Mesti Sedia Terima Hukuman Perbuatan Sendiri
![]() |
| "SELAMAT BERJUANG PERWIRAKU.." Gambar Ihsan Utusan Malaysia |
SEHINGGA hari ini cakap-cakap
mengenai isu insiden pencerobohan bersenjata di Sabah masih menjadi pilihan
utama masyarakat tempatan. Bagi yang memahami undang-undang dan peraturan, mereka
memberikan komen yang bernas terhadap cara dan teknik Malaysia menangani isu tersebut.
Macam
biasa, bagi mereka yang tidak arif selok belok ancaman luar apa lagi yang
membabit isu antara bangsa, kumpulan ini merasakan Malaysia begitu berlembut
mendepani insiden itu. Seharusnya mereka ini dimaaafkan dan kita yang
memahaminya pula bertangungjawab menjelaskan kedudukan sebenar.
Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur
Misuari, yang melatah menafikan
anggotanya tidak terlibat dalam apa bentuk bantuan terhadap isu itu, segera menawarkan
diri untuk menjadi orang tengah menyelasaikan komfrantasi yang melanda antara
puak yang mengakui waris Kesulatanan Sulu dengan negera Malaysia.
Nur
Misuari dilihat cuba menjadi jaguh dengan membuat saranan bodoh supaya
kedua-dua pihak kembali berunding sedangkan Malaysia telah dan sedang di serang
setelah kira-kira tiga minggu menwarkan pelbagai rundingan 'kemanusiaan'.

.jpg)


