 |
| NAJIB: Jelingan yang penuh makna.... |
Amanah Dalam Tugas, Sokongan
Kepada BN
DALAM satu majlis Perhimpunan Perdana
Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di Putrajaya kelmarin Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan beberapa berita baik yang bakal dinikmati
kira-kira 182, 434 kakitangan perkhidmatan awam membabitkan perbelanjaan RM1.5
Bilion.
Antaranya, menyambung
perkhidmatan kakitangan kontrak kepada setahun lagi, kenaikan gaji selangkah ke
hadapan, mensetarakan kedudukan pangkat serta gaji anggota polis dan tentera
dan beberapa insentif lain berkuatkuasa 1 Julai, 2013 ini.
Sebelum ini pun, dalam
bajet 2013 yang dibentangkan tahun lalu kerajaan juga telah bersetuju
memberikan pelbagai insentif berikutan memahami bebanan kerja yang ditanggung
oleh kakitangan awam seiringan dengan kemajuan negara dan tuntutan kos sara hidup semasa.