NAJIB: Jelingan yang penuh makna.... |
Amanah Dalam Tugas, Sokongan
Kepada BN
DALAM satu majlis Perhimpunan Perdana
Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di Putrajaya kelmarin Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan beberapa berita baik yang bakal dinikmati
kira-kira 182, 434 kakitangan perkhidmatan awam membabitkan perbelanjaan RM1.5
Bilion.
Antaranya, menyambung
perkhidmatan kakitangan kontrak kepada setahun lagi, kenaikan gaji selangkah ke
hadapan, mensetarakan kedudukan pangkat serta gaji anggota polis dan tentera
dan beberapa insentif lain berkuatkuasa 1 Julai, 2013 ini.
Sebelum ini pun, dalam
bajet 2013 yang dibentangkan tahun lalu kerajaan juga telah bersetuju
memberikan pelbagai insentif berikutan memahami bebanan kerja yang ditanggung
oleh kakitangan awam seiringan dengan kemajuan negara dan tuntutan kos sara hidup semasa.
Namun, apabila ia
diumumkan dengan pilihanraya umum, bagi yang berfikiran negatif keputusan niat
baik kerajaan ini tetap dipandang serong dengan mengkaitkannya sebagai langkah
halus kerajaan memancing undi golongan berkenaan.
Padahal, untuk membuat
sesuatu keputusan yang membabitkan peruntukan kewangan negara, kerajaan tidak
boleh terburu-buru kerana ia bukan untuk faedah semasa atau sementara tetapi
berkaitan dengan jaminan kerajaan terus memberikan pembiayaan yang wajar secara
berterusan tanpa menggugat ekonomi negara.
Di samping itu kesan dan
impaknya terhadap rakyat jelata yang lain turut diambik kira. Mereka sebenar
tahu masalah ini tetapi oleh sebab pemikiran sudah disetkan ke kiri, maka apa
sahaja niat dan usaha baik kerajaan tetap juga dipandang sipi.
Memang, tidak dinafikan
terdapat kakitangan awam yang cenderong pro-pembangkang dan keadaan ini menjadi
lebih ketara dengan jumlahnya semakin meningkat sejak pilihanraya umum ke 12.
Malah, kakitangan dalam sektor swasta terutama dalam koperat GLC (dimana
kerajaan berkepntingan) juga ramai yang pro-pembangkang.
Dengan pendapatan dan
kemudahan yang mereka nikmati itu, kita tidak dapat menelah secara logik
mengapa pemikiran begitu berlaku. Melainkan, mereka disifatkan sebagai manusia
yang tidak bersyukur, sombong dan tidak mengenang budi.
Meski penjawat awam
dituntut supaya bersikap berkecuali dalam erti kata menjalankan tugas dan
amanah mereka itu tanpa memilih bulu namun barang diingat, kedudukan mereka di
situ adalah atas kerajaan yang memerintah. Bermakna, ketika menjalankan tugas
mereka hendaklah bersikap berkecuali tetapi dalam hal sokongan terhadap
kerajaan sewajarnya mereka juga tidak berbelah bagi. Bahawa, antara tugas dan
sokongan adalah dua perkara yang berbeza.
Apa yang menyedihkan,
sudahlah apa saja nikmat yang diberikan kerajaan di sapunya, tugas pula tidak dilaksanakan
dengan penuh amanah bahkan pula menjadi penyokong tegar pembangkang. Paling
tidak pro-pembangkang. Mereka seperti inilah sepatutnya meninggalkan sahaja
sektor perkhidmatan awam (GLC juga) agar tidak menjadi duri dalam daging atau
merosakan nama baik sektor berkenaan.
Sebelum ini, penulis juga
pernah menulis hal yang sama terhadap penjawat awam ini agar memperbetulkan
sokongan mereka terhadap kerajaan di samping mematuhi etika kerja mereka demi
kehalalan pendapatan dan nama baik sektor awam itu sendiri di
sini
Jagindas: Memanglah tepuk dada tanya selera tapi janganlah
mengikut rasa selera sendiri sahaja....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.