Kerja Tak Ada Nak Bayar Dengan Apa?
MENTERI berkenaan sudah mula bising
kembali apabila sejumlah besar peminjam
PTPTN masih belum membuat sebarang pembayaran semula walau sesen pun setelah
mereka terbabit tamat belajar. Khabarnya berbilion ringgit terbeku begitu
sahaja.
Bagi yang sudah bekerja dengan
pendapatan bawah RM1,000 sebulan tentulah tidak mampu membayar berdasarkan
jadual pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN. Apatah lagi jika mereka berada di
bandar. Demikian juga yang berpendapatan bawah RM2,000. Tiada bezanya. Sewa
bilik (jika bujang) paling tidak RM300 sebulan – belum kira bil eletrik, air,
kos pengangkutan dan keperluan hayat seharian iaitu makan minum dan pakaian.
Bagi yang mak bapaknya dalam
status berada, barangkali mereka ini agak tenang sedikit. Setelah menolak pelbagai
kos utama, barangkali mampulah mereka membayar dalam lingkungan RM150 – 200 sebulan.
Jika pihak berkenaan mewajibkan
juga bayaran ikut jadual, maka golongan ini nampaknya akan terus berada dalam
status miskin untuk jangka panjang. Memiliki rumah sendiri, berumah tangga dan
memiliki kereta hanya tinggal mimpi.
Ok lah tu. Sekurang-kurangnya
mereka sudah berkerja. Paling tidak bab makan minum dan pakaian tidak lagi
menyusahkan keluarga. Bagaimana yang masih menganggur? Bagaimana yang masih
berkerja sekejap di sana dan sekejap di sini? Bunyinya macam sudah bekerja
tetapi gajinya tak sampaipun RM900 sebulan. Gaji minima? Kalau kompeni kecil
mana larat dia nak bayar gaji setaraf itu....
Saya faham, bukan mereka tak nak
bayar tetapi mereka masih belum ada jaminan hidup! Betul, jasa kerajaan
(pinjaman PTPTN) telah menyebabkan mereka sehingga dapat menggenggam sijil,
diploma mahupun ijazah. Dan selepas itu tentulah mereka perlukan kerja tetap
dan setara bagi membolehkan mereka membayar pinjaman tersebut.
Pada masa sama ada pihak yang
menggalakkan orang muda segera mengambil peluang untuk membeli rumah menerusi
skim-skim yang dibuat kerajaan. Yalah tu....
Apa boleh buat...buakn salah ibu mengandung...
Apapun, bagi yang sudah bekerja tetap dan memperoleh pendapatan yang agak
stabil, cuba-cubalah belajar membayar. Kalau tak mampu RM300 sebulan,
barangkali RM100 bulan kan? Yang penting kita ada usaha untuk mengingati jasa
orang lain.
Namun, bagi yang kais pagi makan
pagi dan kais petang makan petang, berjumpalah pihak yang bertanggungjawab.
Luahkanlah apa yang terbuku....
Jagindas: Hanya mampu kesian...Belumpun berkerja sudah menanggung hutang...