Selasa, 5 Mac 2013

HAPUSKAN SEMUA PETUALANG DAN DALANG

Demi Kesejahteraan dan Kedaulatan Negara


Gambar Hiasan
APA yang penulis paparkan ini tidak menggambarkan pengamatan masyarakat cina keseluruhannya. Namun, penulis rasa luahan yang Kelvin itu barangkali juga diperolehinya semasa bercakap-cakap dengan kelompok masyarakatnya sendiri.
            Penulis sengaja mencuit isu pencerobohan bersenjata di Sabah untuk melihat reaksi pandangan dari perpektif 'orang cina' terhadap isu itu kerana sebelum ini beberapa pandangan masyarakat melayu telah penulis paparkan.
            Menurut Kelvin, kejadian itu mungkin juga berlaku di atas kesilapan Malaysia sendiri yang berpunca dari beberapa tahun lalu. Katanya, suatu masa dulu negara membenarkan ramai pendatang asing dari luar khususnya Filipina. Semua di buat atas niat yang baik iaitu atas dasar kemanusiaan.
              Barangkali, kesempatan itu telah diambil oleh pihak terbabit untuk mengumpulkan 'orang-orang'  mereka sebagai persediaan jangka panjang. Mereka sudah bertapak sekian lama dan kita mungkin terperangkap kerana tidak mengetahui atau tidak dapat menjangka niat sebenar dan hasrat mereka itu yang telah lama terpendam.
            Pada masa sama katanya, penduduk tempatan di Sabah juga memang tidak menyenangi lambakan pendatang asing itu (Filipina) kerana dirasakan mereka telah 'menghimpit' pelbagai masalah termasuk sumber pencarian penduduk tempatan.
            Isu di mana baru-baru ini kerajaan mengkaji semula dan mengetatkan pemberian taraf kerakyatan serta kad pengenalan kepada pendatang asing turut menaikan kemarahan puak-puak terbabit dan ia barangkali umpama bom jangka yang meletop lebih awal.
            Menurutnya lagi ura-ura mengatakan ada pihak tertentu dari dalam negara yang memberi perangsang dan sokongan terhadap insiden pencerobohan itu sebagaimana dilapor oleh unit risikan Filipina, jika benarlah dakwaan itu, bermakna langkah itu turut menjadi pemangkin sehingga membawa pencerobohan kepada pertumpahan darah. Seterusnya memberikan rasa tidak selesa, geram, marah dan bermacam-macam lagi kepada seluruh rakyat Malaysia.
            Katanya lagi, peristiwa pencerobohan ini amat mendukacitakan kerana ia berlaku menjelang pilihanraya. Mahu tidak mahu sampai masanya pilihanraya akan dibuat juga. Kalau kes di Sabah tidak segera selesai, ia menimbukan masalah terhadap PRU13.
            "Saya rasa mungkin ada orang mahu suasana tidak stabil ini berlaku. Ini boleh mendatangkan banyak kemungkinan akan berlaku selepas keputusan pilihanraya diumum.
            "Kita bimbang dengan isu ini nanti kalau siapa pun yang menang nanti, keadaan negara akan terus bergolak sebagai menunjukan rasa tidak puas hati antara kedua-dua pihak yang bertanding. Kalau ini terjadi negara kita akan jadi lemah dan rakyat akan dapat susah," katanya.
               Bagi Kelvin, semua orang politik tidak kira pihak lawan atau kerajaan mesti sayangkan negara ini. Tidak wajar kalau ada pihak yang sengaja menjemput orang lain untuk menghuru-harakan negara. Ini kerana, siapapun akan menang tidak akan dapat memerintah dengan berjaya jika negara terus dalam keadaan huru hara.
            "Kalau kita jemput pelabur datang itu sangat baik untuk negara dan rakyat, tapi kalau kita sengaja jemput orang ceroboh negara kita itu memang kerja orang tak ada akal, lebih teruk dari bodoh lagi!", katanya yang begitu kesal dengan insiden pecerobohan bersenjata di Sabah yang telah meragut banyak nyawa anggota keselamatan negara serta telah menyusahkan banyak pihak.
            Sebagai rakyat dan ahli perniagaan, Kelvin amat berharap semua petualang dan dalang dalam isu pencerobohan bersenjata ini dapat di hapuskan demi keselamatan rakyat dan kedaulatan negara Malaysia.



Jagindas:Ibarat bisul yang sudah pecah, kenalah rawat keluarkan semua nanah dan darah kotornya dan paling penting adalah PUNAT-nya mesti dihapuskan supaya bisul tidak berulang lagi! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.