Khamis, 7 Mac 2013

PENCEROBOH JANGAN TEGAKAN BENANG BASAH

Mesti Sedia Terima Hukuman Perbuatan Sendiri
"SELAMAT BERJUANG PERWIRAKU.."
Gambar Ihsan Utusan Malaysia

SEHINGGA hari ini cakap-cakap mengenai isu insiden pencerobohan bersenjata di Sabah masih menjadi pilihan utama masyarakat tempatan. Bagi yang memahami undang-undang dan peraturan, mereka memberikan komen yang bernas terhadap cara dan teknik Malaysia menangani isu tersebut.
            Macam biasa, bagi mereka yang tidak arif selok belok ancaman luar apa lagi yang membabit isu antara bangsa, kumpulan ini merasakan Malaysia begitu berlembut mendepani insiden itu. Seharusnya mereka ini dimaaafkan dan kita yang memahaminya pula bertangungjawab menjelaskan kedudukan sebenar.
            Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari, yang melatah menafikan anggotanya tidak terlibat dalam apa bentuk bantuan terhadap isu itu, segera menawarkan diri untuk menjadi orang tengah menyelasaikan komfrantasi yang melanda antara puak yang mengakui waris Kesulatanan Sulu dengan negera Malaysia.
            Nur Misuari dilihat cuba menjadi jaguh dengan membuat saranan bodoh supaya kedua-dua pihak kembali berunding sedangkan Malaysia telah dan sedang di serang setelah kira-kira tiga minggu menwarkan pelbagai rundingan 'kemanusiaan'.
               Sebagai orang yang telah banyak mengalami soal-soal pemberontakan dan gerila di negaranya sendiri, Misuari sebenarnya faham stuasi itu bahawa tidak mungkin berlaku lagi perundingan melainkan pihak yang menceroboh bersedia untuk menyerah diri.
            Kejayaan Malaysia 'mendamaikan' konflik Bangsa Moro di Selatan filipina dengan kepimpinan Filipina baru-baru ini berangkali mencabar kejantanan Misuari tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa berikutan segala-galanya berjalan menerusi meja perundingan dan mengikut peraturan-peraturan yang digunapakai oleh antarabangsa.
            Percaturan puak penceroboh mengharap kerajaan Filipina turut akan rakus dengan tuntutan mereka itu terhadap Melaysia meleset sama sekali apabila Filipina sma sekali tidak merestui kebiadapan kumpulan terbabit sebaliknya Filipina menyokong apa saja lngkah dan tindakan yang Malaysia perbuat demi mempertahankan negara Malaysia. Dengan kata lain, perbuatan puak penceroboh itu benar-benar telah memalukan Filipina dan cuna mengheret negara itu ke kancah peperangan.
            Ini bermakna, kerajaan Filipina memahami ketermaktuban sejarah bahawa Sabah menjadi hak Malaysia serta hak-hak yang terlucut selepas itu bagi kesultanan Sulu. Meski Filipina tahu betapa 'indahnya' jika Sabah dapat dimiliki, namun negara itu sama sekali menolak peperangan sebagai jalan mencari kekayaan dan kesenangan untuk rakyatnya.
            Nyata pemimpin dan rakyat Filipina secara keseluruhannya bukan sahaja menghormati kedaulatan Malaysia dan pengisytiharan antara bangsa tetapi juga menolak peperangan dan pertumpahan darah sebagai usaha memperoleh kepentingan sesebuah negara.
            Berita tengah hari tadi yang menyatakan puak pengganas bersedia untuk menggencatkan senjata dengan syarat Malaysia turut memberikan reaksi yang sama, selapis pandang dilihat sebagai langkah pertama ke arah penyelesaian diplomasi seperti mana yang diharapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap kedua-dua pihak.
            Barangkali, sudah sampai rasa terdesak dan menyesalnya mereka apabila Malayasi sedang menyiapkan kertas siasatan dan pertuduhan untuk mengakstradiksi 'orang-orang' kuat puak itu untuk dihakimi di Malaysia atas berlakunya insiden pencerobohan tersebut. Selain Kiram lll ramai lagi yang mungkin akan diminta Malaysia supaya kerajaan Filipina serahkan mereka kepada negara ini. Barangkali juga Nur Misuari tidak terkecuali. Demikian juga, kenyataan yang dibuat oleh media asing termasuk Reuters dan perisikan Filipina yang mengkaitkan orang-orang tertentu di Malaysia turut terbabit sehingga berlakunya insiden pencerobohan bersenjata itu.
            Pun begitu, langkah itu tidaklah semudah itu puak terbabit mendesak atau mensyaratkan tawanan-tawanan jenayah yang ditahan oleh anggota keselamatan Malaysia dipulangkan begitu sahaja sebelum di adili oleh perundangan Malaysia. Ini kerana 'peperangan' sudah pun berlaku dan banyak nyawa telah terkorban. Berapa banyak nyawa puak penceroboh yang mati, tidaklah kita sesali tetapi nyawa pejuang Malaysia yang mempertahankan negaranya daripada diceroboh tidak boleh dipandang sebagai kemalangan semata.
            Dan menurut berita terbaru hari ini, dari sudut ketenteraan, Menterinya, Datuk Zahid Hamidi, sebagai berkata menolak tawaran gencatan senjata itu kerana menyifatkan apa yang telah berlaku adalah 'keganasan pengganas'. Manakala dalam perkembangan lain, Perdana Menteri, DS Najib Razak, mahu semua pengganas menyerah diri terlebih dahulu sebelum apa-apa perundingan seterusnya dijalankan. 
            Yang berlaku sudahpun berlaku. Pelanggaran undang-undang dan peraturan juga tetap diambil kira. Tiada siapapun boleh terlepas atau dilepaskan begitu sahaja. Apapun, keamanan sejagat adalah matlamat yang ingin kita capaikan demi kebaikan kedua-dua pihak dan rantau asia seluruhnya.

Jagindas: Itulah akibat kalau sudah terlajak perahu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.