Contoh Borang Pencalonan |
Macam Dah Tak Ada Orang Lain.....
SEORANG rakan memberi tahu,
kononnya seorang Ketua Bahagian telah menghantar cadangan nama-nama calon untuk
dipilih oleh Pengerusi BN negeri untuk PRU 13 ini bagi DUN kawasannya.
Nama-nama itu katanya adalah: Dirinya sendiri, Isterinya, Anaknya, menantunya
dan seorang biasa. Yang terpilih adalah anaknya.
Lalu
penulis tanya: "Mana kamu dapat
maklumat ini?" Dia kata: "Ada
orang bagi tau dia.."
Maka
penulis kata: "Maklumat kamu tak
boleh dipakai. Maklumat macam ini boleh buatkan orang marah tak tentu pasal! Lain
kali dapatkan salinan surat cadangan itu, barulah boleh buat cerita...."
Musim-musim
macam ini memang ada macam-macam cerita. Ada yang boleh didengar tapi tak boleh
dipercayai. Ada yang langsung tak boleh didengar. Biasalah...
Justeru, berhati-hatilah apabila mendengar apa saja cerita dimusim kempen ini. Ada akal guna. Jangan macam robot. Kena tapis berlapis-lapis agar tidak terperangkap.
Setakat ini BN lah yang terbaik, maka jangan pening-pening kepala nak fikir. Macam-macam dah yang kita dengar. Macam-macam pulak yang dah kita lihat. Maka pilih sahajalah BN bila mengundi nanti. Selamat, aman sejahtera.
Jagindas: Tapi kalaulah betul maklumat itu.... mak datok
oiiii, apa punya gila dan tamaknya sipolan nih!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.