Rabu, 6 Mac 2013

AYUHLAH BERSAMA MENENTANG PENGKHIANAT NEGARA

Persembahkan Taat Setia Kita Kepada Negara
GAMBAR HIASAN: ihsan Utusan Malaysia

APA-APA PUN sebelum penulis menulis entri seterusnya, penulis terlebih dahulu memulakan dengan doa agar Allah swt terus memberikan kekuatan kepada anggota keselamatan negara yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara. Dan, Fatihah buat mereka tang gugur di medan juang. Kepada ahli keluarga yang ditinggalkan semoga anda semua tabah menghadapi ujian Allah ini. Aminn...

            Pertama, penulis ucapkan syabas kepada rakan-rakan yang membuat laporan polis serta berdemostrasi (aman) bagi menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap rakyat negara ini yang memperleceh serta menabur fitnah dengan menggunakan isu pencerobohan bersenjata di Sabah.
            Mereka itu memang kurang ajar dan memang tidak layak duduk di Malaysia apa lagi untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia.
            Penulis juga terkilan kerana masih ada yang kaku dan beku mendiamkan diri bagaikan tidak tahu menahu apa yang sedang berlaku terhadap negara di mana tempat mereka berteduh, bernaung dan senang lenang mencari makan.
             Dalam hal-hal keselamatan negara pun nampaknya sentimen politik dan ras masih tebal, masih memusat kepada kepentingan diri sehingga. Seolah-olah apa saja yang buruk berlaku kepada negara ia adalah tangunggjawab sepenuhnya kerajaan Basrisan Nasional (BN) khususnya melayu dan bumiputera Umno.
            Seolah-olah yang menyalak-nyalak menyusahkan kerajaan selama ini memberi isyarat 'syukur' terhadap serangan penceroboh itu dan meletakkannya sebagai 'bala' kepada kerajaan yang memerintah.
            Bagaikan, jika negara terus huru-hara atau sengaja dihuru-harakan, puak-puak berkenaan akan terjamin dan selamat serta bebas bergerak dan berpolitik. Kalau benar sekalipun dakwaan itu, tidakkah itu memberi isyarat bahawa puak-puak itu ada 'pelindung' di belakangnya?
            Sehingga hari pun, penulis turut kesal kerana kelompok-kelompok rakyat lain turut membisu seribu bahasa. Takut? Atau di arahkan menutup mulut? Atau sama sahaja gerak hati mereka dengan pihak lawan? Apapun kemungkinan sebarang boleh jadi jika diperlihatkan dari zahirnya.
            Bila negara aman, macam-macam yang diminta. Dibentak-bentak. Namun, apabila musibah datang, semua mengecutkan 'teloq' seolah-olah itu bukan tanggungjawab bersama. Seolah-olah, pasukan keselamatan telah diberikan amanah, maka biarlah mereka sahaja yang menguruskannya! Begitukah?
            Justeru, tidakkah perlu rakyat menunjukkan kebulatan suara dan kesepakatan hati bahawa bumi bertuah ini tidak boleh dicemar atau dikotak katikkan kedaulatannya?
            Dengan lain kata, hanya yang menyokong kerajaan sahajakah yang sewajarnya membuat protes terhadap musibah-musibah yang menimpa negara seperti pencerobohan bersenjata ini? Begitu?
            Kata orang tua-tua, kalau hendak kenal sahabat dan saudara adalah ketika kita sedang menghadapi sesuatu kesusahan atau musibah. Demikianlah keadaannya rakyat yang mebgaku rakyat 'setia' di negara ini.
            Sudah terang lagi bersuluh. Ramai musang yang berbulu ayam. Tak kurang juga yang menyamar dan berpura-pura 'baik'.  Jadi, terpulang kepada sudara-saudara rakyat jelata mentafsirkannya...


Jagindas: Itulah bukti dan tanda bahawa tanah ini adalah tanah kita dan kitalah Tuannya.  Jangan berpaling lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.