis sebelum tidur. Perkataan 'bertulis' itu sudah ada sejak zaman Nabi lagi, menagapa pula zaman Nik Aziz bertegas mengatakan 'hitam-putih' tidak penting.! Jadi, kecaman sesetengah pihak mengatakan bahawa tindakan Pas terhadap Nasa itu amat kejam adalah tepat dan jelas.
            Dan, jika Hadi Awang mengatakan amat malang Umno (Datuk Seri Najib) menggunakan 'khidmat' orang terbuang (ahli biasa) Pas, bagi penulis pula adalah amat malang lagi bagi mereka yang masih membontot mazhab Pas yang ternyata perjuangan Islamnya hanyalah 'mainan di bibir', kucar kacir, bersultan di mata beraja di hati!
            Yang pasti, tanpa hitam putih, Nasa masih Ahli Majlis Syura.! Mengapa Pas takut nak keluarkan surat hitam putih? Ada hal ni....


Jagindas: Apa nak jadinya orang melayu ni, bukannya semakin codek....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.