Jika PR Tolak Pas dan Pas Tolak BN
PELBAGAI Pihak memberikan pandangan balas terhadap cadangan pengerusi DAP,
Karpal Singh,supaya pihak pendaftar pertubuhan membatalkan mana-mana pertubuhan,
NGO dan parti politik yang berteraskan
agama atau kaum (baca di sini).
Memanglah, Karpal, adalah
antara pemimpin pembangkang yang sering turut terikut-ikut memainkan isu agama
(Islam) dan kaum dalam isu-isu politik yang dijeritkannya. Barangkali juga
beliau memang sengaja berbuat demikian kerana porovokasi memang sudah menjadi
mainan puak-puan pembangkang.




