Khamis, 7 November 2013

MUNGKINKAH PAS AKAN TERKONTANG KANTENG

Jika PR Tolak Pas dan Pas Tolak BN

PELBAGAI Pihak memberikan pandangan balas terhadap cadangan pengerusi DAP, Karpal Singh,supaya pihak pendaftar pertubuhan membatalkan mana-mana pertubuhan, NGO  dan parti politik yang berteraskan agama atau kaum (baca di sini).
            Memanglah, Karpal, adalah antara pemimpin pembangkang yang sering turut terikut-ikut memainkan isu agama (Islam) dan kaum dalam isu-isu politik yang dijeritkannya. Barangkali juga beliau memang sengaja berbuat demikian kerana porovokasi memang sudah menjadi mainan puak-puan pembangkang.

Rabu, 6 November 2013

AYAM TERLEPAS TANGAN BAU TAIK!

Pastikan Ayam Lapar Sebelum Disembelih

DALAM satu post di muka buku (fb) penulis, seorang rakan fb menurunkan komennya yang antara lain menyatakan jika mahu menyembelih ayam, elakkan daripada memberinya makan terlebih dahulu. Dengan kata lain, jika ditakdirkan ayam itu terlepas ketika dalam genggaman dikhuatiri ia akan melepaskan najisnya sebelum berlepas pergi.
            Komennya itu sebagai mengulas peribahasa yang penulis catatkan: AYAM TERLEPAS TANGAN BAU TAHI. Komen itu juga mendapat perhatian daripada Tan Sri Nordin Kardi yang menyifatkan satu terjemahan yang baru dan hebat. Langsung dikatakannya, beliau belum pernah membaca atau mendengar satu terjemahan sehebat itu.

Selasa, 5 November 2013

TAHNIAH: PAS MENANG PRK SG LIMAU (N20) KEDAH

Sumbangan BN Mudahkan Kerja Wakil Rakyat

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (N20), Sg Limau, Kedah ,semalam memihak kepada Pas dengan keputusannya seperti berikut : Pas :12,105 | Bn : 10,998 | Rosak : 123 Dari borang 14..Majoriti 1,107. Atas kehendak Allah Taala, tiada siapa pun boleh menghalangnya biar segunung intan sekalipun dicurahkan namun apa pun keputusannya tetap kepunyaan Allah jua.

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

Zahid Hamidi
Sebab Pagarnya Memang Jenis Makan Padi

BUKAN MAIN ghairah lagi pihak berkuasa memberkas pendatang asing yang berkerja sebagai pengawal keselamatan di negara ini, khususnya mereka yang menggunakan identiti palsu. Bukan itu sahaja, malah mudah benar memberkas mereka bagaikan si-nelayan sudah mengetahui lubuk ikan. Dah macam-macam cerita keluar....Repoter pun dah lenguh jari nak taip story. OK, OK, bagus dan tahniahlah! Rakyat bangga dengan anda semua.