Ayuh! Hapuskan Kesemuanya!!
|
"Pemergian kalian kami iringi dengan doa..."
"PAGI SEMALAM, seorang anggota tentera kita
terkorban manakala tiga pengganas tumpas dihujung senapang pasukan keselamatan kita
dalam satu serangan hendap di Sungai Nyamuk dekat Tanjong Batu, Lahat Datu
kelmarin.
Pertempuran
itu dilapor berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi seperti yang dimaklumkan oleh
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain".
Yang
tiga ekor mampus itu tidak menjadi hal kerana bagi penulis kita memang mahu
mereka hapus semuanya. SEMUANYA! Yang menaikkan darah adalah setelah lapan anggota
keselamatan kita gugur dalam mempertahankan tanah air berdaulat ini, seorang
lagi dapat digugurkan mereka.
Penulis
harap dengan terkorbannya seorang anggota tentera ini, kedua-dua pasukan
keselamatan akan bertambah kental, gigih dan bertambah membara lagi semangat
juang mereka di medan sana. Perlu ada dendam yang membara. Perlu ada kesumat
yang tak akan cair pada bila-bila.
Jangan
berundur walau seinci. Hapuskan kesemuanya kerana kita tidak mahu tertinggal
walau sebiji benihnya!
Al-Fatihah
buat yang telah gugur. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat kepada
Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 Rejiman Askar
Melayu DiRaja (RAMD).
Jagindas: Terus berdoa
semoga kalian semua mendapat pertolongan daripada Allah swt demi agama, bangsa
dan negara tercita ini!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.