Kerana Sistem Penyampaian Yang Lemah
ANTARA perkara yang menjadi heboh di kalangan rakyat Malaysia hari ini adalah isu Cukai
Barangan Dan perkhidmatan (GST) dan Hukum Hudud. GST diilhamkan oleh kerajaan setelah
mengambil kira kebaikan dan faedahnya kepada negara dan rakyat berdasarkan
lebih 160 negara yang telah mengamalkannya manakala ‘hudud’ pula hasil
perancangan parti Pas yang didakwanya merupakan salah satu daripada hasrat
parti itu dalam usaha merealisasikan sistem perundangan (jenayah) Islam sesuai
dengan konsep dan prinsip negara ini yang meletakkan Islam sebagai agama resmi.


