![]() |
| Abdullah Sa'amah |
Samanlah Secara Profesional, Telus dan
Ikhlas Bertugas
MEMBACA
kekesalan Tuan Guru Abdullah Sa’amah, ‘ pengasas
Pondok Genting Tumpat, di Kelantan, terhadap tindakan pegawai Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) menyebarkan video di youtube
yang beliau di saman, penulis turut rasa kecewa juga. Pada dasarnya, isu tindakan
pegawai JPJ terbabit tidaklah sebesar
mana. Paling tidak hasrat mereka adalah untuk memberi tahu umum bahawa pihak JPJ
tidak memilih bulu jika mengambil tindakan kepada pesalah pengguna kenderaan
bermotor termasuklah terhadap seorang tok guru yang disegani. Jadi marilah kita
ucapakan syabas kerana anda (JPJ) tegas atau sekurang-kurangnya baru mahu mula belajar
tegas. Beritanya baca (di sini). Video-nya pula di sini.


