Rabu, 11 Julai 2012

KOMPLEN ORANG BESAR, KOMPLEN ORANG KECIL

Berbudibicara Janganlah Sampai Menyusahkan Orang Lain Pula..


[GAMBAR HIASAN]

SEORANG jiran saya menjalankan perniaga ayer batu kiub. Dia memiliki lori sendiri dan menjualnya dari kedai ke kedai, gerai ke-gerai, restoran dan pasar-pasar selain membekalkan bahan tersebut kepada penduduk setempat yang memerlukannya. Satu-satunya anak muda melayu yang masih bertahan dalam perniagaan itu di pekan kecil ini. Saya bangga dengan kecekalannya.
            Suatu petang dia meluahkan marahnya kepada saya terhadap pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan  ke atas peniaga-peniaga tumpangan yang berniaga di tepi-tepi pasar di  tempat petak letak kereta sehingga menghalang orang ramai menggunakan kemudahan awam tersebut.
            Menurutnya, beliau menghadapi kesukaran untuk menghantar ais kepada peniaga-peniaga dalam pasar berikutan lorinya tidak boleh  merapati bangunan pasar.
            "Banyak kali dah bagi tahu kepada pihak terbabit supaya mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan kerana ia menyusahkan pengguna lain tetapi tiada sebarang tindakan yang dibuat mereka" katanya dengan nada kesal.
            Memang betul dakwaannya, setiap kali saya ke pasar memang sukar nak meletakkan kenderaan kerana sebahagian besar petak-petak yang dikhaskan sebagai tempat letak kenderaan telah dipenuhi peniaga-peniaga tersebut.  Mereka ini entah ada lesen berniaga atau tidak, belum tau lagi!
            Kerana memikirkan isu itu tidaklah begitu serius, jadi saya katakan kepadanya supaya jangan ambil hal sangat perkara-perkara seperti itu terutama di sebuah pekan kecil. "Bertolak ansurlah, masing-masing nak cari makan", saya cuba melarikan dia dari masalah itu tetapi disanggahnya saranan saya itu dengan nada yang agak tinggi serta berwajah geram.
            Rupanya dia asas untuk marah. Maaf kata, kalau orang kecil komplen pihak berkuasa buat-buat tak dengar, tapi kalau orang besar yang komplen tindakan akan dibuat serta merta. Itulah point yang menyebabkan jiran saya itu naik angin.
            Kemudian, jiran saya itu menceritakan satu kes yang berlaku tidak berapa lama dulu di kawasan pasar itu juga dimana sebuah kereta terhantuk buntut kereta kepunyaan seorang nyonya. Kereta nyonya itu berada dalam keadaan  wrong parking tetapi nyonya pula itu dengan kerasnya meminta pihak berkuasa menyaman pemandu tersebut.
            Namun atas kebijaksanaan pihak berkuasa kes itu dapat di selesaikan dengan cara  baik.  Nasib baik boleh selesai, kalau dibuatnya masing-masing bertegang...?


Jagindas:   kepada pihak berkenaan, memanglah budibicara tu satu sifat yang terpuji tapi jangalah sampai menyusahkan pihak lain...














Selasa, 10 Julai 2012

Imam Mahadi - Bhg 2 (akhir)


"IMAM MAHADI" GILA ISIM POLITIK (?)

Lelaki yang mengaku "Imam Mahadi" yang mati ditembak semalam dikatakan mempunyai seorang anak (tidak tahu pula lelaki atau perempuan).
            Terkini, polis berkata kedua-dua suspek dikatakan mempunyai masalah mental akibat pengaruh ajaran sesat. Kalau dulu-dulu mereka ini dikategorikan sebagai orang "gila isim" . Orang  tua-tua kata terkena alahan panas ayat-ayat yang diamalkan.
            Tetapi agak pelik pula orang gila isim boleh sebut soal tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan. Biasanya, si gila isim  dia akan merapu dengan ilmu atau amalan yang dituntut atau diamalkannya.      
            Jadi, kalau gila isim (masalah mental) macam mana pandai pula dia (mereka) kata tidak puas hati dengan sistem pentadbiran sekarang.  Maknanya, ada satu  lagi gila isim baru ditemui dalam kalangan masyarakat melayu, iaitu gila isim politik.
            Bahaya. Amat Merbahaya! Apapun, biarlah pihak berkuasa yang menguruskan hal ini. Jangan buat sebarang spekulasi dan jangan ganggu siasatan.
                          
                    
[SUMBER: THE MALAY MAIL 10/7/12]

]                                                                           [SUMBER: UTUSAN MALAYSIA 10/7/12]

Jagindas:    Tak apalah, yang tepatnya adalah sakit mental. Mentalnya sudah rosak. Alligment dah lari... Jadi, nasihat saya selalu-selalulah buat tuning agar alligment tidak tersasar, barulah pemanduan berjalan lacar dan selamat. Temuilah pomen anda di mana-mana kedai BN 1 Malaysia berhampiran di tempat anda sekarang.




Imam Mahadi - Bhg 1


"IMAM MAHADI" TAK SEMPAT MENYERU...

KEMATIAN seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai "Imam Mahadi"  yang ditembak polis di perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya petang semalam, telah memberi peluang sekali lagi kepada Datuk Seri Anwar Ibarahim untuk merealisasikan dirinya sebagai "Imam Mahadi" sebenar sebagaimana yang di iktiraf  oleh Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabak Bernam, Dr. Badrul Amin Baharon.           
            Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada lelaki, berumur 47 tahun, itu seorang duda atau masih berkeluarga tetapi dikatakan mempunyai seorang anak. Dalam peristiwa itu, dia bergerak bersama seorang teman wanita yang baru dikenalinya namun setakat ini belum disahkan sama ada dia seorang janda atau isteri orang. Laporan juga menyebut, wanita berusia 28 tahun itu mempunyai dua orang anak.
            Berdasrkan gambar dan kenyataan akhbar, lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi itu juga telah mengubah sempadan aurat lelaki iaitu dari bawah pusat ke lutut tidak seperti yang ditetapkan oleh agama Islam bahawa batas minima urat seseorang lelaki adalah antara pusat dan lutut. Hahahahahahaha...

                                                            [UTUSAN MALAYSIA: 10/7/12 - front page]

Jagindas:   Jangan menentang arus. Badrul Amin kata "Imam Mahadi" hanya ada satu dan satu itu adalah di Malaysia dan di Malaysia itu orangnya HANYALAH Anwar Ibarhim. Lihat betapa tulahnya akibat mengaku "Imam Mahadi" selain dari yang di gezetkan Ustad Bad. Mati katak beb!


mesti buat - senamrobik pagi ini

Beri Masa 30 min Sehari


Mari kita bersenamrobik sebelum memulakan aktiviti harian hari ini. Ayuh, gerakkan semua. Dari kepala hingga ke hujung kaki. Cergaskan tubuh dan minda anda ! (kalau tak sempat di sebelah pagi, petang nanti pun boleh, yang penting bersenam untuk kesihatan)
Yeeeee, ha




Selepas ini beli surat khabar, kita lihat apa yang panas hari ini..

Jagindas:  Penat tapi puas!  (kena ulang 6 kali beb baru cukup 30 minit)