Jumaat, 22 Mac 2013

SAKIT MULUT TIAN CHUA SEMAKIN MENAJDI-JADI


Nampaknya Dia Menang Nak Cari Gaduh!

HAIRAN juga! Pendakwaan telah dibuat di mahkamah. Atas teknikal perundangan akta keselamatan yang baru, Tian Chua di bebaskan sementara menunggu perbicaraan seterusnya sehinggalah mahkamah menjatuhkan hukuman. Tetapi tidak menjadikan mulutnya tersumbat atau terketar-ketar. Dia masih bertenaga dan bebas membawa fitnah yang sama ke hulu ke hilir.             Bermakna, sementara menunggu mahkamah bersidang demi sidang, sidang dan sidang Tian Chua mempunyai masa dan ruang yang banyak untuk menabur fitnah dan melebarkan hasutan demi hasutan. Kalau zaman akta ISA dulu (sebelum di mansuh dan digantikan akta yang baru) dia tentulah ketika ini sedang termangu-mangu di bilik rihatnya di Kemunting. Bertuahnya Tian Chua sekarang...
            Fitnah yang ditaburkannya amat mencabar orang-orang melayu khususnya UMNO. Apa sebenarnya semuanya ini? Kalau orang Melayu mengamuk kerana di rasuk jin Jebat pasti yang mengamuk itulah yang bersalah. Dan, kes Tian Chua barangkali akan menjadi kes 'sampingan'...
            Itukah sebenarnya yang ingin dilihat dan dinanti-nantikan oleh Tian Chua? Itu kah? Tidakkah pihak yang berkenaan dapat menyelami rasa dan 'derita' orang Melayu terhadap tohmahan-tohmahan yang dibuat oleh Tian Chua ini?
            Suatu masa dulu, Karpal Singh pernah berlaku biadap terhadap institusi raja di Malaysia. Sehingga kiyai hilang sabar demi menjaga maruah sultan dan martabat kesultanan Melayu langsung beliau menampar Karpal Singh. Al- Fatihah buat Kiyai Arshad.  Kiyai Arshad membawa bersamanyaMelayu sejati bersemadi di pusaranya. Tiada lagi Arshad ke 2...


Jagindas: Takut...! Cakap salah, tak cakap pun salah...

Khamis, 21 Mac 2013

PARLIMEN BUBAR 25 MAC ATAU 01 APRIL??


Ini Bukan Berita Karut, Tapi Nujum Pak Belalang

JANGAN PERCAYA! Khurafat! Main-main buat cuci minda boleh laaa..

SEORANG rakan tionghua berkata, nombor yang serasi dengan penulis ialah 'nombor 7' atau jumlah satu susunan nombor itu akhirnya adalah 7. Penulis terdiam sebentar kemudian tersenyum gelihati akan dakwaannya itu kerana telah menemui beberapa kebetulan.
            Tarikh lahir penulis susunannya berkahir dengan jumlahnya 7. Semasa bujang kerap pulak menyewa rumah nombor 7 atau dalam jumlah 7. Misalnya nombor 286=16=7 (kalau dijumlahkan).
            Sesudah berkeluarga pun begitu, rumah sewa yang no 7 paling lama diduduki. Dan, menariknya bila beli rumah sendiri pun, nombor rumah juga adalah nombor 7. Huh!
            Kalaulah DS Najib sama rasi macam penulis, mungkinkah beliau akan membubarkan parlimen pada 25.03.2013 ini? Cuba campurkan: 7+3+6=16=7 Hahahaha... tak mungkin. Sebab, Najib suka dengan nombor 11. Jadi apakah Najib akan bubarkan parlimen pada 01.04.2013? (1+4+6=11) hehehe, bila agaknya ye?

Jagindas: Macam menunggu bini nak beranak pulak!

Rabu, 20 Mac 2013

PROVOKASI LAMA DIULANG SEMULA

Yang di tengah tu nampak gebu subur macam pulau Mindanoa

Meraih Simpati Rakyat Sabah 

PERKHABARAN terbaru dari Filipina beberapa hari lalu menyebut bahawa Nur Misuari mendakwa Malaysia menjajah Sabah dan Sarawak di sini . Kenyataan ringkas tetapi cukup kurang ajar daripada Misuari itu mengingatkan penulis ketika zaman remaja dulu terhadap beberapa rakan sekolej dari Sabah dan Sarawak ketika itu kerap mengatakan orang Semenanjong sebagai penjajah yang menjajah kedua-dua negeri itu.
            Dan kononnya, mereka benci dengan orang Semenanjong. Mereka datang ke Semenanjong hanya kerana nak belajar, itu saja. Dan, kebanyak mereka yang belajar di Semenanjong pula adalah anak orang kaya-kaya dan dibiaya pula secara mewah oleh "Yayasan Sabah".

SAPU BERSIH PATI

Gambar Hiasan: Sampai bila nak buang masa buat 
kerja-kerja 'jaga orang'

Sentiasa 'Perhati' Semua Pekerja Asing

PENULIS amat menyokong usaha berterusan pihak berkuasa membanteras kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) dan pelancong yang menyalahgunakan Pas Pelawat malah rakyat Malaysia seluruhnya juga wajar membantu tindakan tersebut. Jangan sesekali ada pihak yang 'membela-bela' mereka ini.
            Pengalaman kebanjiran Pati di Sabah dan Sarawak sehingga memberikan sedikit kesukaran kepada anggota keselamatan menjalankan tugas mereka menumpaskan penceroboh bersenjata di Lahat Datu sewajarnya memberikan satu pengajaran yang amat serius.