Jumaat, 1 Februari 2013

TUN M: NAJIB HARUS BERUNDUR (?)


Jika Gagal Menang Majoriti Besar PRU13

BAGI penulis ia terlalu awal bagi Tun Dr. Mahathir (Tun M) untuk memberi nasihat kepada Datuk Seri Najib Razak agar beliau mengundur diri sekiranya Najib gagal mendapat majoriti besar dalam pilihanraya ke 13 nanti. Terlalu awal. Malah, tindakan itu juga bagi penulis tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang bekas perdana menteri yang berpengelaman luas. [ di sini]
            Tun M sendiri sedia maklum akan keadaan politik tanah air sejak Tun Abdullah mengambil alih pemerintahan selepas persaraanya sehinggalah sekarang. Secara kiasnya, Najib mengambil alih pemerintahan negara daripada tangan Tun Abdullah ketika suasana politik dan sosial negara dalam keadaan nazak.
            Najib dan bala tenteranya terpaksa berhempas pulas membetulkan keadaan. Bukan senang membaiki labu tanah yang sudah retak dan pecah. Jika tersilap percaturan, akan menjadi tikus membaiki labu. Alhamdulillah, Allah Taala masih menumpahkan kasihnya kepada Barisan Nasional (BN) kerana nampaknya Najib mampu bertahan malah sudah menampakkan kejayaan. Cuma, pilihanraya ke 13 (PRU13) nanti akan dijadikan kayu ukur kekuatan Najib yang juga membayangkan kekuatan BN.
            Itu pun, PRU13 tidaklah tepat dikatakan sebagai kayu ukur untuk mengukur kekuatan Najib, kerana kejujuran pemilih memilih calon-calon yang bertanding masih boleh dipertikaikan. Di saat-saat akhir, seseorang pengundi yang mengundi calon A atas tiket parti B, belum tentu dia sebenarnya menyokong A dan partinya.
            Justeru, untuk sehingga pilihanraya berlaku dan beberapa hari selepasnya, Tun M tidak sepatutnya menyuarakan pandangan sebegitu. Walupun ia adalah pandangan peribadi, namun Tun bukanlah peribadi sembarangan. Sama ada masih kelabu atau hitam warnanya, semua yang menyokong BN sewajarnya memberikan suara-suara sokongan yang kuat dan kental. Itulah saja senjata yang ada di saat-saat akhir seperti ini.
            Lainlah, apabila keputusan telah diumumkan dan ia tidak memihak atau menunjuk pencpaian yang tidak memberangsangkan, maka siapa pun berhak memberikan pandangan demi kesejahteraan masa depan negara. Siapa sahaja berhak, asalkan pendangan itu membina dan beradab.
            Lagi pun, kenapa mesti Muhyiddin Yassin? Kerana secara tradisinya dalam BN dan UMNO begitu atau kerana Tun M sudah tidak sabar untuk menaikan Tan Sri Muhyiddin setlah merasakan tersilap menyokong Najib sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah sebelum ini.
            Kalau tradisi, mengapa perlu mematuhi tradisi jika ia belum tentu memberikan 'tuah?' Apa salahnya kalau kita cadangkan Mukhris Mahathir sahaja biarpun beliau hanya anggota biasa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno. Rosakkah organisasi BN/Umno jika tradisi itu kita langkahi?
            Ini bukan kali pertama Tun bercakap secara terbuka tentang pemerintahan Najib. Adakalanya, rakyat tidak begitu selesa dengan cara Tun menegur itu. Penulis juga pernah mengulas perihal teguranTun M sebelum ini  di sini.
            Tun M, memang kita perlu menang besar dalam PRU13 ini! Sokongan Tun yang tidak pernah kenal erti letih itu amat kami kagumi.

Jagindas: Najib jangan kecik hati, orang tua memang macam tu...., tapi niat dia baik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.